Sunday 24 May 2020

PLATYPUS : HAIWAN PALING PELIK DI DUNIA


Platypus adalah mamalia (berdarah panas) hidup di air dan daratan tetapi mempunyai ciri-ciri haiwan paling pelik di dunia. Terdapat sekurang-kurangnya 10 perkara pelik tentang Platypus.

1. Kajian DNA ke atas Platypus mendapati ianya mengandungi campuran DNA mamalia, burung dan reptilia.

2. Sejenis mamalia yang tidak mempunyai perut jadi makanan terus masuk ke dalam usus. Ia adalah haiwan pemakan daging (karnivor).

3. Tubuh badan luarnya seperti gabungan antara itik,memerang dan reptilia.

4. Satu-satunya mamalia di dunia yang bertelur

5. Menyusukan anaknya tetapi tidak mempunyai puting susu sebaliknya susu mengalir keluar seperti berpeluh daripada kulit di bahagian dadanya. Ahli sains telah menemui sejenis protein antibakteria yang kuat di dalam susu Platypus.

6. Platypus jantan mempunyai taring beracun di bahagian kaki belakang (bukan di mulut) jadi ia adalah satu-satunya mamalia yang mempunyai racun yang disimpan di dalam kelenjar. Ciri-ciri ini sama seperti reptilia.

7. Paruh seperti itik itu mempunyai sensor elektrik yang boleh mengesan pergerakan dan haba dari mangsa. Semasa memburu di dalam air, matanya tertutup dan ia menggunakan paruh ini untuk mencari makanan.

8. Habitat semulajadi Platypus hanya boleh ditemui di Australia timur dan Tasmania. Ia tidak ditemui di mana2 tempat lain di dunia.

9. Platypus tidak mempunyai gigi tetapi menggunakan batu2 kecil dari sungai yang dicampurkan dengan makanan untuk menghancurkannya.

10. Semasa Ahli Sains di Eropah menerima rangka Platypus buat pertama kalinya ketika abad ke 18, mereka menyangka ini adalah haiwan rekaan semata-mata kerana keganjilannya.

Kalau ada sesiapa yang berpeluang melihat haiwan ini di habitat semulajadinya anda boleh dianggap seorang yang sangat bertuah kerana inilah haiwan yang paling pelik di dunia.

Dato' Dr Rushdan Noor















No comments:

Post a Comment