Semenjak pandemik Covid 19 dan program vaksinasi global terutamanya vaksin mRNA, terlalu banyak berita2 palsu dan mitos disebarkan di media sosial dan lain2 platform. Salah satu mitos yang disebarkan adalah vaksin Covid 19 ini menyebabkan peningkatan bilangan kes kanser.
Berikut adalah beberapa fakta yang ingin saya kongsikan tentang dakwaan palsu tersebut:
1. Rata2 pakar kaji-penyakit dan pakar vaksin tidak bersetuju bahawa vaksin covid 19 boleh menyebabkan kanser. Dakwaan yang dibuat oleh tokoh2 pseudosains dan antivaksin bahawa mRNA ataupun serpihannya ataupun pencemaran di dalamnya boleh mengubah DNA dan mengganggu gene perencat kanser telah dinafikan oleh tokoh2 saintis dengan hujah yang kukuh. Molekul mRNA tidak boleh masuk ke dalam nukleus sel untuk bertindak ke atas DNA, serpihan mRNA pula akan dihadam serta merta dan tidak berlaku pengumpulan ingredien2 vaksin di dalam badan.
2. Istilah "Turbo Cancer" sebenarnya dicipta oleh golongan antivaksin dan teori konspirasi. Tidak ada mana2 pakar vaksin ataupun pakar2 kanser yang mengiktiraf istilah ini. Dakwaan kononnya vaksin Covid mengandungi SV40 dari monyet yang dikatakan penyebab kanser ke atas penerima vaksin Covid 19 adalah tidak munasabah kerana serpihan SV40 ini tidak sama dengan virus dan tidak mempunyai ciri2 karsinogen. Tambahan pula, pihak jurucakap EMA sendiri menafikan ujudnya DNA monyet di dalam vaksin Covid-19.
3. Kes2 kanser peringkat lewat yang agak banyak dikesan selepas pandemik Covid 19 bukan disebabkan oleh vaksin tetapi semasa pandemik, akibat pergerakan manusia terhad dan ramai pesakit kanser yang terbiar, apabila dikesan sudah berada di peringkat lewat. Pandemik juga menyebabkan akses kepada program pengesanan dan rawatan kanser terbatas.
4. Trend peningkatan kadar dan bilangan kes2 kanser global sudah lama diketahui semenjak awal tahun 1990an lagi dan bukan fenomena baru. Banyak punca yang dikaitkan dengan bilangan kanser yang meningkat dari tahun ke tahun, di antaranya jumlah populasi yang meningkat, semakin ramai golongan tua kerana jangkahayat yang semakin panjang, kadar obesiti meningkat, pemakanan, pendedahan kepada bahan penyebab kanser (karsinogen), gaya hidup dan lain2. Jika kita lihat kepada geraf trend bilangan dan insiden penyakit kanser, tidak nampak wujudnya peningkatan mendadak beberapa tahun selepas wabak covid, trendnya tetap kekal sama.
5. Jika kita membaca kenyataan pertubuhan2 dan organisasi2 kanser antarabangsa yang berwibawa seperti ACS, NCI, Cancer Research UK, MSCKK, MD Anderson Cancer Centre, dan lain-lain, tidak ada satupun yang bersetuju bahawa vaksin (termasuk Covid 19) adalah penyebab kanser ataupun boleh menyebabkan kanser berulang. Begitu juga pertubuhan2 kesihatan sedunia turut menyayakan pendapat yang sama. Malahan, kita sudah lama maklum bahawa terdapat vaksin yang terbukti berkesan mencegah kanser seperti vaksin HPV dan Vaksin Hepatitis B.
