Perkataan "menyusahkan" yang digunakan ke atas antivaksin sebenarnya adalah merujuk kepada peraturan2 dan SOP2 yang mensyaratkan lengkap vaksinasi. Ia bukan suka2 atau sengaja dilakukan untuk menyakitkan hati tetapi dilakukan untuk melindungi orang lain dan mengawal wabak. Ianya juga dilakukan untuk tujuan meningkatkan liputan vaksinasi. Nak ke luar negara, masuk negara lain dan nak mengerjakan umrah serta haji pun dikenakan syarat vaksinasi.
Ia sudah menjadi salah satu kaedah menjaga kebajikan orang ramai di seluruh dunia. Mereka2 yang tak mahu ambil vaksin, boleh terus dengan pendirian mereka tetapi tentulah akan merasa susah dengan peraturan ini. Pilihan di tangan mereka. Jika mereka ada hak untuk tidak ambil vaksin maka pihak kerajaan, KKM, majikan dan lain2 juga mempunyai hak untuk meletakkan peraturan2 tersebut apatah lagi jika ianya untuk melindungi orang ramai. Kemaslahatan orang ramai lebih besar dari pilihan dan pendirian peribadi. Hak orang ramai lebih utama dari hak peribadi.
Mungkin ada yang berkata mengapa diadakan peraturan vaksinasi sedangkan orang yang menerima vaksin pun boleh dijangkiti dan menjangkitkan orang lain. Malahan kata mereka ramai juga yang menerima vaksin mati dijangkiti Covid-19. Saya akan menjawab bahawa kajian telah menunjukkan orang yang tidak menerima vaksin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjangkiti orang lain berbanding dengan orang yang menerima vaksin, boleh baca di pautan ini untuk penjelasan lanjut dan di pautan ini. Kedua, vaksin telah disahkan berkesan mencegah jangkitan, kemasukan ke wad dan menurunkan kadar kematian, baca keterangan di pautan ini. Maka peraturan2 ini akan mendesak lebih ramai mengambil vaksin walaupun secara "rela paksa" untuk manfaat mereka dan untuk melawan wabak. Mereka perlu "dipaksa" kerana mereka tertipu oleh maklumat yang salah dari antivaksin, pendek kata mereka enggan mengambil vaksin disebabkan salah faham dan bukan sengaja tidak mahu. Ketiga, setelah penerangan diberikan dan data2 disiarkan, golongan ini terus kekal dengan sikap mereka, malahan mereka terus menghasut, maka mereka ini bolehlah dianggap membebankan dan bahaya kepada orang ramai, maka sewajarnya mereka diberikan tekanan dalam bentuk peraturan vaksinasi. Inipun boleh dianggap tindakan yang berdiplomasi kerana mereka tidak dikenakan sebarang tindakan undang2. Peraturan2 ini juga dapat menekan aktiviti serta pengaruh antivaksin ke atas masyarakat.
Tentang pendapat yang mengesyorkan supaya berlembut dan mengambil pendekatan mendidik terhadap antivaksin. Saya rasa kita sudah melakukan sebaik mungkin sejak dari awal pandemik dulu lagi. Ianya berkesan ke atas vaccine hesitant tetapi golongan ini sudah sedikit. Ianya mungkin berkesan keatas golongan yang acah2 antivaksin tetapi sebenarnya ada kepentingan menjual produk. Golongan antivaksin tegar, berbeza. Bagi mereka ini, antivaksin ini adalah satu kepercayaan yang tertanam dalam diri seseorang dan merupakan sebahagian ideologi yang lebih besar. Mereka hampir tidak mungkin akan keluar dari ideologi ini umpama cuba menarik keluar seseorang dari pegangan hidupnya.
Pendekatan "paksa rela" dalam situasi tertentu sangat berkesan bukan untuk mendera atau sengaja menyusahkan tetapi demi kepentingan individu berkenaan dan orang2 di sekelilingnya. Tidak kisahlah apa sahaja alasan mereka untuk mengambil vaksin, pokok pangkalnya mereka telah melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.
Malahan kaedah ini tidak sekeras penguatkuasaan undang2 memakai tali pinggang keledar dan had laju kerana jika anda ditangkap, anda akan disaman. Antivaksin tidak akan disaman jika tidak ambil vaksin, malahan ada antara mereka yang bebas menghasut. Sekarang mereka juga akan "disusahkan" dengan tindakan mendakwa jika menghasut, menyebarkan berita palsu dan memfitnah.
Dato' Dr.Rushdan Noor
19hb Okt 2021
No comments:
Post a Comment