Friday, 12 February 2021

VAKSIN COVID-19 DAN AEFI : APA YANG ORANG AWAM PERLU TAHU


Semakin ramai menerima vaksin maka semakin banyak AEFI ataupun Adverse Events Following Immunization akan dilapurkan. Tetapi AEFI bukan semestinya disebabkan oleh vaksin. Banyak AEFI berlaku secara "coincidental" yakni berlaku secara kebetulan. 

Saya beri contoh Abu seorang pemuda yang bersetuju untuk ambil vaksin. Hari ini Abu merancang untuk mengambil vaksin Covid-19, dalam perjalanan ke tempat vaksin, Abu singgah di kedai Pak Ali makan me rebus. Kemudian dia pun pergi mendapatkan suntikan vaksin. Besoknya Abu mengalami sakit perut, muntah dan cirit birit. Maka dia pun melapurkan gejala2 itu kerana pada sangkaannya akibat suntikan vaksin. Gejala2 yang dialami oleh Abu akan dikategorikan dalam AEFI kerana ia berlaku selepas suntikan vaksin. Selepas siasatan dijalankan, rupa2nya Abu keracunan makanan dan gejala2 yang Abu alami itu tidak ada kena mengena dengan suntikan vaksin.Maka gejala atau kesan sampingan yang dialami oleh Abu adalah kebetulan ("coincidental").

Jadi bila sebut AEFI, jangan anggap semuanya kesan sampingan akibat vaksin ("vaccine related side-effects"). Katakan sesuatu AEFI yang agak serius telah dilapurkan selepas menerima vaksin. Kemudian pihak pemantau vaksin melakukan siasatan terperinci dan mendapati sukar untuk disahkan puncanya, tambahan pula ianya juga boleh berlaku ke atas orang yang tidak mengambil vaksin. Pada waktu yang sama mereka tidak dapat menolak sepenuhnya kesan akibat vaksin. Di dalam keadaan ini, penyiasat akan membandingkan kadar kejadian penyakit itu dalam kalangan orang awam yang tidak mengambil vaksin. Jika didapati kadar kejadian penyakit ini sama atau kurang dari kadar yang berlaku keatas orang yang tidak mengambil vaksin, maka kesimpulanya suntikan vaksin bukan punca berlakunya penyakit tersebut.

Setakat ini belum ada lagi kematian yang dikaitkan secara terus dengan vaksin Covid-19 walaupun sudah lebih 160 juta suntikan diberikan di seluruh dunia.Semua kematian yang dilapurkan selepas suntikan vaksin adalah "coincidental" ataupun kebetulan. Begitu juga "Bell's palsy atau kelumpuhan sebelah muka yang dilapurkan juga adalah daripada kategori "coincidental". 

Manakala kesan sampingan yang serius akibat suntikan vaksin iaitu Anafilaksis ataupun alahan teruk berlaku pada kadar yang sangat rendah yakni 4.7 kes   dalam 1 juta bagi vaksin mRNA Pfizer-Biontech dan 2.5 kes  dalam 1 juta bagi vaksin mRNA Moderna (setakat 18hb Jan 2021). Kesemua penerima vaksin ini pulih selepas menerima rawatan. Kemungkinan berlakunya perkara ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan keadaan2 berikut:

Mati dipanah petir : 1 kes dalam 161,856

Mati akibat tercekik semasa makan 1 kes dalam 2,696

Mati akibat demam selesema 1 kes dalam 4,084

Mati akibat Covid-19 : 1 kes dalam 780

100 orang mati akibat alahan teruk terhadap makanan (anafilaksis) setiap tahun di Amerika. Lebih 50,000 kes anafilaksis dilapurkan setiap tahun di Amerika.

Serangan anafilaksis terhadap kacang adalah 1 dalam 400.

Kecederaan semasa berjalan kaki: 1 dalam 34,017

Kecederaan semasa bermain di padang permainan: 1 dalam 5,400

Kecederaan serius dari kemalangan jalanraya : 1 dalam 198,807

(Serangan Anafilaksis akibat suntikan vaksin mRNA Moderna 1 kes dalam 400,000 dan vaksin Pfizer-Biontech 1 dalam 213,000. Itupun yang mengalami kesan sampingan ini mempunyai sejarah alahan yang teruk di masa lalu)

Apabila semakin ramai yang mengambil vaksin, semakin banyaklah aduan AEFI yang dari kategori "coincidental" akan dilapurkan. Dijangkakan kesan2 sampingan akibat vaksin juga akan lebih banyak dilapurkan.Bayangkan jika 80% rakyat Malaysia menerima vaksin , bermacam2lah cerita akan kita dengar dari penerima vaksin tentang pengalaman mereka kerana begitu banyak perkara dan kejadian akan berlaku secara kebetulan selepas vaksin diberikan. Sebagai orang awam, sekurang2nya kita faham maksud AEFI dan tidak gopoh membuat kesimpulan. Pihak autoriti dan regulatori ubat2an sentiasa memantau perkembangan dan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas setiap AEFI yang dilapurkan.

Dato' Dr.Rushdan Noor

13hb Feb 2021


https://www.who.int/vaccine_safety/initiative/detection/AEFI/en/

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/recommendations/underlying-conditions.html

https://www.google.com/amp/s/amp.cnn.com/cnn/2021/01/18/health/covid-vaccine-pfizer-deaths-norway-intl/index.html

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3005304/

https://www.facialpalsy.org.uk/news/facial-palsy-and-covid-19-vaccine/

https://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/2776557

No comments:

Post a Comment