Tempat kerja adalah satu lagi kawasan di mana kesesakan orang ramai sering berlaku dan di sini juga boleh bermulanya kluster baru Covid-19. Kita mendengar banyak cerita bagaimana rakan sekerja membawa virus ke pejabat dan disebarkan kepada rakan2 yang lain. Pelanggan juga boleh menjadi sumber jangkitan. Pasca PKP adalah masa di mana kita akan kembali bekerja dan mula berinteraksi dengan rakan sekerja serta pelanggan. Di dalam tulisan ini saya lebih menumpukan perhatian kepada apakah yang boleh dilakukan oleh individu dan bukan institusi untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Mungkin banyak institusi/majikan tidak dapat mengubahsuai infrastruktur dan proses kerja mengikut norma baru tetapi pekerja2 masih boleh lakukan sesuatu untuk melindungi diri mereka. Golongan pembawa virus yang kita risaukan adalah yang tidak mempunyai risiko.
Kerja dari rumah adalah pilihan terbaik tetapi tidak semua tugasan dapat dilakukan di rumah. Bekerja di rumah adalah di atas budi bicara majikan, jadi pekerja tidak ada kuasa, kecuali jika bekerja sendiri. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh diamalkan oleh pekerja2 di tempat mereka bertugas. Golongan pekerja yang paling tinggi risiko tentulah yang melibatkan perkhidmatan kaunter dan di tempat tumpuan orang ramai.
1. Dari rumah, bawa bekalan makanan, minuman, mask dan alkohol sanitizer. Rujuk tulisan saya mengenai norma baru tabiat makan di pejabat di bawah tajuk Norma Baru Paska PKP: Tabiat Makan di pautan bawah:
2. Jika anda mengalami gejala, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan dari petugas perubatan terlebih dahulu sebelum ke tempat kerja. Gejala seperti batuk, demam, sesak nafas dan lemah badan perlu dianggap Covid-19 kecuali dibuktikan bukan ("unless proven otherwise"). Malahan ada juga gejala2 lain yang perlu diambil perhatian seperti menggigil, hilang deria bau dan cirit birit. Jika anda terpaksa juga ke tempat kerja, sila pakai mask sepanjang masa dan maklumkan rakan2 sekerja. Kalau boleh, anda tidak ditempatkan di kaunter pelanggan dan sentiasa amalkan etika batuk/bersin serta penjarakkan dari rakan sekerja. Anda bertanggungjawab ke atas rakan2 sekerja anda yang lain.
3. Ambil tahu tentang mana2 rakan anda yang baru balik dari luar negara dan dapatkan maklumat samada beliau telah menjalani kuarantin ataupun sekurang2nya maklumat tentang gejala. Sikap mengambil tahu ini penting untuk tujuan kebaikan dan bukan "busy body". Jika anda sendiri yang ke luar negara, anda bertanggungjawab untuk melindungi diri dari dijangkiti virus dan maklumkan rakan setugas. Jika berkemampuan, anda boleh lakukan ujian Covid-19.
4. Penjarakkan fizikal mesti dijaga sepanjang masa ketika berinteraksi dengan rakan sekerja dan anda boleh menegur rakan2 anda yg tidak melakukannya kerana prinsip mencegah Covid-19 adalah "KITA JAGA KITA". Anda ada hak untuk menegur rakan anda yang tidak mengamal kaedah pencegahan dan penjarakkan , jika anda sendiri ditegur, terimalah teguran itu dengan positif. Sebaik2nya meja kakitangan dijarakkan 6 kaki di antara satu sama lain tetapi jika tidak mampu, 3 kaki pun sudah memadai. Jika di tempat kerja anda sukar untuk dilakukan penjarakkan fizikal, saya mengesyorkan anda untuk memakai mask.
