Gambar di bawah adalah 4 biji cili merah yang bersaiz sederhana dengan berat 45 gm. Selepas dijadikan sambal, itulah kuantiti sambal yang dihasilkan jika dibandingkan dgn saiz sudu besar. Di dalam 45 gm cili ini sudah mengandungi lebih 100% keperluan harian Vitamin C (nilai sebenar 107% RDA).
100 gm cili = 239% RDA
Cili juga mengandungi banyak lagi mikronutrient lain dan serat. Saya percaya orang kita makan cili lebih dari itu setiap hari kerana cili bukan sahaja digunakan untuk sambal tetapi juga dimasukkan ke dalam makanan2 lain dan sos. Serbuk kari yang digunakan untuk membuat gulai juga mengandungi ramuan seperti serbuk cili kering, kunyit, halia dan lain2 yang juga mengandungi vitamin C. Itu baru cili dan kari, belum lagi bahan2 mentah lain yang digunakan untuk menyediakan makanan seperti bawang, sayur, halia, kunyit, tomato dan lain2 yang juga mengandungi Vitamin C walaupun pada kadar yang lebih rendah.
Kesimpulannya untuk sumber vitamin C sahaja , tak semestinya kena makan buah limau, betik, kiwi, jambu dan lain2 buah setiap hari. Tapi kalau boleh makan buah2an ini lagilah bagus sebagai sumber tambahan mikronutrient yang lain dan serat yang lebih banyak. Jadi jangan risau kalau tak ambil suplemen Vitamin C kerana makanan kegemaran masyarakat kita sudah mengandungi lebih dari cukup vitamin C semulajadi. Malahan makanan masyarakat kita rata2 mengandungi cukup makronutrient dan mikronutrient. Apabila makanan kita sudah seimbang, secara automatik ianya juga membekal nutrient yang mencukupi.
Dato'Dr Rushdan Noor
23hb April 2020
Nota: Ramuan2 serbuk kari : cili kering, serbuk kunyit,lada kering,ketumbar, lada hitam, halia dan biji sawi
https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminC-Consumer/
No comments:
Post a Comment