Kajian untuk menentukan keberkesanan ubat anti-kanser perlu melalui
banyak fasa sebelum boleh digunakan ke atas manusia. Berita tentang
penemuan ubat anti-kanser sangat digemari oleh orang ramai dan tidak
hairanlah mengapa tajuk ini menjadi pilihan media2 untuk disiarkan. Saya
akan berkongsi kepada anda pedoman bagaimana menilai status
berita-berita tersebut. Sebagai contoh saya akan mengambil berita
tentang Buah Bambangan. Rencana ini agak panjang tetapi anda perlu baca
sampai habis.
1. Bahan aktif yang mempunyai ciri2 anti-kanser
perlu dikenalpasti dan kemudian diektrak (dikeluarkan) dari sumber
asal/mentah, dalam kes ini sumber asal adalah biji buah Bambangan
(Mangifera panjang).
2. Sebatian kimia aktif yang dipercayai
mempunyai ciri2 anti-kanser di dalam buah Bambangan adalah Methyl
Gallate. Proses mengeluarkan bahan aktif ini dilakukan melalui
tindakbalas kimia di dalam makmal. Dr.Che Puteh lebih arif sebab ini
adalah bidang kepakaran beliau.
3. Kemudian Methyl Gallate ini
akan diuji ke atas sel2 kanser payudara yang dibiak dalam makmal (inilah
yang dinamakan "cancer cell line", kena beli/import dari bank sel
kanser luar negara selalunya dari Amerika, setahu saya di Malaysia belum
ada bank sel kanser). Setiap "cancer cell line" ini ada nama2nya,
contohnya dalam kajian ini, MCF-7. MCF-7 adalah lapisan sel kanser
payudara yang disumbang oleh bekas pesakit kanser pada tahun 1970 dan
dibiakkan hingga ke hari ini untuk tujuan penyelidikan.
Kalau nak tahu cerita lebih lanjut tentang MCF-7 boleh baca di sini :https://en.m.wikipedia.org/wiki/MCF-7).
Kalau nak tahu cerita lebih lanjut tentang MCF-7 boleh baca di sini :https://en.m.wikipedia.org/wiki/MCF-7).
4. Daripada hasil ujian makmal inilah diketahui samada Methyl Gallate
ini boleh mematikan sel2 kanser ataupun tidak. Tetapi ingat, ini hanya
ujian yang dilakukan ke atas sel2 kanser payudara yang dibiak di luar
tubuh badan. Apa yang berlaku di dalam makmal tidak semestinya sama
dengan apa yang akan berlaku di dalam tubuh manusia kerana sistem badan
manusia jauh lebih kompleks.
5. Kajian yang dijalankan oleh
pensyarah UTHM ini adalah kajian ke atas "cancer cell line" MCF-7 (rujuk abstrak kertas kajian di bawah). Jadi
ini adalah kajian awal PRA-KLINIKAL. Kajian ini hanya tertumpu kepada
KANSER PAYUDARA. Kajian di dalam makmal di luar tubuh ini juga dinamakan
kajian in-vitro. Fasa pra-klinikal mempunyai satu lagi peringkat iaitu
kajian in-vivo (dalam tubuh) yang dilakukan ke atas haiwan.
6.
Selepas berjaya ujian ke atas "cancer cell line" tadi, bahan aktif tadi
perlu pula diuji ke atas haiwan yang bernyawa, selalunya tikus digunakan
sebagai mewakili ujian ke atas benda hidup. Penyelidik perlu memohon
kebenaran dan grant untuk buat kajian keatas tikus untuk tentukan dos,
keberkesanan dan kesan sampingan. Kajian dalam tubuh tikus ini dinamakan
kajian in-vivo dan ini masih dianggap kajian pra-klinikal. Tikus boleh
diransang untuk menghidap kanser di dalam makmal dan bahan aktif yang
diuji tadi akan diberikan kepadanya. Pada peringkat ini dos juga boleh
ditentukan. Walaupun lulus kajian ke atas tikus, tindakbalas badan
manusia boleh berbeza.
7. Apabila kajian ke atas tikus telah
berjaya (selamat dan berkesan) barulah boleh memohon untuk kajian
klinikal ke atas manusia yang terdiri dari fasa 1, fasa 2 dan fasa 3.