5. Jangan berpeluk dan berjabat tangan dengan sesiapa sahaja. Jika anda di dalam situasi terpaksa berjabat tangan, pastikan jangan menyentuh muka anda sebelum tangan itu dicuci dengan sabun ataupun alkohol sanitizer. Saya berpendapat kaedah yang lebih sesuai menghargai atau menghormati tetamu atau rakan lain adalah dengan meletakkan tangan kanan ke dada kiri.Tabiat melepak dan berbual2 dalam kumpulan perlu dihindarkan.
6. Saya berharap semua tempat kerja boleh menetapkan peraturan supaya setiap pelanggan memakai mask untuk berurusan khususnya urusan kaunter, sekurang2nya untuk 6 bulan selepas PKP dan nilai situasi semasa, jika ancaman masih ada, lanjutkan masa.
7. Jika anda bertugas di kaunter, pastikan jarak anda dengan pelanggan dijaga sekurang2nya 3 kaki, anda mesti memakai mask dan sentiasa peka tentang tempat2 atau alat2 yg sering disentuh oleh pelanggan seperti meja kaunter, alat tulis, kerusi, pemegang pintu dan sebagainya. Jangan kongsi pen dengan pelanggan. Elak menyentuh pelanggan, kalau perlukan cop jari, suruh pelanggan lakukan sendiri tetapi jika anda terpaksa menyentuh jari mereka cuci tangan anda dgn alkohol selepas itu. Saya tidak galakkan anda memakai sarung tangan kecuali yang pakai sekali untuk seorang pelanggan dan buang (tentu ini tidak praktikal). Anda perlu menanamkan tanggapan bahawa virus Covid-19 boleh ditemui di tempat2 yang saya nyatakan tadi. Jika anda terpaksa menyentuh bahagian2 tersebut, jangan sentuh muka anda sebelum membasuh tangan. Anda perlu membawa alkohol sanitizer di dalam botol kecil ataupun pihak pentadbir menempatkan sanitizer untuk petugas dan juga pelanggan. Majikan yang perihatin akan menyediakan tempat saringan suhu badan terhadap semua pelanggan sebelum berurusan.
8. Gunakan sejadah sendiri untuk sembahyang dan tidak berkongsi dengan orang lain. Lakukan penjarakkan fizikal semasa bersembahyang. Jika surau sesak dan tidak dijaga dengan elok, bersembahyang saja di bilik anda ataupun ruang2 lain yang lebih sesuai, berseorangan.
8. Gunakan sejadah sendiri untuk sembahyang dan tidak berkongsi dengan orang lain. Lakukan penjarakkan fizikal semasa bersembahyang. Jika surau sesak dan tidak dijaga dengan elok, bersembahyang saja di bilik anda ataupun ruang2 lain yang lebih sesuai, berseorangan.
9. Jangan kongsi tandas yg dikhaskan untuk pelanggan jika di pejabat anda ada tandas kakitangan. Apabila menggunakan tandas pastikan mencuci dengan sempurna, menggunakan air untuk mencuci lebih baik dari menggunakan tisu. Saya lebih cenderung untuk memakai mask dalam tandas tetapi mask itu seelok2nya dibuang dan ditukar yang baru selepas keluar dari tandas. Ingat, virus Covid-19 ditemui oleh ahli sains di dalam najis dan mangkuk tandas. Cuci tangan anda dengan sabun atau alkohol.Tak perlu ke tandas jika bukan untuk membuang air kecil atau air besar. Ingat, lebih banyak kawasan anda pergi dan menyentuh banyak benda/tempat, lebih tinggi risiko anda tersentuh virus yang ditinggalkan, jadi bila pulang ke meja, cuci tangan dahulu. Jangan sentuh muka sebelum mencuci tangan.
