Tuesday, 1 November 2022

KONFLIK PENGAMAL RAWATAN PENYAKIT

Penyakit2 kronik yang selalu disebut2 seperti darah tinggi (hipertensi), diabetes, sakit jantung koronari (coronary artery disease) , kanser dan lain2  ditemui  atau dicipta oleh ahli sains moden. Mereka yang menamakan penyakit2 ini. Pendek kata merekalah yang arif tentang penyakit ini dan tahu kaedah2 bagaimana ianya boleh dikawal atau diubati. Maka layaklah pengamal2 perubatan moden yang  merawat penyakit2 ini. Mereka juga selayaknya menggunakan nama2 penyakit ini.

Begitu juga penyakit2 yang dikatakan buatan orang atau gangguan makhluk halus. Siapakah yang mencipta penyakit2 ini? Maka mereka inilah lah yang arif untuk mengesan dan merawatnya. 

Pengamal perubatan traditional juga ada penyakit2 ciptaan mereka sendiri seperti masuk angin, panas badan, badan berasid, sakit urat, darah toksik, usus kotor/berkerak dan lain-lain. Mereka ada kaedah2 untuk merawat penyakit2 ini mengikut kefahaman mereka tentang penyakit. 

Banyak lagi bidang2 yang setiap satunya mempunyai interpretasi ataupun definasi2 penyakit yang berbeza. Antaranya chiropractic yang percaya semua penyakit berpunca dari tulang belakang. Naturopathy (organ dalam lemah, kegagalan usus buang toksin, penyakit akibat ubat) dan Homeopati (punca penyakit juga boleh merawat, ramuan tunggal, dos minima) juga mempunyai kefahaman yang berbeza tentang penyakit. Begitu jugalah beberapa bidang perawatan yang lain.

Setiap bidang ilmu yang disebutkan di atas ada asal usulnya, ada penjelasan dari sudut pandang mereka mengapa berlakunya penyakit, ada nama2 khusus yang digunakan dan diciptakan kaedah2 rawatan yang sesuai dengan kefahaman tentang penyakit2 tersebut. Maka adalah janggal jika seorang perawat makhluk halus cuba merawat penyakit kanser, atau seorang doktor perubatan menghalau makhluk halus ataupun pakar chiropraktik merawat penyakit jantung koronari. Samalah juga dengan pengamal rawatan herba cuba merawat penyakit diabetes ataupun cuba menggunakan herbanya untuk menghalau jin dan saka. 

Apa yang menjadi masalah pada hari ini adalah pencerobohan pengamal dari satu bidang kepada bidang yang lain. Sedangkan dia tidak arif dalam bidang tersebut. Sepatutnya masing2 menggunakan istilah penyakit masing2 dan tidak mencedok istilah atau nama penyakit  dari bidang lain dan kemudian mereka mendakwa pakar untuk merawat penyakit tersebut. Tidak kah ini memalukan dan satu bentuk pelanggaran etika rawatan. 

Sebagai orang awam, pilihan di tangan anda. Pastikan anda disahkan mengidap penyakit yang betul dan bertemulah perawat yang betul untuk penyakit anda. Jika ada perawat tradisional, herba, bomoh, pengamal rawatan naturopathy atau penghalau jin tiba2 mempromosikan perkhidmatan atau produk untuk merawat penyakit darah tinggi (Hypertensi), diabetes, penyakit jantung koronari atau kanser, anda sepatutnya tahu yang anda sedang diperdaya. Satu lagi pesanan terhadap anda adalah berwaspada dengan kaedah pengesanan penyakit, banyak penyakit yang disangkakan buatan orang rupa2nya penyakit fizikal dan psikologikal/mental yang boleh dirawat dengan berkesan oleh pengubatan moden.

Dato' Dr Rushdan Noor