Friday, 26 February 2021

ROVER (PERAYAU) DI PLANET MARIKH


Setakat ini NASA sudah menghantar 5 buah Rover atau Perayau  dan sebuah helikopter ke planet Marikh semenjak tahun 1997. Sempena memperingati adik beradik Rover ini, satu plat atau "potret keluarga" yang mengandungi imej2 mereka tertera di atas Rover Preservarence (rujuk gambar). Senarai adik beradik Rover yang telah sampai ke planet marikh adalah:


1. ROVER SOJOURNER (mendarat Julai 1997, jangkahayat 4 bulan). Kos : USD 25 juta dollar



2. ROVER SPIRIT (mendarat 4hb Jan 2004,  Mati: Mach 2010). Kos: USD 400 juta dollar



3. ROVER OPPORTUNITY (mendarat 25hb Jan 2004, Mati: Jun 2018). Kos: USD400 juta dollar



4. ROVER CURIOSITY (mendarat 6hb Ogos 2012, masih hidup). Kos : USD 2.5 billion dollar



5. ROVER PRESERVARENCE (mendarat pada 18hh Feb 2021, sedang melaksanakan misi). Kos : USD2.7 billion dollar



6. HELIKOPTER INGENUITY (mendarat bersama Rover Preservarence, akan dipisahkan selepas beberapa hari pendaratan). Merupakan helikopter pertama yang beroperasi di planet marikh. Akan beroperasi secara berasingan dengan Rover Preservarence.



DDrRN

27hb Feb 2021


https://www.space.com/perseverance-rover-mars-robots-family-portrait

Thursday, 25 February 2021

"MAKANAN SUNNAH" DAN MENCEGAH PENYAKIT

Program Analisis di TV AlHijrah baru-baru ini berbincang tentang tajuk VAKSIN COVID-19 : MENJAWAB DAKWAAN PALSU. Ahli Panel yang dijemput adalah Dato' Dr. Musa dan Prof Madya Dr. Rozaimi Ramle. Saya syorkan sabahat2 untuk menonton program ini kerana sangat bermanfaat, ahli panel yang dijemput sememangnya pakar2 yang layak untuk berbincang tentang tajuk ini samada dari perspektif perubatan dan juga bidang agama.

Banyak maklumat dan pencerahan yang boleh diperolehi daripada perbincangan ini. Saya hanya ingin mengambil salah satu isu menarik (semua isu yang dibincangkan menarik sebenarnya) untuk dikongsikan iaitu berkenaan dengan bahan2 pengubatan yang disebut di dalam Quran dan hadith. Ramai dalam kalangan penganut Islam yang enggan mengambil vaksin menggunakan alasan mengutamakan amalan "makanan sunnah" terlebih dahulu. Saya ambil contoh 3 bahan pengubatan yang disebut di dalam Quran ataupun Hadith iaitu Madu, Habbatus Sauda dan Kurma.

Cuba teliti dalil2 berkenaan dengan ketiga2 bahan ini seperti yang dicatitkan di bawah. 

1. MADU

Firman Allah bermaksud “Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat UBAT, yang MENYEMBUHKAN bagi manusia.  Sesungguhnya pada  yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”  (Surah an-Nahl, ayat 69)

2. HABBATUS SAUDA

“Pada habbatus sauda itu ada PENAWAR bagi segala PENYAKIT kecuali mati (Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215)

3. KURMA

“Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada UBAT PENYEMBUH atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [ Riwayat Aisyah R.Anha, HR Muslim (2048)

Dr. Rozaimi ada menerangkan maksud pengubatan Islam di mana perubatan moden termasuk penggunaan vaksin adalah juga dianggap perubatan Islam jadi tidak timbul isu mendahulukan bahan2 di atas. Penggunaan istilah "makanan sunnah" juga mengelirukan dan boleh dipertikaikan. Beliau juga menjelaskan hadith tentang khasiat habbatus sauda telah difahami secara literal oleh ramai masyarakat Islam sehingga menimbulkan salah faham, seolah2 ianya boleh mengubati semua jenis penyakit sedangkan tafsiran sebenar hanya merangkumi penyakit tertentu (Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari dan Imam al-Nawawi dalam syarah Al-Nawawi).

