Thursday 28 May 2020

SUNGAI DI BAWAH DASAR LAUTAN


SUNGAI DI BAWAH DASAR LAUTAN ("RIVER UNDER THE OCEAN")

Ahli sains telah menemui takungan air tawar yang sangat besar di bawah lantai lautan Pasifik. Takungan air tawar itu sangat besar, menampung 2,800 km padu air ataupun 739 trilion galon air. Ia ditemui berada pada paras 180 meter (600 kaki) di bawah lantai lautan Pasifik, sedalam 365 meter. Panjangnya pula 9 km di sepanjang pantai New Jersey hingga ke Massacheusett, Amerika Syarikat.

Apa yang menarik, takungan air ini pula bersambungan dengan air bawah tanah di daratan dan mempunyai tahap garam yang rendah, hampir seperti air tawar. Takungan air ini ditemui semasa kerja mengorek lubang mencari minyak di dasar lautan. Ahli sains juga berupaya mengesan kedudukan takungan air tawar ini menggunakan gelombang elektromagnetik. Air garam boleh mengalirkan gelombang elektromagnetik dengan lebih baik daripada air tawar.

Ahli Sains percaya takungan air tawar di bawah lautan ini terbentuk selepas zaman ais, 15,000-20,000 tahun dahulu. Semasa itu sebahagian besar bumi diliputi oleh ais. Apabila suhu dunia meningkat, ais mencair dan paras air laut turun. Ketika itu sebahagian takungan air tawar terperangkap di bawah lautan terpisah dengan air laut oleh timbunan tanah dan pasir.

Penemuan ini sangat bermakna kerana ia berpotensi untuk dijadikan bekalan air tawar kepada manusia terutama di tempat2 yang mengalami masalah bekalan air. Proses menghasilkan air bersih/tawar menggunakan takungan air ini jauh lebih murah berbanding dengan memproses air laut. Jika takungan air tawar di bawah lautan ini ditemui di Amerika, tidak mustahil ianya juga terdapat di tempat lain termasuk di benua2 yang kering seperti Afrika dan Australia. Akses kepada air bersih adalah salah satu cabaran terbesar pada kurun ke 21.WHO menganggarkan sejumlah 1.1 bilion umat manusia menghadapi masalah mendapatkan bekalan air bersih. Air juga boleh dijadikan komoditi dan mungkin satu masa nanti ianya lebih berharga daripada minyak.

Dato' Dr Rushdan Noor 
30hb Mei 2020

https://qz.com/1650613/scientists-discover-sea-of-fresh-water-under-the-ocean/

https://www.livescience.com/65779-giant-freshwater-aquifer-east-coast.html

https://www.nature.com/articles/s41598-019-44611-7

Dato' Dr Rushdan Noor
29hb Mei 2020




https://qz.com/1650613/scientists-discover-sea-of-fresh-water-under-the-ocean/

https://www.livescience.com/65779-giant-freshwater-aquifer-east-coast.html

https://www.nature.com/articles/s41598-019-44611-7

No comments:

Post a Comment