TARDIGRADES adalah sejenis haiwan yang sangat halus bersaiz 0.5 mm, ditemui di mana2 tempat yang berair. Ia adalah haiwan yang paling tahan lasak pernah wujud di dunia. Pertama kali ditemui oleh seorang pakar zoologi German bernama Johann August Ephraim pada tahun 1773 dan asalnya haiwan ini dikenali sebagai beruang air (water bear). Di bawah mikroskop, pergerakannya kelihatan seperti seekor beruang yang berjalan (lihat video).
Tardigrades boleh bertahan dengan suhu daripada -196 darjah hingga 150 darjah celcius. Ia juga dapat hidup dalam tekanan tinggi di tempat yang paling dalam di lautan sehingga tekanan 6000 atmospheres. Dia juga boleh hidup jika dihantar ke angkasa lepas. Tardigrade boleh bertahan dengan radiasi setinggi 5000 grays sedangkan manusia boleh mati hanya dengan 10 grays.
Ahli sains mendapati daya tahan yang dimiliki oleh Tardigrade adalah berpunca daripada gene yang terdapat di dalam selnya. Di samping kemampuan yang tinggi memperbaiki kerosakan DNA, terdapat sejenis protein bernama Dsup (damage suppressor) yang melindungi DNAnya seolah2 seperti perisai. Apabila DNA ini dilindungi, ianya tidak mudah rosak dan itulah punca ketahanan badan daripada semua bentuk ancaman terutama radiasi.
Ahli sains telah mengambil sel buah pinggang manusia dan memasukkan gene Dsup ini ke dalam DNA sel tersebut. Apabila sel yang telah menerima gene Dsup ini didedahkan kepada radiasi, mereka dapati sel ini lebih tahan lasak dan 40% kurang rosak berbanding dengan sel biasa.
Haiwan ini juga boleh hidup tanpa air selama beberapa tahun. Ia tidak mati sebaliknya mampu menghentikan perjalanan organ badannya untuk sementara. Ia boleh menghasilkan bahan bioglass yang mampu membekukan dirinya sendiri. Apabila bekalan air diberikan, bioglass ini akan cair dan ia kembali hidup. Gene yang mengkod bioglass ini dinamakan IDPs. Apabila gene ini dicantumkan dengan DNA sel bakteria dan kulat, ahli sains dapati IDPs ini melindungi bakteria dan kulat sehingga memiliki ciri2 yang sama seperti Tardigrades.
Kaedah yang digunakan untuk manipulasi, memotong, membuat salinan dan memindahkan gene daripada satu organisma kepada organisma yang lain boleh dilakukan melalui teknologi KEJURUTERAAN GENETIK. Dengan teknologi ini, mungkinkah satu hari nanti ahli sains mampu menghasilkan SUPERHUMAN ataupun SUPERHERO seperti yang kita saksikan di dalam filem2 yang ada pada hari ini. Ini mungkin dapat dilakukan dengan memasukkan gene2 yang istimewa daripada Tardigrades ke dalam gene manusia di peringkat embrio untuk menghasilkan manusia yang tahan lasak. Manusia tahan lasak ini juga boleh dilatih untuk menjadi angkasawan yang meneroka planet2 lain yang tidak boleh menampung kehidupan manusia biasa. Dengan perkembangan teknologi kejuruteraan genetik yang sangat pesat, apa yang nampak mustahil pada hari ini akan menjadi realiti pada masa akan datang. Tetapi pencapaian ini tidak akan dapat disaksikan oleh sesiapa sahaja yg hidup pada hari ini kerana masanya masih terlalu panjang.
Dato' Dr Rushdan Noor
30hb Julai 2023
https://www.gaia.com/article/scientists-propose-splicing-tardigrade-dna-with-humans
https://www.youtube.com/watch?v=thCuPSn7Hq4
Video Tardigrade