Kedua2 ahli panel ada memberi penjelasan yang sangat menarik berkenaan dengan bahan2 di atas di mana jika kita perhatikan maksud ayat Quran dan Hadith berkenaan dengan madu, habbatus sauda dan kurma di atas, perkataan yang digunakan adalah UBAT, PENAWAR dan PENYAKIT. Sedangkan Vaksin Covid-19 adalah kaedah PENCEGAHAN dan BUKAN RAWATAN. Vaksin mencegah punca penyakit dan di dalam kes Covid-19, ia mencegah jangkitan virus SARS-CoV-2 dan BUKAN untuk MERAWAT Covid-19. Jadi konteksnya sudah tidak betul.

Isu kedua adalah jika bahan2 ini ingin digunakan untuk tujuan MERAWAT penyakit, ada beberapa persoalan yang perlu dijawab:

1. Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat

2. Bagaimanakah kaedah penyediaan

3. Apakah dos berkesan dan tahap toksik

4. Bagaimanakah cara dan jangkamasa pengambilan bahan2 tersebut

Di dalam menjawab 4 soalan di atas, nampaknya ia akan kembali kepada konsep asas melakukan sesuatu perkara yakni menyerahkan urusan kepada orang yang pakar/ahli di dalam bidang tersebut (Firman Allah bermaksud "Bertanyalah kepada Ahli Zikir jika kamu tidak ada pengetahuan tentang hal itu.” (An-Nahl:43). 

Dengan tidak menafikan wujudnya bahan pengubatan di dalam madu, habbatus sauda dan kurma, perlu terlebih dahulu menjawab 4 soalan di atas. Sepatutnya diserahkan kepada pakar di dalam bidang pengubatan termasuk keperluan untuk menjalankan kajian klinikal. Sebaliknya apa yang berlaku pada hari ini adalah yang menentukan 4 perkara di atas adalah orang2 yang bukan ahli di dalam bidang pengubatan, dibancuh sendiri dan dicampur-adukkan dengan banyak lagi bahan2 lain pada kadar yang tidak diketahui. Tidak melalui proses penyediaan yang betul dan selamat.

Kepada yang tidak berkesempatan mengikuti program ANALISIS tersebut boleh pergi ke pautan di bawah: 

https://fb.watch/3TwZZfKQts/

Perbincangan tajuk yang sama dalam Forum Perdana di pautan bawah :

https://m.youtube.com/watch?v=DAAkFst8myo&feature=youtu.be

Dato' Dr.Rushdan Noor

26hb Feb 2021


https://fb.watch/3TwZZfKQts/  (Analisis Al-Hijrah)

https://youtu.be/DAAkFst8myo (Forum Perdana)

http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2019/07/15/habbatus-sauda-penawar-penyakit/

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3898-irsyad-al-fatwa-siri-ke-347-fadilat-memakan-tujuh-biji-kurma-adakah-khusus-buat-kurma-ajwah-madinah-sahaja-atau-umum-buat-semua-jenis-kurma

Friday, 12 February 2021

VAKSIN COVID-19 DAN AEFI : APA YANG ORANG AWAM PERLU TAHU


Semakin ramai menerima vaksin maka semakin banyak AEFI ataupun Adverse Events Following Immunization akan dilapurkan. Tetapi AEFI bukan semestinya disebabkan oleh vaksin. Banyak AEFI berlaku secara "coincidental" yakni berlaku secara kebetulan. 

Saya beri contoh Abu seorang pemuda yang bersetuju untuk ambil vaksin. Hari ini Abu merancang untuk mengambil vaksin Covid-19, dalam perjalanan ke tempat vaksin, Abu singgah di kedai Pak Ali makan me rebus. Kemudian dia pun pergi mendapatkan suntikan vaksin. Besoknya Abu mengalami sakit perut, muntah dan cirit birit. Maka dia pun melapurkan gejala2 itu kerana pada sangkaannya akibat suntikan vaksin. Gejala2 yang dialami oleh Abu akan dikategorikan dalam AEFI kerana ia berlaku selepas suntikan vaksin. Selepas siasatan dijalankan, rupa2nya Abu keracunan makanan dan gejala2 yang Abu alami itu tidak ada kena mengena dengan suntikan vaksin.Maka gejala atau kesan sampingan yang dialami oleh Abu adalah kebetulan ("coincidental").

