Sememangnya masyarakat kita suka kepada makanan. Disebabkan makan, kita selalu berkumpul samada di rumah, tempat kerja , di kedai makan ataupun di majlis keramaian. Salah satu norma baru yg perlu diterapkan untuk mencegah covid-19 adalah berkaitan dengan tabiat makan. Bagaimana kita boleh mengurangkan berlakunya penularan Covid-19 semasa makan. Berikut adalah beberapa cadangan yg terlintas di fikiran saya:
1. MAKAN DI RUMAH: Pilihan pertama adalah memasak sendiri di rumah dgn bahan mentah boleh dibeli online ataupun pesanan COD yakni penghantaran ke rumah.
2. Sebagai pilihan kedua, bahan2 mentah boleh juga dibeli di jeti nelayan / pasar tani / pasar dengan langkah2 pencegahan yg diterangkan di bawah tajuk norma baru ketika membeli belah. Beli dalam kuantiti yang banyak supaya bertahan sekurang2nya seminggu. Tempat membeli kekal sama seperti dulu tetapi mengamalkan norma baru semasa membeli (new normal). Rujuk di pautan bawah untuk kebiasaan baru ketika membeli belah:
3. Sayur seperti bayam, kangkung, cili, taugeh, ulam dll boleh juga ditanam sendiri samada secara konvensional di atas tanah ataupun di dlm pasu, botol, ataupun hidrofonik di dalam/sekitar rumah. Ini juga boleh menjimatkan belanja.
4. Jika tidak mampu memasak sendiri, boleh beli makanan secara online delivery seperti food panda dll. Jika tidak ada kemudahan membeli online, makanan boleh dibeli di kedai makan atau restoran dengan cara "take away" atau "drive through", pakai mask, amalkan penjarakkan fizikal dan basuh tangan.
5. MAKAN DI TEMPAT KERJA: Hari bekerja, masak sendiri dan bawa bekal dari rumah. Jika di tempat kerja ada bilik makan, sediakan cawan, gula dan beli bekalan makanan ringan bagi kegunaan sendiri untuk makan snek waktu rehat, jgn kongsi alatan utk makan minum. Elakkan makan beramai2, sebaliknya makan/minum di meja masing2.
6. Makanan juga boleh dipesan melalui online delivery ataupun "take away" dari kantin, kemudian makan di pejabat. Pakai mask semasa memesan di kantin dan amalkan penjarakkan sosial sepanjang masa. Basuh tangan dgn sempurna sebelum dan selepas makan. Jika ingin membuat jamuan makan seperti majlis kesyukuran, sediakan makanan dalam bentuk bungkusan/pack dan makan di meja/bilik masing2.
7. MAKAN DI KEDAI MAKAN/RESTORAN : Elakkan makan di mana2 kedai makan atau restoran sekurang2nya 6 bulan selepas tamat PKP dan nilai semula situasi, jika ancaman masih wujud, lanjutkan masa itu. Di kedai makan, sukar untuk lakukan penjarakkan fizikal dan mask tidak boleh dipakai sebab nak makan. Di samping itu sukar untuk menilai tahap kebersihan.
8. MAKAN SEMASA DI PERJALANAN: Sediakan bekalan makanan dan minuman dari rumah apabila merancang perjalanan samada dengan pengangkutan awam atau memandu kereta sendiri. Tapi jika boleh, elakkan menggunakan pengangkutan awam selama 6 bulan selepas tamat PKP dan nilai semula situasi. Jika memandu sendiri tanpa bekalan makanan, berhenti di R&R, pakai mask, beli & take away, cuci tangan dan makan dalam kereta. Ataupun beli makanan melalui drive through (pakai mask). Sentiasa bawa bekalan air, sudu, garpu, alkohol sanitizer dan mask di dalam kereta. Cuci tangan dgn alkohol sanitizer selepas makan. Jika boleh, elakkan mengguna tandas di R&R atau mana2 tempat awam kecuali terpaksa. Pakai mask dan basuh tangan dgn alkohol sanitizer selepas menggunakan tandas.
10. KENDURI: Elakkan majlis keramaian jamuan makan termasuk kenduri kahwin.Tempoh yang dicadangkan adalah 6 bulan selepas tamat PKP dan nilai semula situasi, jika ancaman masih wujud, lanjutkan masa. Jika kenduri perlu dijalankan juga, bilangan jemputan hendaklah dihadkan, kerusi diletakkan pada jarak yang sesuai dan jemputan tidak perlu beratur mengambil makanan. Lagi baik jika dapat lakukan saringan suhu tetamu dan sediakan mask bagi tetamu yang memerlukan. Kenduri juga boleh dilakukan dlm bentuk take away, tetamu datang dan ambil makanan untuk dibawa pulang. Ataupun lebih baik hanya dilakukan akad nikah sahaja tanpa kenduri. Tuan rumah patut memahami jika tetamu tidak hadir ke majlis kenduri mereka kerana kita belum lagi bebas sepenuhnya dari wabak Covid-19. Tetamu yg ada gejala dan golongan yang berisiko lebih baik tidak hadir dalam apa2 majlis keramaian.
Semua tindakan yang tersenarai di atas hanyalah cadangan yang diharap boleh mengurangkan risiko Covid-19. Ianya bukan berasaskan bukti kajian saintifik. Walau bagaimanapun berdasarkan cara penyakit Covid-19 ini merebak, langkah2 di atas kemungkinan besar bermanfaat jika diamalkan secara menyeluruh. Perhatian yang lebih perlu diberikan kepada golongan yang berisiko tinggi (penyakit kronik, orang tua).
Baca di sini tentang Norma Baru Paska PKP di Tempat Kerja.
Baca di sini tentang Norma Baru Paska PKP di Tempat Kerja.
Dato' Dr Rushdan Noor
29hb April 2020
No comments:
Post a Comment