Umumnya
bahan makanan dalam bentuk asal tidak boleh dijadikan ubat untuk
merawat penyakit. Dalam makanan ini terdapat terlalu banyak sebatian
kimia yang ada kesan positif, kesan negatif dan neutral. Perlu diekstrak
sebatian kimia yang ada kesan positif dan ditentukan dos terlebih
dahulu sebelum boleh dibuat ubat. Kemudian perlu ditentukan pula
keselamatan, kaedah pemberian dan keberkesanan ke atas manusia. Kalau
dalam bentuk mentah, mungkin kena ambil berkilo2 satu hari dan itupun
belum tentu berkesan jika ubat itu lebih sesuai diberi dalam bentuk
suntikan. Kalau fikir lojik pun dah boleh terima pendapat ini tapi kami
doktor perubatan mengunakan alasan tidak ada bukti kajian klinikal.
Mereka bagi alasan kalau tak ada bukti kajian klinikal tidak semestinya tidak berkesan. Tak akan semua mahukan bukti kajian klinikal, kata mereka. Kami jawab, jadi apakah pula bukti yang awak guna untuk mendakwa yang ianya berkesan? Testimoni? Depa kata? Kot-kot? Rasa-rasanya? Kajian ke atas tikus ? Pengalaman orang tua2? Kemudian mereka berkata, yang menyembuhkan itu Tuhan bukan manusia, mula berhujah dengan agama. Jawab kami, betul, yang menyembuhkan itu Tuhan tetapi mestilah dengan ikhtiar yang betul. Contohnya kalau nak tebang pokok balak kena pakai gergaji atau kapak baru pokok boleh tumbang, kalau guna gigi sampai bila pun Tuhan tak izinkan sebab ikhtiar tu tak betul, kecualilah mukjizat. Bukankah Nabi pun bersabda maksudnya "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah", hadith sahih Riwayat Muslim.
Kami membenteras mitos kerana maklumat yang salah akan mengelirukan orang ramai. Walaupun ada amalan yang tidak merbahaya, kepercayaan itu boleh menyebabkan pesakit berpindah dari rawatan doktor yg sudah terbukti berkesan kepada kaedah lain yang tidak berkesan atau kurang berkesan. Mudaratnya akan kembali kepada pesakit dan mitos ini akan tersebar di dalam masyarakat. Macam merebaknya coronavirus. Masyarakat juga menjadi taksub terhadap satu2 bahan makanan dan tertekan dengan ancaman2 palsu tentang makanan yang lain. Sedangkan satu2 nutrient dan manfaat boleh diperolehi daripada banyak jenis sumber makanan dan kita sepatutnya bebas memilihnya mengikut selera dan keperluan. Takut nanti ada yang makan bawang putih mentah dan kunyit setiap hari.
Apakah masalahnya dengan mendakwa makanan itu dan ini boleh cegah dan rawat penyakit? Makanan bukan racun, makan sahajalah, kata mereka lagi. Masalahnya begini, di samping kekeliruan yang saya sebutkan di atas, kepercayaan terhadap mitos ini juga membuka peluang kepada golongan yang mengambil kesempatan menghasilkan produk kesihatan. Ramuan boleh dicampur-adukkan mengikut kemahuan kemudian boleh buat "overclaim" berkesan merawat berbagai jenis penyakit. Semuanya boleh diproses sendiri. Modalnya sedikit, untungnya besar tapi autanya pun besar. Kemudian siapa pula yang akan jadi pelanggan produk2 ini ? Tentulah pengikut2 di dalam media sosial termasuk pesakit2 dan pengunjung2 setia. Tarikan tentu lebih kuat jika yang mempromosikan itu ada gelaran dan pengaruh. Kesudahannya, duit dibazirkan untuk sesuatu yang tidak diperlukan. Bukan sahaja boleh kehilangan duit, tetapi penyakit tidak sembuh dan lebih malang lagi dapat pula kesan sampingan.
Tajuk makanan, buah2an dan sayuran boleh merawat penyakit memang sangat disukai oleh orang ramai kerana ini adalah benda2 yang mereka hadap setiap hari. Tajuk2 ini menarik ramai peminat dan memberi keterujaan yang tinggi. Wow, tak sangka makan kunyit boleh merawat kanser. Minum air kelapa serta makan kangkung boleh mencegah jangkitan virus, limau nipis boleh rawat darah tinggi dan minum teh boleh rawat diabetes. Tajuk yang santai dan mudah dihadam ini sangat digemari oleh masyarakat kita dan tidak hairanlah tajuk2 ini juga menjadi pilihan utama akhbar, station radio dan TV. Mitos2 ini juga paling banyak dikongsikan di dalam media sosial sehingga sukar untuk ditepis. Masyarakat tidak sedar yang mereka dihidangkan dengan sains perubatan caca-merba, fakta dan auta bercampur aduk.
Beginilah modus operandi tersebarnya mitos perubatan dan pseudosains yang berlaku di dalam masyarakat kita. Kebenaran bukan lagi keutamaan jika ia akan menjejaskan pengaruh dan pendapatan. Fenomena ini sedikit sebanyak mengecewakan kami yang berusaha untuk menyanggah mitos perubatan dan pseudosains. Hanya semangat dan kemahuan untuk mendidik masyarakat sahaja yang membuat kami terus berjuang, mengharapkan ada kesan positif yang boleh ditinggalkan dan saham akhirat yang boleh di bawa ke sana nanti. Berdoalah semoga masyarakat kita tidak akan dikuasai oleh Dr.Quack, pengamal2 pseudosains dan pendokong2 mitos perubatan.
Dato'Dr Rushdan Noor
Medical Mythbusters Malaysia
14hb Feb 2020

No comments:
Post a Comment