Friday 28 June 2024

ANCAMAN PRODUK KESIHATAN OVERCLAIM TERHADAP MASYARAKAT


Media sosial dipenuhi oleh iklan2 produk kesihatan yang diwar2kan boleh mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit. Yang menjadi duta dan tukang mempromosi pula bukan calang2 orang. Mereka bebas menjual produk tersebut walaupun menyalahi peraturan iklan ubat KKM.

Produk kesihatan overclaim atau pun dakwaan melampau adalah produk yang didakwa berkesan mencegah atau merawat penyakit, sedangkan keberkesanan dan keselamatannya belum lagi dibuktikan. Meskipun dakwaan itu melibatkan hanya satu jenis penyakit. Produk overclaim juga termasuk bahan aktif yang baru dikaji dalam fasa praklinikal di dalam makmal, belum lagi masuk ke fasa kajian klinikal.

Ini berbeza dengan ubat dan rawatan yang digunakan oleh doktor dalam perawatan moden. Kaedah2 rawatan ini telah diuji keberkesanan dan keselamatannya melalui kajian klinikal sebelum disyorkan kepada pesakit. Walaupun syarikat lain dibenarkan mengeluarkan ubat2an yang sama, mereka masih perlu melakukan ujian memastikan kandungan bahan aktif di dalam darah adalah setara dengan ubat yang asal.

Produk kesihatan overclaim ini muncul secara tiba2 dalam pasaran dan menggunakan selebriti (termasuk ustaz2) untuk menjadi duta atau jurucakap mendakwa ianya berkesan, samada mencegah atau membantu atau merawat penyakit. Kita pun tak tahu siapa yang mencipta ubat tersebut, pihak mana yang pastikan wujudnya bahan aktif dalam produk tersebut, bagaimana mereka menentukan dos dan di mana ianya dihasilkan. Paling penting, ianya tidak melalui kajian keberkesanan dan keselamatan terlebih dahulu.

Jadi produk kesihatan overclaim ini dijual dahulu, kemudian baru mencari bukti selamat dan berkesan. Berbeza dengan ubat2an moden yang telah dibuktikan dahulu, baru digunakan ke atas orang ramai.

Jadi, dalam konteks produk kesihatan overclaim, siapakah yang menjadi bahan ujikaji samada ianya berkesan dan selamat? Ya, pembeli dan penggunalah yang sebenarnya menjadi bahan ujikaji. Tentu akan ada pengguna yang mendakwa ianya berkesan , tetapi persoalannya adakah ianya benar berkesan ataupun secara kebetulan ataupun kesan plasebo ataupun dakwaan itu palsu? Hakikatnya, kita tidak tahu kerana tiada kajian dijalankan. Maka ianya akan kekal sebagai produk testimoni ataupun "hearsay" semata2.

Untuk mendapat kelulusan KKM bagi tujuan memasarkan produk ini, ianya akan didaftarkan di bawah produk suplemen, makanan tambahan ataupun ubat tradisional. Proses pendaftaran dan kelulusan jauh lebih mudah kerana pengeluar produk ini hanya perlu membuktikan yang ianya bersih dan tidak tercemar dari organisma dan bahan2 terlarang. Bukti keberkesanan tidak diperlukan seperti ubat2 moden yg merawat darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, kanser dan lain2. Malahan bukti keselamatan pun hanya dinilai melalui ujian kebersihan dan pencemaran itu sahaja. Sedangkan keselamatan sepatutnya melibatkan kesan sampingan jangka pendek, jangka panjang dan kesan ke atas bayi dalam kandungan yang hanya boleh dikenalpasti melalui kajian klinikal dan pemantauan pesakit.

Bagaimana pula kesan produk kesihatan overclaim  ke atas pesakit2 yang sedang dirawat oleh doktor di hospital? Ada yang meninggalkan ubat hospital dan ada yang melambat2kan rawatan di hospital. Ada juga yang tidak sedar berlakunya interaksi antara produk itu dengan ubat2an yang diberikan oleh doktor. Campur palsu dalam.produk overclaim juga bukan mudah untuk ditangani. 

Kesan kewangan kepada pengamal produk overclaim pula merupakan satu lagi isu yang boleh dibincang panjang lebar. Tidak salah kalau berpendapat bahawa menjual produk kesihatan overclaim ini adalah satu bentuk scam ataupun penipuan.


Benar, kaedah rawatan oleh doktor di hospital pun ada yang tidak berkesan dan ada yang mengalami kesan sampingan. Tidak ada kaedah rawatan yang sempurna, jadi tidak ada ubat yg 100% berkesan dan 100% selamat. Doktor berikhtiar berdasarkan kepada kepakaran mereka, tapi kuasa penyembuh itu hanya pada Allah swt. Tetapi pihak doktor telah berikhtiar dengan kaedah yang terbaik setakat ilmu dan teknologi yang ada, tidak dilakukan semberono. Dengan kepakaran doktor2 ini juga, mereka sudah tahu tentang jenis2 kesan sampingan yang boleh berlaku. Sebelum merawat, penerangan akan diberikan tentang mengapa rawatan ini diperlukan, jenis rawatan dan kesan sampingan yang boleh berlaku. Pihak pesakit sudah faham dan mereka akan menjalani proses pemantauan selepas rawatan.

Dari maklumat2 di atas, sepatutnya orang awam sudah faham mengapa isu produk kesihatan  overclaim ini adalah isu yang besar dan boleh dianggap satu bentuk ancaman kesihatan yang serius. Kesedaran orang awam mampu menyekat dan merencat penjualan produk ini, apabila tidak ada pembeli, tidak adalah penjual. Lebih2 lagi dalam keadaan di mana penguatkuasaan undang2 kurang berkesan. Berbeza dengan produk overclaim yang menjadikan pengguna seolah2 bahan ujikaji dan tidak ada sesiapa yang memantau mereka semasa dan selepas mengambil produk2 ini. Penjual produk hanya mendakwa perkara2 baik sahaja yang mereka sendiri pun sebenarnya tidak mempunyai bukti dan kepakaran.

Dari sudut agama pula, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada mengeluarkan pendapat di dalam Irsyad Siri 646 di bawah.

Irsyad-al-fatwa-siri-ke-646-hukum-melakukan-dakwaan-melampau-overclaim-dalam-marketing-pemasaran


Dato' Dr Rushdan Noor.

29hb Jun 2024


No comments:

Post a Comment