10. Mesyuarat lebih baik dijalankan secara online tetapi jika terpaksa bertemu secara fizikal dengan ahli mesyuarat, pakai mask, jarakkan tempat duduk sekurang2nya 3 kaki dan pastikan tidak sesak, bergantung kepada saiz bilik mesyuarat. Kalau boleh bilangan jemputan hendaklah se-minima mungkin dan mesyuarat tidak terlalu panjang, mungkin hadkan masa mesyuarat, contohnya tidak lebih dari 1 jam. Kurangkan mesyuarat tetapi lebihkan bekerja. Kakitangan yang bergejala tidak dibenarkan hadir mesyuarat. Cuci tangan selepas bermesyuarat kerana semasa mesyuarat anda tentu menyentuh banyak tempat. Seelok2nya pentadbir sediakan alkohol sanitizer di pintu keluar bilik mesyuarat.
11. Pengudaraan bilik di tempat kerja juga penting kerana bilik tertutup dan berhawa dingin mudah menular jangkitan Covid-19. Walau bagaimanapun ini tidak menjadi masalah jika anda seorang sahaja yang duduk di dalam bilik itu. Jika perlu bertemu pelanggan atau tetamu, pastikan ada penjarakkan fizikal dan hadkan bilangan. Jika boleh, lebih baik anda bertemu dengan mereka di luar bilik yang lebih terbuka. Jika anda ada kerani yang keluar masuk bilik anda, boleh nasihatkan mereka supaya tidak terlalu kerap masuk ke dalam bilik, contohnya kumpulkan dahulu dokumen2 dan dibawa masuk sekali gus. Selepas menandatangani dokumen2 dan menyentuh fail2 yang dibawa masuk, cuci tangan anda.
12. Bilangan pelanggan yang hadir mengikut temujanji boleh dikurangkan pada satu2 masa dengan memberi temujanji secara berperingkat (stagerred). Pekerja juga boleh bertugas mengikut shif (shif pagi dan petang) di mana mereka boleh berada di rumah pada waktu bukan shif mereka. Anda boleh mencadangkan sistem ini kepada majikan anda. Menyediakan lebih banyak urusan pelanggan melalui atas talian (online) juga boleh mengurangkan bilangan pelanggan.
13. Kebersihan bilik , tempat menunggu, pejabat dan tandas perlu sentiasa dipelihara melalui disinfeksi secara tetap sekurang2nya pada bahagian yang seringkali disentuh oleh orang ramai.
14. Cuci tangan sebelum masuk ke dalam kereta anda untuk pulang ke rumah. Apabila masuk ke rumah, semua pakaian di masukkan ke dalam timba mengandungi air dan sabun. Kemudian mandi sebelum bersentuhan dengan ahli keluarga anda. Saya syorkan amalan ini dilakukan selama 6 bulan selepas PKP dan nilai situasi semasa. Virus Covid-19 boleh mencemar permukaan pakaian.
Senarai cadangan2 yang saya nyatakan di atas bukan peraturan yang mesti dipatuhi tetapi hanya pendapat peribadi saya berasaskan kefahaman tentang cara Covid-19 merebak.Terdapat amalan2 di atas yang dilakukan untuk jangkamasa tertentu dan ada juga yang baik dilakukan sepanjang masa. Perhatian khusus perlu diberikan ketika 6 bulan pertama selepas tamat PKP dan menilai semula situasi selepas itu. Gelombang kedua Covid-19 boleh berlaku selagi tidak ada vaksin dan kita belum memiliki imuniti berkelompok (herd immunity). Tumpuan yang lebih utama patut diberikan kepada kakitangan yang berisiko tinggi seperti yang berusia lebih 50 tahun, menghidap penyakit darah tinggi, diabetes dan kanser. Pihak majikan patut memberi kelonggaran kepada mereka ini dalam melaksanakan tugas-tugas yang berisiko dan mewajibkan mereka mengamalkan norma2 baru yang tercatit di atas.
Anda boleh membaca Norma Baru Paska PKP semasa membeli belah di sini.
Dato' Dr.Rushdan Noor
Dato' Dr.Rushdan Noor
1hb Mei 2020