Saya dapati salah satu masalah besar yg dihadapi oleh sebahagian ahli masyarakat kita adalah terlalu percayakan kepada teori konspirasi. Apabila mengikuti perbincangan dan tulisan oleh golongan yang menentang penggunaan vaksin contohnya, kita boleh dengar banyak hujah2 konspirasi yang diutarakan. Begitu juga dengan teori2 konspirasi yang dikaitkan dengan penyakit Covid-19. Fenomena ini sebenarnya tidak terhad kepada Covid-19 tetapi kepada hampir apa sahaja kejadian-kejadian besar yang berlaku di dunia.
Individu2 yg terjebak dan taksub dengan teori konspirasi ini bukan sahaja sukar untuk dipulihkan tetapi juga seringkali mengalami tekanan perasaan akibat obses dan prasangka. Mereka menjadi paranoid dan takut kepada banyak insiden2 yg berlaku di sekeliling mereka hingga hidup mereka tidak tenteram. Mereka jadi risau dan adakalanya marah serta kadangkala berpotensi untuk bertindak di luar batas. Salah satu ciri2 mereka adalah "immune to evidence" maksudnya berilah apa sahaja bukti, pendirian mereka tidak akan berubah.
Tidak keterlaluan jika dikatakan ketaksuban kepada teori konspirasi ini boleh dianggap satu masalah kesihatan mental. Saya tidak pasti di bawah kategori apakah pentaksub teori konspirasi ini patut diletakkan dalam jenis2 pesakit mental. Pakar2 psikologi berpendapat salah satu punca seseorang menjadi pentaksub teori konspirasi adalah manifestasi masalah psikologi dinamakan “psychological projection” iaitu tindakbalas mempertahan diri untuk menutup kelemahan diri sendiri dengan memprojeksi sesuatu perasaan serta emosi tidak baik kepada orang lain ataupun pihak lain.
Anda jangan pula salah faham, saya bukan melabel semua org yg percaya teori konspirasi ini mempunyai masalah mental. Sebaliknya saya hanya merujuk kepada individu2 yang terlalu percaya kepada teori konspirasi sehingga mengubah sikap dan memberi kesan kepada kualiti hidup mereka. Ada pun selainnya, hanya terpengaruh seperti mana orang2 lain yang terpedaya dengan cerita palsu.
Tidak dapat dinafikan bahawa kita perlu mempunyai sikap waspada dan peka terhadap ancaman2 atau konspirasi musuh supaya kita sentiasa bersedia dan dapat melindungi. Walaubagaimana pun kepekaan itu hendaklah berlandaskan kepada maklumat yang betul dan bukti2 yang cukup. Malangnya teori konspirasi bukanlah rujukan yang betul dan kajian sudah mengesahkan hanya peratusan yang sangat kecil teori2 ini (saya tidak setuju dgn perkataan "teori" tetapi sepatutnya "khabar angin") didapati benar2 sebuah konspirasi.
Hari ini penyebaran teori konspirasi terlalu luas sehingga ramai yang terpengaruh disebabkan oleh sikap kurang teliti dan mudah percaya. Hatta, golongan2 yang berkedudukan juga tidak terlepas seperti ahli politik, pemimpin pertubuhan, agamawan, doktor perubatan, peguam, guru, selebriti dan lain2. Mereka ini mungkin tidak tergolong dalam kategori pentaksub tetapi mereka boleh membawa pengaruh yang besar kepada masyarakat kerana mereka dikenali dan ramai penyokong.
Agaknya kita perlu memasukkan matapelajaran teori konspirasi ini di dalam silibus pendidikan anak2 kita di sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk menyedarkan bakal generasi akan datang ini tentang bahaya teori konspirasi. Ianya sama penting dengan pengetahuan tentang jenis2 scam dan pseudosains. Bimbang masa depan generasi akan datang menjadi masyarakat yang lemah daya fikir, suka berprasangka dan mundur ke belakang.
Saya ada membuat pembacaan yg agak mendalam tentang teori konspirasi dan saya kongsikan hasil bacaan saya itu di laman blog saya. Di dalam tulisan itu, saya kongsi juga jenis2 teori konspirasi, bagaimana mengenalinya, puncanya dan lain2. Jika anda ada kelapangan, boleh membaca di pautan bawah :
TEORI KONSPIRASI : FAKTA ATAU AUTA
Sebahagian teori konspirasi tentang Covid-19 ada dinyatakan di pautan bawah:
MITOS DAN MAKLUMAT PALSU COVID-19 DAN VAKSIN
Dato' Dr.Rushdan Noor
23hb Okt 2021
No comments:
Post a Comment