Monday 27 April 2020

NORMA BARU PASKA PKP : MEMBELI BELAH


Pada saat rencana ini ditulis, bilangan kes Covid-19 di negara kita sudah menurun dan menunjukkan petanda ianya akan reda sedikit masa lagi. Walau bagaimanapun ancaman Covid-19 akan terus wujud sehingga vaksin yang berkesan ditemui. Pembawa-pembawa virus yang tidak bergejala masih berlegar di sekeliling kita dan kluster2 baru akan wujud disebabkan oleh sikap dan pergerakan manusia. Jadi kemungkinan untuk berlakunya gelombang kedua adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan. Kita sudah saksikan apa yang berlaku di negara Jepun, akibat daripada tindakan keluar daripada lockdown terlalu cepat, gelombang kedua Covid-19 didapati lebih besar daripada gelombang pertama.

Penguatkuasaan PKP yang terlalu panjang boleh menjadi serampang dua mata kerana ia boleh membantutkan perkembangan ekonomi dan menjejaskan pendapatan rakyat.Jadi kedua2 aspek kesihatan dan ekonomi perlu diseimbangkan kerana kedua2nya saling bergantungan. Kita tidak mahu kehilangan kedua2nta. Jadi perlu ada jalan tengah di mana PKP dilonggarkan secara berperingkat, perniagaan dibuka secara berhati2 dan rakyat memainkan peranan membantu memutuskan rantaian Covid-19 melalui apa yang dinamakan NORMA BARU (New Normal).

Di Malaysia, walaupun nanti kerajaan akan mengumumkan bahawa PKP telah ditarikbalik dan kita sudah boleh bergerak dan meneruskan kehidupan seperti biasa namun kehidupan biasa tersebut bukanlah seperti sebelum wabak ini berlaku. Setiap rakyat Malaysia perlu menukar gayahidup mereka kepada norma baru atapun "new normal" yang tidak memberi peluang kepada Covid-19 menyerang semula. Segala tingkah laku kita di dalam semua aspek kehidupan perlu diubah bagi tujuan mencegah jangkitan virus Covid-19. Di dalam tulisan ini, saya akan menumpukan norma baru yang melibatkan aktiviti membeli belah.

Cadangan2  ketika keluar membeli belah (shopping):

1. Kalau boleh beli online

2. Catitkan senarai barangan yang hendak dibeli supaya tidak ada yg tertinggal, kalau boleh pergi ke satu kedai yg ada semua barangan yg hendak dibeli.Elak pergi ke banyak kedai.

3. Beli banyak untuk bekalan sekurang2nya satu minggu utk elakkan kerap keluar rumah.

4. Bawa beg sendiri utk elak guna byk beg plastik.Kalau boleh kita sendiri yang masukkan barangan ke dalam beg untuk meminimakan sentuhan cashier.

5. Bayar guna e-wallet, kad kredit/debit dll tanpa cash

6. Jika nampak kedai sesak, tangguh dulu ataupun cari kedai yg kurang sesak.

7. Bawa bekalan alkohol sanitizer di dlm botol kecil

8. Pakai mask

9. Cuci tangan dan jika tangan belum dicuci, jgn sentuh muka

10. Cuba dapatkan penjarakkan fizikal 6 kaki dgn org lain dan jangan bersalaman, guna kaedah lain.

11. Jika guna lift pastikan penjarakkan fizikal dan menekan butang lift dengan ada pelapik. Jika penjarakkan fizikal sukar dilakukan guna escalator. Anda boleh juga letakkan kereta di tingkat yang sama paras dengan kedai yang hendak dituju. Elak dari merayau2 tanpa tujuan.

12.Masukkan barangan ke dalam bonet kereta dan kemudian cuci tangan sebelum masuk dalam kereta supaya tangan yg tidak bersih tidak memegang apa2 di dlm kereta. Elakkan meletak barang di atas tempat duduk.

13. Sampai rumah, bawa sendiri barang2 keluar dari kereta dan letakkan di dapur. Biarkan di situ untuk 1-2 jam.Terus cuci tangan dgn sabun atau alkohol.

14. Masukkan pakaian ke dalam timba yg diisi dgn air sabun dan mandi sebelum boleh sentuh orang lain di dalam rumah.

15. Selalu lakukan disinfeksi pada bahagian tertentu dlm rumah yg selalu disentuh.


Ini hanyalah cadangan saya semata2 dan bukan berasaskan kepada apa2 bukti kajian saintifik. Walau bagaimanapun berdasarkan kepada cara penyakit ini merebak, cadangan2 di atas jika diamalkan berkemungkinan besar mampu untuk memutuskan rantaian penularan penyakit. Amalan yang dicadangkan ini juga bukan satu undang2 atau peraturan yang mesti dipatuhi.

Jangka masa berapa lama amalan2 ini perlu dilakukan bergantung kepada berapa lama kita perlu menunggu untuk menghasilkan vaksin yang berkesan. Ini mungkin memakan masa 1-1.5 tahun dan jika bernasib baik ianya boleh berlaku seawal 6 bulan. 

Klik di sini untuk Norma Baru Paska PKP: Tabiat Makan

Klik di sini untuk Norma Baru Paska PKP di Tempat Kerja





Dato'Dr Rushdan Noor
27hb April 2020

No comments:

Post a Comment