Vaksin Campak ditemui pada tahun 1963. Sebelum itu demam campak
dianggap sejenis penyakit berjangkit yang sangat menakutkan mungkin
seperti mana yang sedang kita alami hari ini dengan Covid-19. Tetapi
tahukah anda bahawa virus campak disebarkan melalui udara (airborne) dan
mempunyai kadar jangkitan yang jauh lebih tinggi daripada virus
Covid-19 (SARS-CoV 2). R0 virus campak adalah 12-18 berbanding dengan
virus Covid-19, 2.2-2.7. Dengan kata
lain, virus campak boleh merebak sehingga 6-7 kali lebih cepat. Sebelum
vaksin campak ditemui, 2.6 juta orang mati setiap tahun terutama kanak2
akibat demam campak.
Pada
hari ini wabak campak masih berlaku sekali sekala tetapi pada skala yang
kecil di beberapa tempat. Contohnya wabak campak yang berlaku di
beberapa daerah di New Zealand dan Australia pada bulan September 2019.
Semasa berlakunya wabak di sana, bagaimana perasaan ibubapa di Malaysia
pada ketika itu ? Saya yakin bagi ibubapa yang sudah memberikan vaksin
MMR kepada anak2, mereka tidak begitu takut sebagaimana ketakutan
terhadap Covid-19 hari ini. Wabak campak yang berlaku pada tahun 2019
itu telah dapat dikawal dan hanya berkembang pada peringkat daerah
ataupun pulau sahaja, tidak merebak ke seluruh negara ataupun sehingga
menjadi pandemik.
Kebanyakan wabak deman campak yang berlaku tersebut adalah bermula daripada kawasan2 yang tinggi kadar penolakkan vaksin oleh masyarakatnya disebabkan oleh pengaruh ideologi antivaksin. Tetapi disebabkan oleh wujudnya imuniti kelompok (herd immunity) di tempat lain, jangkitan virus campak tidak berjaya menembusi kawasan tersebut. Vaksin lah yang mengujudkan imuniti kelompok di tempat2 tersebut hasil daripada program imunisasi campak yang diwajibkan oleh kerajaan. Kita telah terselamat daripada Pandemik demam campak. Walaupun keberkesanan vaksin bukan 100% tetapi jika dijangkiti, penyakitnya lebih ringan dan kadar sembuhnya lebih tinggi.Kita masih berharap ahli sains akan menemui ubat dan vaksin terhadap virus Covid-19 kerana itulah solusi jangkapanjang yang paling meyakinkan.
Jadi apa yang ingin saya sampaikan daripada tulisan di atas adalah jangan memandang remeh peranan yang dimainkan oleh vaksin. Pada waktu yang sama jangan memandang ringan pengaruh antivaksin terhadap masyarakat. Penyebaran ideologi antivaksin perlu dianggap umpama satu bentuk baru wabak "penyakit" yang jika tidak dikawal akan menyebabkan kemudaratan yang besar kepada masyarakat dan dunia. Bayangkan jika satu hari nanti ideologi antivaksin ini merebak ke seluruh dunia menjadi "pandemik".
Dato' Dr Rushdan Noor
10hb April 2020

No comments:
Post a Comment