Program Tahfiz Darul Quran (1) mungkin pilihan terbaik kepada ibubapa
yang ingin menghantar anak2 mereka ke institusi yang menyediakan program
tahfiz yang sistematik dan terancang. Saya sempat membuat pencarian
maklumat mengenai Insititusi Darul Quran ini yang merupakan program di
bawah JAKIM di mana kampusnya terletak di Kuala Kubu Baru. Saya kongsi
beberapa maklumat mengenai program tahfiz Darul Quran semoga boleh
menjadi panduan kepada ibubapa di samping untuk simpanan diri saya
sendiri.
Sejarah penubuhan Darul Quran (asalnya dikenali sebagai
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat) ini adalah panjang semenjak tahun
1966 yang diilhamkan oleh Almarhum Tunku Abd Rahman (baca sejarah di
rujukan 2). Kini Maahad Tahfiz Darul Quran terletak di Kuala Kubu Bharu.
Terdapat sekurang2nya 4 program utama yang disediakan oleh Darul Quran:
1. PERSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN (DQ-UIA), kolaborasi Darul Quran (DQ)
dengan Universiti Islam Antarabangsa. Pelajar-pelajar lulusan SPM dan
setaraf yang memenuhi syarat kelulusan yang ditetapkan boleh memasuki
program ini selama 18 bulan untuk menjadi Huffaz sebelum melanjutkan
pelajaran di dalam bidang2 Profesional lain seperti Sains, Perubatan,
Kejuruteraan dll di UIA. (3)
2. DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN, program 3
tahun (menghafal 30 juzuk Al-Quran) di samping matapelajaran pilihan
yang lain. Program ini ditawarkan kepada lulusan SPM dan setaraf dengan
memenuhi syarat lulus minima yang ditetapkan serta lulus temuduga (4).
3. IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH. Pemegang Diploma
Tahfiz Al-Quran dari Darul Quran boleh memohon melanjutkan pelajaran
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), melalui UPU . Program yang memakan masa 4 tahun (5)
4. SIJIL TAHFIZ MALAYSIA. Darul Quran mengeluarkan Sijil Tahfiz
Malaysia kepada sesiapa yang telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran daripada
mana2 Maahad Tahfiz samada kerajaan ataupun swasta. Pemohon perlu lulus
ujian yang disediakan oleh Darul Quran dan berusia tidak kurang daripada
15 tahun. Pusat2 Tahfiz ini hendaklah yang telah berdaftar dengan
Majlis Agama Islam. Dengan memiliki sijil tahfiz ini, Huffaz2 ini akan
berpeluang melanjutkan pelajaran mereka.
Darul Quran juga
menyediakan program tahfiz kepada orang kurang upaya. Walaupun dikatakan
paling terancang, mengikut kajian yang dijalankan oleh Abdulsyahid
Ridzzuan dan Dr. Tengku Intan Zarina, Darul Quran boleh menjadi lebih
baik daripada yang ada pada hari ini, mereka juga mencadangkan beberapa
penambahbaikan di dalam kertas kajian mereka (6).
Konsep Pusat
Tahfiz Darul Quran ini boleh menjadi model yang terbaik dan rujukan
kepada pusat2 tahfiz yang lain. Ia sepatutnya menjadi pusat rujukan dan
tumpuan semua produk2 keluaran pusat2 tahfiz yang sedia ada samada
dimiliki oleh kerajaan ataupun swasta. Sehingga hari ini Huffaz2 yang
dihasilkan daripada maahad2 tahfiz lain yang banyak jumlahnya di negara
kita sebenarnya mempunyai perjalanan yang masih panjang. Jika
perancangan teliti tidak dilakukan, mereka akan terbiar begitu sahaja
tanpa arah tujuan masa depan.
Kita ingin melihat objektif
Program Tahfiz ini dapat dicapai seperti mana yang digariskan di dalam
Objektif penubuhan Darul Quran (7) iaitu untuk menghasilkan Huffaz
(Hafiz dan Hafizah), Qurra (mahir bacaan dan Qiraat) dan Du'at
(Pendakwah). Pendakwah tidak semestinya di dalam kerjaya bidang agama,
tetapi juga bidang2 ilmu keduniaan. Mungkin satu hari nanti kita akan
melihat munculnya ilmuan2 hebat yang serba boleh di dalam bidang ilmu
keduniaan dan ilmu akhirat seperti Ibnu Sina, al Farabi, Ibnu Rusyd dan
lain2.
RUJUKAN
1. http://www.darulquran.gov.my
2. http://www.darulquran.gov.my/index.php…
3. http://www.darulquran.gov.my/index.php…
4. http://www.darulquran.gov.my/index.php…
5. http://fpqs.usim.edu.my/pro…/ijazah-pertama/quran-dan-sunnah
6. http://www.academia.edu/…/PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_SISTEM_…
7. http://www.darulquran.gov.my/index.php…
8. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…
9. http://rozaimiramle.blogspot.my/2012/10/benarkah-penghafal-al-quran-boleh-beri.html
Dato Dr.Mohd Rushdan Md Noor
No comments:
Post a Comment