Jadi bila sebut AEFI, jangan anggap semuanya kesan sampingan akibat vaksin ("vaccine related side-effects"). Katakan sesuatu AEFI yang agak serius telah dilapurkan selepas menerima vaksin. Kemudian pihak pemantau vaksin melakukan siasatan terperinci dan mendapati sukar untuk disahkan puncanya, tambahan pula ianya juga boleh berlaku ke atas orang yang tidak mengambil vaksin. Pada waktu yang sama mereka tidak dapat menolak sepenuhnya kesan akibat vaksin. Di dalam keadaan ini, penyiasat akan membandingkan kadar kejadian penyakit itu dalam kalangan orang awam yang tidak mengambil vaksin. Jika didapati kadar kejadian penyakit ini sama atau kurang dari kadar yang berlaku keatas orang yang tidak mengambil vaksin, maka kesimpulanya suntikan vaksin bukan punca berlakunya penyakit tersebut.

Setakat ini belum ada lagi kematian yang dikaitkan secara terus dengan vaksin Covid-19 walaupun sudah lebih 160 juta suntikan diberikan di seluruh dunia.Semua kematian yang dilapurkan selepas suntikan vaksin adalah "coincidental" ataupun kebetulan. Begitu juga "Bell's palsy atau kelumpuhan sebelah muka yang dilapurkan juga adalah daripada kategori "coincidental". 

Manakala kesan sampingan yang serius akibat suntikan vaksin iaitu Anafilaksis ataupun alahan teruk berlaku pada kadar yang sangat rendah yakni 4.7 kes   dalam 1 juta bagi vaksin mRNA Pfizer-Biontech dan 2.5 kes  dalam 1 juta bagi vaksin mRNA Moderna (setakat 18hb Jan 2021). Kesemua penerima vaksin ini pulih selepas menerima rawatan. Kemungkinan berlakunya perkara ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan keadaan2 berikut:

Mati dipanah petir : 1 kes dalam 161,856

Mati akibat tercekik semasa makan 1 kes dalam 2,696

Mati akibat demam selesema 1 kes dalam 4,084

Mati akibat Covid-19 : 1 kes dalam 780

100 orang mati akibat alahan teruk terhadap makanan (anafilaksis) setiap tahun di Amerika. Lebih 50,000 kes anafilaksis dilapurkan setiap tahun di Amerika.

Serangan anafilaksis terhadap kacang adalah 1 dalam 400.

Kecederaan semasa berjalan kaki: 1 dalam 34,017

Kecederaan semasa bermain di padang permainan: 1 dalam 5,400

Kecederaan serius dari kemalangan jalanraya : 1 dalam 198,807

(Serangan Anafilaksis akibat suntikan vaksin mRNA Moderna 1 kes dalam 400,000 dan vaksin Pfizer-Biontech 1 dalam 213,000. Itupun yang mengalami kesan sampingan ini mempunyai sejarah alahan yang teruk di masa lalu)

Apabila semakin ramai yang mengambil vaksin, semakin banyaklah aduan AEFI yang dari kategori "coincidental" akan dilapurkan. Dijangkakan kesan2 sampingan akibat vaksin juga akan lebih banyak dilapurkan.Bayangkan jika 80% rakyat Malaysia menerima vaksin , bermacam2lah cerita akan kita dengar dari penerima vaksin tentang pengalaman mereka kerana begitu banyak perkara dan kejadian akan berlaku secara kebetulan selepas vaksin diberikan. Sebagai orang awam, sekurang2nya kita faham maksud AEFI dan tidak gopoh membuat kesimpulan. Pihak autoriti dan regulatori ubat2an sentiasa memantau perkembangan dan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas setiap AEFI yang dilapurkan.

Dato' Dr.Rushdan Noor

13hb Feb 2021


https://www.who.int/vaccine_safety/initiative/detection/AEFI/en/

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/recommendations/underlying-conditions.html

https://www.google.com/amp/s/amp.cnn.com/cnn/2021/01/18/health/covid-vaccine-pfizer-deaths-norway-intl/index.html

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3005304/

https://www.facialpalsy.org.uk/news/facial-palsy-and-covid-19-vaccine/

https://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/2776557