Monday 29 April 2024

MISI PENGEMBARAN KE BULAN

 


Setakat ini 12 orang angkasawan menjejak kaki di atas permukaan bulan dan semuanya berlaku dari bulan Julai tahun 1969 hingga Disember 1972. Manusia pertama mendarat di bulan adalah Neil Amstrong melalui misi Apollo 11. Animasi di bawah adalah misi Apollo 11, bagaimana mereka dibawa dari bumi ke bulan, mendarat di bulan dan kembali ke bumi. Neil Amstrong adalah manusia pertama menjejak kaki di bulan diikuti oleh Buzz Aldrin, 19 minit kemudian. Buzz Aldrin diberi tanggungjawab memandu Lunar Module Eagle. Michael Collin pula mempunyai peranan yang tidak kurang penting iaitu memandu Command Module Colombia di orbit bulan. Jarang diperkatakan tentang peranan Michael Collin, sedangkan peranan beliau sangat besar memandu Colombia berseorangan di orbit semasa kedua2 rakannya mendarat di bulan. Kapal angkasa Command Colombia yang dipandu oleh Collin inilah kemudian bercantum dengan Ascent stage Lunar Module (Eagle) yang membawa Amstrong dan Aldrin kembali ke orbit. Amstrong dan Aldrin masuk ke Command Colombia untuk bersama dengan Collin dan dibawa pulang ke bumi. (Ascent Stage Lunar Module ditinggalkan di orbit bulan).

VIDEO ANIMASI MISI APOLLO 11



Dato' Dr. Rushdan Noor