Monday 21 June 2021

APAKAH NEBULA

 

Nebula (singular) dan nebulae (plural) adalah debu dan gas yang berkumpul di angkasa lepas. Ianya sangat besar dan mempunyai pelbagai bentuk. Ada dua jenis nebula iaitu nebula yang terhasil dari bintang2 yang mati di mana debu2 dan gas ini terhasil dari kejadian letupan bintang yg dikenali sebagai supernova. Satu lagi nebula adalah terhasil di kawasan di mana bintang2 dilahirkan. Jika nebula tersebut adalah kawasan di mana bintang2 dilahirkan ianya juga dikenali sebagai nurseri bintang (macam taman asuhan kanak2). Nebula terletak di kawasan antara bintang yg dikenali sebagai "Interstellar Space".

Gas yang utama di dalam nebula adalah hidrogen dan helium. Tarikan graviti menarik debu2 dan gas berkumpul sehingga ada diantaranya menjadi padat kerana graviti yg lebih kuat hingga terbentuk anak bintang yang sgt panas dan bercahaya. Suhu di tengah nebula sangat panas mencecah hingga beribu darjah selsius. Ahli astronomi meramalkan matahari juga akan menerima nasib yg sama seperti bintang2 yang akan mati tetapi masanya tidak diketahui.

Nebula yang paling hampir dengan kita adalah Nebula Helix yang jaraknya adalah 700 light year ataupun 700 tahun perjalanan cahaya (gambar bawah). Nebula Helix berbentuk seperti mata manusia dan terhasil daripada proses kematian bintang2. Imej2 nebula diambil oleh teleskop berkuasa tinggi seperti Hubble dan Spitzer Space Telescope.





Dato' Dr.Rushdan Noor

22hb Jun 2021


Rujukan : https://spaceplace.nasa.gov/nebula/en/

No comments:

Post a Comment