Wednesday 2 June 2021

FDA, WHO,DAN KKM BELUM MELULUSKAN IVERMECTIN UNTUK MENCEGAH ATAU MERAWAT COVID-19

Apabila bilangan kes positif Covid-19 meningkat, bermacam2 petua dan ubat2an yang disyorkan, ini termasuk ubatan moden. Terdapat lapuran orang ramai yang positif ujian Covid-19 di Malaysia mengambil ubat Ivermectin secara diam2 ataupun diberikan oleh perawat yang bukan dari KKM.


Berikut adalah beberapa maklumat yang anda perlu tahu tentang Ivermectin :

1. Ivermectin BELUM mendapat kelulusan dari FDA dan WHO untuk tujuan mencegah dan merawat Covid-19. 2. Ivermectin bukan ubat anti-viral 3. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memaklumkan bahawa setakat ini tiada produk dengan bahan aktif Ivermectin berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk kegunaan manusia (petikan dari kenyataan fb KKM) 4. Ivermectin dalam bentuk pil diluluskan oleh FDA untuk merawat manusia yang dijangkiti oleh cacing parasit di dalam usus dikenali sebagai strongyloidiasis and onchocerciasis. Formulasi dalam bentuk topikal digunakan untuk merawat kutu di kulit rambut dan penyakit kulit rosacea. 5. Ivermectin juga digunakan ke atas haiwan untuk mencegah jangkitan parasit tetapi tidak sama dengan yang digunakan ke atas manusia. Tidak selamat diberikan kepada manusia. Dos yang digunakan ke atas haiwan adalah tinggi disebabkan saiz haiwan seperti kuda, lembu dll yang jauh lebih besar dari manusia. 6. Mengambil Ivermectin terutama dalam dos yang tinggi boleh memberikan kesan sampingan yang serius. Di antara kesan sampingan yang anda boleh alami adalah loya, muntah, cirit birit, tekanan darah rendah, alahan serius, pening, gangguan keseimbangan badan, sawan dan kematian. Kesan Ivermectin ke atas otak manusia boleh baca di pautan ini. 7. Penggunaan Ivermectin untuk penyakit2 yang diluluskan pun perlu mendapat kebenaran dari doktor yang bertauliah dalam dos yang tertentu. Meskipun dalam dos yang betul, ubat ini boleh berinteraksi dengan ubat2 lain seperti ubat pencair darah. 8. Ke atas pesakit Covid-19, WHO hanya membenarkan Ivermectin digunakan dalam konteks kajian dan belum ada kata muktamat tentang keberkesanannya. Begitu juga belum ada keyakinan yang ianya selamat diambil oleh manusia untuk tujuan yang sama. NIH (National Institute of Health) juga di dalam garispanduan rawatan Covid-19 belum lagi memasukkan Ivermectin di dalam senarai ubat yang boleh digunakan. Pendirian ini disokong oleh CDC. EMA juga berpendirian yang sama di mana Ivermectin hanya boleh digunakan dalam kajian klinikal. Banyak lagi pertubuhan yang tidak meluluskan Ivermectin untuk digunakan sebagai salah satu kaedah rawatan Covid-19 di luar konteks kajian klinikal. Setakat ini kaedah yang paling berkesan mencegah Covid-19 adalah memakai topeng muka, melakukan penjarakkan, rajin membasuh tangan, mengelak dari tempat yang sesak dan mengambil vaksin Covid-19
Kemaskini maklumat: Setakat 26hb June 2021, kedudukan Ivermectin adalah sama seperti di atas, malahan Malaysian Health Coalition yang terdiri daripada dari 45 pertubuhan kesihatan di Malaysia telah membuat kenyataan akhbar di bawah:



Dato' Dr.Rushdan Noor 16hb Mei 2021.




https://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/why-you-should-not-use-ivermectin-treat-or-prevent-covid-19

https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157930788906237/
https://www.ema.europa.eu/en/news/ema-advises-against-use-ivermectin-prevention-treatment-covid-19-outside-randomised-clinical-trials


https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/who-advises-that-ivermectin-only-be-used-to-treat-covid-19-within-clinical-trials

https://www.covid19treatmentguidelines.nih.gov/therapeutic-management/

No comments:

Post a Comment