BAIK DAN BURUK MAKAN PARU-PARU HAIWAN
Paru-paru adalah termasuk di dalam kategori organ dalam dan masakan paru-paru menjadi kegemaran ramai orang. Umumnya kita disyorkan untuk mengambil organ badan pada kadar yang minima disebabkan oleh kandungan nutrin di dalamnya. Paru-paru di dalam bahasa utara juga dikenali sebagai kelempong. Saya telah menulis tentang baik buruk memakan organ dalam di pautan bawah:
https://www.minda2tinta.com/2024/11/baik-buruk-makan-organ-dalam.html
Di dalam tulisan ini kita ingin melihat dalam kalangan organ dalam, apakah baik dan buruknya memakan paru-paru haiwan. Berikut adalah baik dan buruk memakan paru-paru haiwan:
KEBAIKAN MAKAN PARU-PARU
1. Sumber nutrien. Paru-paru merupakan sumber yang baik untuk protein, zat besi dan beberapa lagi mikronutrien seperti vitamin A, vitamin B (terutama B12), phosphorus, kalsium dan zink.
2. Kandungan lemak dan kalori di dalam paru-paru lebih rendah berbanding dengan daging/otot haiwan. Jadi ia boleh dijadikan gantian daging untuk sumber protein jika bimbang mengambil lemak yang tinggi.
3. Paru-paru mempunyai tinggi tisu penyambung termasuk kolagen.
4. Memakan paru-paru bermaksud memaksimakan pengambilan sumber makanan dan ini mengurangkan pembaziran.
KEBURUKAN MAKAN PARU-PARU
1. Risiko pencemaran. Paru-paru bertindak menapis udara dan boleh mengumpul bahan2 pencemar seperti habuk, bahan pencemaran dan zarah2 yang merbahaya. Racun2 yang digunakan di dalam ladang ternak boleh terperangkap di dalam paru-paru mereka.
2. Jangkitan organisma. Paru-paru haiwan tersebut mungkin sudah dijangkiti oleh organisma seperti bakteria, virus dan parasit. Paru-paru mungkin telah membawa parasit seperti Echinococcus (cacing pita) yang boleh menjangkiti manusia apabila paru-paru tidak dimasak dengan sempurna ataupun dimakan mentah. Penyakit zoonosis juga boleh disebarkan dari haiwan kepada manusia seperti Tibi.
3. Walaupun paru-paru mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang lebih rendah dari organ dalam yang lain, namun secara relatifnya masih tinggi berbanding dengan sumber protein bukan haiwan.
4. Terdapat orang yang mengalami masalah perut disebabkan oleh paru2 lebih sukar untuk dihadamkan.
PERBANDINGAN KANDUNGAN NUTRIEN ANTARA PARU-PARU DAN DAGING/OTOT
Dengan membandingkan kandungan nutrin dalam paru2 dan dibandingkan dengan daging/otot, kita dapat membezakan kedua2nya dan boleh memilih pilihan yang lebih baik untuk sumber makronutrin dan mikronutrin. Berikut adalah perbandingan, untuk ringkasan, rujuk jadual yang dikepilkan:
OTOT/DAGING HAIWAN
Kandungan Nutrin untuk setiap 100 gram
Kalori: 250-300 kcal (varies by animal)
Protein: 20-30g
Lemak: 10-20g (bergantung kepada bahagian yang dipotong)
Zat besi: 2-3 mg
Vitamin B12: 2-3 mcg
Vitamin A: minimal
Zink: 4-6 mg
Sodium: Berbeza2 mengikut penyediaan
Protein dari bahagian otot lebih berkualiti
PARU-PARU HAIWAN
Kandungan Nutrin untuk setiap 100 gram paru-paru
Kalori: 120-140 kcal (berbeza2 mengikut haiwan)
Protein: 15-20g
Lemak: 4-6 gram
Zat besi: 2-3 mg (lebih tinggi dari otot/daging)
Vitamin B12: 12-15 mcg (lebih tinggi dari otot/daging)
Vitamin A: 400-600 IU
Zink: 2-3 mg
Sodium: 50-80 mg
Kedua2nya ada kekurangan dan kelebihan. Kualiti akhir sebelum masuk ke dalam perut bergantung kepada proses penyediaan, kuantiti, kekerapan makan dan ramuan2 lain yang dimasukkan ke dalam masakan.
PANDUAN MENGURANGKAN RISIKO MAKAN PARU-PARU
1. Dapatkan dari sumber paru2 dari pembekal atau penjual yang mengutamakan kebersihan
2. Memasak sepenuhnya. Kepanasan bahagian dalam pada suhu sekurang2nya 74 darjah selsius mampu membunuh hampir kesemua patogen
3. Steam atau merebus untuk dibuat sup dan ditambah sayuran dengan sedikit garam. Kaedah ini dapat mengekalkan kandungan nutrin tanpa tambahan lemak dari minyak. Boleh gril atau stew dengan tambahan minyak yang sihat seperti minyak zaitun. Goreng dalam minyak yang banyak ("deep frying") tidak digalakkan. Kurangkan garam dan gula tetapi campurkan sayuran dalam masakan.
4. Elak makan yang separuh masak ataupun mentah.
5. Mengurangkan ramuan2 yg tidak menyihatkan seperti gula dan garam yang berlebihan. Gunakan minyak yang menyihatkan jika menggoreng ataupun beraleh kepada air fryer.
6. Mengambil dalam kuantiti yang sederhana
KESIMPULAN
Paru-paru termasuk dalam kategori organ dalam yang perlu dihadkan pengambilannya. Berbanding dengan bahagian otot atau daging, kandungan kalori, lemak dan kolesterol lebih rendah di dalam paru2. Kandungan vitamin A dan B12 juga lebih tinggi di dalam paru2. Namun bahagian otot menyediakan sumber protein yang lebih berkualiti dan kandungan zink yang lebih tinggi. Seperti juga dengan organ2 dalam yang lain, memakan paru2 boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan jika tidak diperolehi dari sumber yang bersih, tidak dimasak dengan sempurna, dijadikan masakan yang tidak sihat dan diambil dalam kuantiti yang banyak.
Nota tambahan: Di Amerika, penjualan paru2 haiwan untuk dimakan adalah diharamkan semenjak tahun 1971 oleh pihak USDA. Mereka berpendapat paru2 tidak sihat untuk dimakan. Walau bagaimana pun terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ahli sains dan pakar pemakanan.
Dato' Dr.Rushdan Noor
10hb Jan 2025
RUJUKAN:
USDA Food Database (FoodData Central):
Website: https://fdc.nal.usda.gov/
NutritionData (Self.com)
Website: https://nutritiondata.self.com/
No comments:
Post a Comment