Semalam
saya mengikuti ceramah seorang Ustaz yang berbicara tentang salah satu
bentuk fitnah besar kepada umat Islam iaitu golongan yang meyakini
mereka membawa kebenaran sedangkan hakikatnya mereka adalah sesat. Maka
disebarkan ilmu yang sesat itu kepada orang lain dan orang lain pula
meyakini ilmu yang sesat itu sebagai satu kebenaran. Salah satu puncanya
adalah menggunakan pengalaman dan tafsiran diri sendiri untuk mendalami
ilmu agama tanpa diikat dengan kefahaman yang mendalam
tentang al-quran dan sunnah. Ilmu yang sesat ini kemudian akan diterima
oleh pengikut2 mereka yang kebetulan tidak mempunyai asas agama yang
kukuh. Dengan kuasa teknologi maklumat tanpa had, lama-kelamaan kumpulan
ini akan berkembang sehingga tersebar luaslah kesesatan itu.
Ceramah oleh ustaz tersebut bertepatan dengan apa yang berlaku di dalam
dunia perubatan pada hari ini. Wujudnya golongan yang sesat ataupun
terpesong di dalam ilmu perubatan ini sebenarnya bertitik tolak dari
punca yang sama. Mereka tidak mempunyai asas ilmu perubatan dan mencari
ilmu melalui kaedah yang salah. Mereka menggunakan pengalaman dan
kefahaman sendiri untuk menafsir bagaimana tubuh badan berfungsi dan
bagaimana penyakit boleh berlaku. Mereka meyakini bahawa mereka dipihak
yang benar sedangkan hakikatnya mereka adalah golongan yang sesat.
Sebahagian dari mereka kemudiannya menjadi guru2 yang dijadikan rujukan
oleh pengikut2.
Pengikut yang tidak mempunyai asas ilmu perubatan yang kukuh pasti akan terpengaruh. Ideologi yang sudah tertanam kukuh di dalam diri mereka ini memang sangat sukar untuk diperbetulkan kerana bagi mereka itulah kebenaran. Golongan antivaksin, anti-perubatan moden dan kepercayaan bumi leper adalah sebahagian kecil dari banyak lagi ideologi2 sesat yang dikumpulkan dibawah bumbung pseudosains dan pseudoperubatan.
Akibat dari kefahaman yang terpesong di dalam bidang sains inilah munculnya idea2 serta kaedah2 rawatan yang tidak betul sama seperti wujudnya kefahaman serta ritual2 rekaan yang bertentangan dengan hukum hasil dari kepercayaan agama yang sesat. Untuk mengelak dari terjerumus di dalam ideologi yang sesat ini, semua ahli masyarakat perlu sentiasa berwaspada dengan tidak mudah termasuk ke dalam kumpulan2 ini. Jika anda sudah terperangkap dan menjadi pengikut mereka, memang sukar untuk keluar dari pengaruh mereka dan satu hari nanti anda pula akan menjadi guru dan penyebar ilmu2 sesat yang sama. Kesesatan ini bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi kepada keluarga dan juga masyarakat keseluruhannya.
Anda boleh baca tulisan2 saya tentang bagaimana mengenal guru2 dan pengamal pseudosains di dalam pautan di bawah:
https://ddrrushdan.blogspot.com/2019/12/perbezaan-sains-dan-pseudosains.html
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214984134944679&id=1468333443
Dato' Dr Rushdan Noor
2hb Feb 2020

No comments:
Post a Comment