Saya hairan mengapa gendang lama masih dipalu menuduh vaksin Covid-19 ini tidak berkesan dan orang ramai dijadikan bahan ujikaji. Sedangkan hasil kajian "real world" telah membuktikan bahawa vaksin Covid-19 berkesan mencegah jangkitan, menurunkan kadar kemasukan wad, beban penyakit yang lebih ringan dan mengurangkan kadar kematian akibat Covid-19. Berikut adalah sebahagian dari banyak lagi kajian2 keberkesanan vaksin Covid-19:
1. Kajian : Israel Nationwide Study ("real-world study")(1)
Vaksin: Pfizer-BioNTech
Jumlah peserta kajian: 1.2 juta orang
Hasil Kajian: Keberkesanan vaksin mencegah jangkitan Covid-19 bergejala adalah 94%, dan 92% penyakit teruk.
2. Kajian: The efficacy and effectiveness of COVID-19 vaccines around the world: a mini-review and meta-analysis (2)
Vaksin: 5 jenis Vaksin Covid-19
Peserta: 40 kajian termasuk 20 Meta-analysis
Hasil Kajian: Semua vaksin Covid-19 terutama jenis mRNA menunjukkan keberkesanan yang tinggi (paling tinggi 96%) dan keberkesanan lebih tinggi seoepas dos kedua berbanding dengan dos pertama.
3. Kajian :Moderna Phase 3 Trial (3)
Vaksin: Moderna
Jumlah Peserta: 30,420
Hasil Kajian: Keberkesanan Vaksin adalah 94.1% mencegah Covid-19 bergejala.
4. Kajian: Systematic review and meta-analysis: Efficacy and safety of Covid vaccine on maternal and perinatal outcomes. (4)
Vaksin Covid: Pelbagai
Jumlah Peserta: 67 kertas kajian (jumlah peserta 1.8 juta orang)
Hasil Kajian: Keberkesan mencegah jangkitan 61% dan 94% kurang kemasukan ke wad. Vaksin juga selamat digunakan dan tidak mempengaruhi kesihatan ibu dan anak.
5. Kajian: Phase 3 Trial Efficacy and Safety Covid-19 Vaccine Network Metanalysis (5)
Vaksin: Pelbagai
Peserta: Melibatkan 25 RCTs
Hasil Kajian : Tidak ada perbezaan keberkesanan di antara vaksin, semua berkesan tetapi vaksin BNT162b2 mempunyai keberkesanan paling tinggi mencegah Covid bergejala.
6. Kajian:Meta-analysis and Systematic Review on Efficacy and Safety (6)
Vaksin: Vaksin mRNA dan Adenovirus
Peserta: Lebih 100,000 peserta (dari 25 RCTs, study vs placebo grp)
Hasil kajian: Kedua2 vaksin menunjukkan keberkesan tinggi selepas 2 suntikan (80,2-94%). Kedua2 vaksin juga menunjukkan data keselamatan keseluruhan yang baik walaupun kesan sampingan vaksin mRNA lebih tinggi dari vaksin adenovirus.
Banyak lagi kajian2 terdahulu yang dilakukan membuktikan keberkesanan vaksin Covid-19 tetapi tidak cukup ruang untuk dibentangkan.
KESIMPULAN
Fokus rawatan Covid-19 masih pada penggunaan antiviral yang terbukti (seperti Paxlovid), vaksinasi, dan langkah kesihatan awam. Vaksin Covid-19 sudah terbukti berkesan mencegah dan mengurangkan kematian serta penderitaan akibat jangkitan Covid-19 dari kajian "real-world". Semua pertubuhan2 kesihatan antarabangsa dan badan regulatori ubat dunia masih kekal dengan pendirian ini. Bukti keberkesanan ini diperolehi dari banyak kajian-kajian besar dan berwibawa.
Dato'Dr.Rushdan Noor
8hb April 2025
Tulisan ini adalah pendapat peribadi dan tidak mewakili mana2 institusi ataupun pertubuhan.
RUJUKAN
1. Dagan N, Barda N, Kepten E, et al. BNT162b2 mRNA Covid-19 Vaccine in a Nationwide Mass Vaccination Setting. 2021
N Engl J Med 2021;384:1412-1423
2. Soheili, M., Khateri, S., Moradpour, F. et al. The efficacy and effectiveness of COVID-19 vaccines around the world: a mini-review and meta-analysis. Ann Clin Microbiol Antimicrob 22, 42 (2023).
3.Baden LR, El sahly HM, Essink B, et al. Efficacy and Safety of the mRNA-1273 SARS-CoV-2 Vaccine. 2020
N Engl J Med 2021;384:403-416
4. Silvia Fernández-García, Laura del Campo-Albendea, Dharshini Sambamoorthi. Effectiveness and safety of COVID-19 vaccines on maternal and perinatal outcomes: a systematic review and meta-analysis: BMJ Global Health 2024;9:e014247.
5. Wu, X., Xu, K., Zhan, P. et al. Comparative efficacy and safety of COVID-19 vaccines in phase III trials: a network meta-analysis. BMC Infect Dis 24, 234 (2024).
6. Pormohammad A, Zarei M, Ghorbani S, Mohammadi M, et al Razizadeh MH. Efficacy and Safety of COVID-19 Vaccines: A Systematic Review and Meta-Analysis of Randomized Clinical Trials. Vaccines (Basel). 2021 May 6;9(5):467. doi: 10.3390/vaccines9050467. PMID: 34066475; PMCID: PMC8148145.
No comments:
Post a Comment