Fasa 4 adalah pemantauan selepas ubat antikanser dipasarkan. Nak masuk
ke fasa 1 bukannya mudah, maklumlah nak diuji ke atas manusia. Setiap
fasa kajian klinikal ini ada kaedah dan matlamatnya yang tersendiri dan
selalunya melibatkan masa yang lebih panjang dan kos yang sangat tinggi.
Lagi tinggi fasa, bertambah sukarlah kajian tersebut. Apabila lulus
fasa 3, baru boleh mendakwa yang Methyl Gallate ini berkesan merawat
kanser payudara dan boleh ganti ubat antikanser standard yang ada pada
hari ini. Hanya untuk kanser payudara. Kena ingat, ubat/bahan aktif ini
adalah Methyl Gallate yang diekstrak dari biji buah Bambangan, bukan
makan buah bambangan atau telan biji Bambangan. Bukan juga dengan
memproses sendiri buah Bambangan, buat jus atau keringkan buat serbuk
untuk jadikan kapsul atau pil.
8. Kajian pra-klinikal yang
dijalankan oleh pensyarah UTHM ini memang boleh dibanggakan. Walau
bagaimanapun masih terlalu jauh lagi perjalanan yang perlu dilalui
sebelum hasil kajian ini boleh digunakan ke atas manusia. Kajian
pra-klinikal adalah peringkat yang paling awal dan paling mudah. Jika
kita nak buat analogi, macam mendaki gunung Averest. Kajian pra-klinikal
boleh diumpamakan peringkat perancangan untuk menentukan siapakah yang
layak untuk mendaki gunung Averest, belum pun lagi memulakan pendakian.
Kejayaan fasa 3 kajian klinikal adalah umpama sampai ke kemuncak gunung
Averest dan inilah kejayaan sebenar. Umumnya dari 5,000-10,000 bahan2
aktif yang ditemui, 250 sahaja yang berjaya masuk ke fasa 1. Manakala
dari 250 yang memulakan fasa 1, hanya satu sahaja (0.4%) berjaya sampai
ke fasa 3 ataupun kemuncak gunung Averest.
9. Halangan paling
besar untuk meneruskan kajian ke fasa-fasa seterusnya adalah kelulusan,
bajet dan kesukaran untuk menjalankan kajian klinikal ke atas manusia.
10. Kejayaan sesuatu kajian tidak diukur semata2 kepada journal yang
menyiarkannya tetapi yang lebih penting adalah kualiti kajian dan fasa
berapa kajian itu dilakukan. Kajian yang terbaik adalah apabila hasil
kajian tersebut dapat memanfaatkan manusia ("translational research").
11. Mulai sekarang saya harap anda yang membaca tulisan ini sudah boleh
menilai status berita yang disiarkan di dalam akhbar dan media2. Jika
ada berita ataupun sesiapa yang mendakwa menemui ubat antikanser, tanya
mereka di mana kertas kajian dan apakah fasa kajian tersebut. Bila jumpa
kertas kajian, tak faham pun tak apa, kalau ada perkataan "extract",
"cancer cell line", "animal", "laboratory", "apoptosis induction", maka
itulah kajian pra-klinikal. Untuk kajian klinikal fasa 1,2 dan 3,
selalunya bilangan fasa akan tertera pada tajuk utama kertas kajian.
Anda mahu tahu adakah mereka sudah sampai ke kemuncak gunung Averest
atau baru nak buat persiapan di Malaysia untuk ke Kathmandu.
12. Sebenarnya prinsip dan proses yang sama akan dilalui oleh lain-lain
jenis ubat seperti ubat darah tinggi, diabetes dan lain2. Kita sudah
masuk tahun 2020, mari sama2 kita tingkatkan tahap kesedaran dan
keilmuan kita, benarlah kata pujangga bahawa "ilmu itu pelita hidup".
Tanpa ilmu, kita seperti orang yang meraba2 dalam kegelapan, mudah
tergelincir dan hilang pedoman.
Anda boleh baca tulisan saya yang lalu berkenaan dengan kajian klinikal di pautan bawah.
A. Mengapa kajian pra-klinikal terlalu awal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210764139767437&id=1468333443
B. Kajian klinikal macam mendaki gunung Averest: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210180142887880&id=1468333443
Dato' Dr Rushdan Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
17hb Feb 2020
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
17hb Feb 2020
No comments:
Post a Comment