6. Sebanyak 11% penduduk dunia (898 juta orang) menerima sekurang2nya satu suntikan vaksin Covid-19 semasa pandemik. WHO menganggarkan setakat Nov 2021, sejumlah 7 billion dos vaksin Covid 19 diberikan kepada manusia seluruh dunia. Terlalu banyak kajian yang membuktikan keberkesanan dan keselamatan vaksin ini. Walaupun ada kesan sampingan yang agak serius, namun kadarnya sangat kecil jika dinisbahkan dengan jumlah keseluruhan penerima vaksin. Disebaliknya, program vaksinasi ini telah mencegah jangkitan, mengurangkan penderitaan akibat jangkitan dan menurunkan kadar kematian. Di negara Eropah sahaja, vaksin Covid-19 telah menyelamatkan nyawa sejumlah 1.4 juta orang. Dengan kata lain, manfaat daripada program vaksinasi Covid 19 ini jauh lebih besar dari kesan sampingannya. Bayangkan jika benar dakwaan golongan antivaksin bahawa vaksin Covid 19 ini lebih memudaratkan, apa agaknya situasi penduduk dunia sekarang ini, yang mana hampir 900 juta orang sudah menerima vaksin Covid 19. Mungkin kita akan melihat ramai orang mati bergelimpangan, dan hospital2 penuh sesak dengan penerima2 vaksin akibat kesan sampingan.
Orang ramai perlu sedar bahawa berita2 palsu yang tersebar ini sebenarnya berpunca dari portal2 yang tidak berwibawa dan berkemungkinan dikendalikan oleh golongan antivaksin dan pihak yang taksub kepada teori konspirasi. Ada portal2 yang dikendalikan oleh individu2 yang kelihatan seperti pakar, tetapi adalah portal yang cenderung kepada gerakan antivaksin. Salah faham tentang vaksin ini memang sukar dikikis daripada masyarakat kerana persepsi buruk yang sudah ditanam atau didoktrinisasikan ke dalam minda mereka hingga bertukar menjadi satu bentuk kepercayaan. Lebih sukar dipulihkan apabila ditanamkan pula sangkaan buruk terhadap organisasi dan pertubuhan kesihatan berwibawa di dalam dan luar negara oleh pendokong teori konspirasi. Tidak dinafikan juga, memang terdapat dalam kalangan doktor2 sendiri yang sudah terjebak dan terpengaruh.
Supaya tidak terperangkap di dalam kumpulan ini, kita hendaklah teliti dan menyelidik asal usul setiap maklumat dan mengenalpasti kewibawaan sumber tersebut serta tokoh2 yang menyebarkannya. Maklumat juga lebih tepat jika ianya datang dari kenyataan resmi pertubuhan2 dan organisasi2 kesihatan berwibawa, berbanding dengan pendapat individu ataupun kumpulan kecil.
DDr Rushdan Noor
20hb Feb 2025
https://www.contagionlive.com/view/mrna-covid-19-vaccines-and-turbo-cancer-the-latest-myth-that-won-t-disappear
https://www.cancer.gov/about-cancer/coronavirus/covid-19-vaccines-people-with-cancer#:~:text=Can%20COVID%2D19,your%20genetic%20code).
https://www.cancer.org/cancer/managing-cancer/coronavirus-covid-19-and-cancer/covid-19-vaccines-in-people-with-cancer.html#:~:text=Can%20COVID%2D19%20vaccines%20cause%20cancer%20or%20make%20cancer%20grow%3F
https://www.factcheck.org/search/#gsc.tab=0&gsc.q=america's%20frontline%20doctors&gsc.sort=
https://www.factcheck.org/2024/05/still-no-evidence-covid-19-vaccination-increases-cancer-risk-despite-posts/
America.National Center for Health Statistics (through 2021). In 2024, 2,001,140 new cancer cases
https://apnews.com/ap-fact-check/no-monkey-virus-dna-was-not-found-in-covid-vaccines-00000188e957d32da188e9ff1aef0000
https://ann-clinmicrob.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12941-023-00594-y
https://www.who.int/europe/news-room/16-01-2024-covid-19-vaccinations-have-saved-more-than-1.4-million-lives-in-the-who-european-region--a-new-study-finds
No comments:
Post a Comment