Wednesday 23 June 2021

UJIAN COVID-19 (RT-PCR DAN RTK ANTIGEN) : A TO Z

Ujian Covid-19 adalah kaedah untuk mengesahkan jangkitan ataupun untuk tujuan saringan. Ujian yang sering diperkatakan adalah Ujian RT-PCR dan RTK Antigen. Ujian RT-PCR adalah ujian "Gold standard" untuk tujuan pengesahan jangkitan virus SARS-CoV-2 penyebab Penyakit Covid-19.

Masih ramai yang tidak mengetahui secara terperinci apakah prinsip ujian-ujian ini dan bagaimana ianya dilakukan. Akibat daripada salah faham, pelbagai tanggapan salah wujud dalam kalangan ahli masyarakat kita termasuk pengamal perubatan sendiri. 

Anda boleh mengikuti video penerangan secara terperinci mengenai Ujian RT-PCR dan juga RTK-Antigen di bawah ini. Penekanan diberikan ke atas RT-PCR kerana ianya agak kompleks dan ramai yang belum faham sepenuhnya.

Di antara perkara yang diterangkan adalah:

1. Jenis2 ujian Covid-19

2. Proses2 yang berlaku di dalam makmal ujian RT- PCR secara terperinci dan mengapa kaedah ini sukar berlaku kesilapan.

3. Perbezaan antara RT-PCR dan RTK-Antigen

4. Kaedah ujian RTK-Antigen

5. Apakah CT-Value

6. Mengapa ujian Covid-19 penting

7. Mitos2 tentang ujian Covid-19

8. Lain2






Pautan ke Youtube untuk video di atas: 

https://www.youtube.com/watch?v=t5k_4VqpHtc



No comments:

Post a Comment