Satu kajian besar yang melibatkan hampir 400,000 peserta (dari 3 kajian cohort) yang terdiri dari orang dewasa sihat sekurang2nya berusia 20 tahun telah dijalankan untuk mengkaji kesan amalan mengambil multivitamin (1). Kajian ini diketuai oleh penyelidik2 dari National Institutes of Health, National Cancer Institute, USA dan disiarkan di jurnal JAMA, pada 26hb Jun, 2024.
Peserta kajian ini dipantau sehingga 20 tahun dan mereka adalah dalam kalangan yang mengamalkan multivitamin setiap hari. Kumpulan ini dibandingkan dengan individu yang tidak mengamalkan multivitamin.
Hasil kajian ini mendapati, peserta2 yang mengamalkan multivitamin mempunyai risiko kematian akibat penyakit kronik yang sama dengan individu yg tidak mengamalkan multivitamin. Keputusan dari kajian ini telah diselaraskankan dengan faktors ethnik, tahap pendidikan dan juga kualiti diet. Dengan kata lain, amalan mengambil multivitamin oleh orang2 yang sihat (tidak ada penyakit jantung, kanser dan lain2) TIDAK ada manfaat dalam mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung, angin ahmar dan kanser.
Boleh baca dengan lebih lanjut tentang kajian ini di pautan bawah:
https://jamanetwork.com/journals/jamanetworkopen/fullarticle/2820369
Dato' Dr Rushdan Noor
10hb Julai 2024
Rujukan:
1. Loftfield E, O’Connell CP, Abnet CC, et al. Multivitamin Use and Mortality Risk in 3 Prospective US Cohorts. JAMA Network Open. June 26, 2024. DOI: 10.1001/jamanetworkopen.2024.18729
No comments:
Post a Comment