MENGAPA PERUBATAN MODEN PATUT MENJADI PILIHAN UTAMA PENYAKIT KRONIK
Salah satu kekeliruan dan dakwaan tidak tepat dilontarkan oleh pihak tertentu ke atas amalan perubatan moden adalah ianya hanya merawat gejala, bukan punca penyakit. Mereka sering menggunakan contoh diabetes, kononnya ubat seperti metformin atau insulin hanya menurunkan gula darah tanpa merawat punca iaitu kerintangan insulin. Malah, ada yang mendakwa mereka boleh "reverse" diabetes dengan diet dan suplemen tertentu.
Hakikatnya, tuduhan ini tidak tepat dan mengelirukan masyarakat. Perubatan moden bukan sahaja merawat gejala, tetapi juga menyasarkan punca penyakit melalui pendekatan berasaskan bukti, jika puncanya diketahui. Tetapi perlu diingat, tidak semua penyakit diketahui puncanya dan tidak semua punca sudah ditemui kaedah rawatannya.
Memandangkan diabetes adalah salah satu penyakit kronik yang kerap diperdebatkan, maka untuk tulisan ini kita fokus kepada penyakit ini. Prinsip yang akan diketengahkan nanti akan juga terpakai ke atas penyakit2 kronik yang lain.
RAWATAN DIABETES DENGAN UBAT: LEBIH DARIPADA SEKADAR TURUNKAN GULA DARAH
Setiap ubat moden hanya diluluskan selepas melalui ujian klinikal fasa 1–3 yang ketat (melibatkan ratusan hingga ribuan pesakit bergantung jenis ubat) bagi menilai kesan sampingan, dos selamat, dan keberkesanan. Selepas dipasarkan, ia terus dipantau melalui sistem "pharmacovigilance" (contoh: FDA, EMA, NPRA Malaysia) yang sangat teliti (fasa 4).
Metformin, ubat paling banyak digunakan untuk diabetes, bukan sekadar menurunkan gula darah. Mekanismenya termasuk:
1. Mengurangkan pengeluaran glukosa oleh hati melalui kesan pada mitokondria dan pengaktifan laluan AMPK.
2. Kesan usus, meningkatkan rembesan GLP-1, mengubah mikrobiom usus dan mengurangkan penyerapan glukosa.
3. Kesan tambahan anti-radang dan antioksidan dilaporkan dalam beberapa kajian.
4. Meningkatkan sensitiviti insulin di otot dan lemak
Thiazolidinediones (contoh: pioglitazone) meningkatkan sensitiviti insulin melalui pengaktifan PPAR-γ yang mengubah ekspresi gen metabolisma lemak dan glukosa.
GLP-1 receptor agonists (contoh: liraglutide, semaglutide) bukan sahaja menurunkan gula, malah menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko kardiovaskular (seperti dibuktikan dalam kajian LEADER dan SUSTAIN-6).
SGLT2 inhibitors (contoh: empagliflozin, dapagliflozin) terbukti mengurangkan risiko kegagalan jantung dan melambatkan kerosakan buah pinggang, manfaat ini berlaku walaupun pada pesakit tanpa diabetes (DAPA-CKD, EMPA-KIDNEY).
Kesimpulannya, rawatan moden bukan sekadar menangani gejala tetapi juga mengurangkan rintangan insulin, keradangan, kerosakan oksidatif, dan risiko komplikasi. Semua ubat preskripsi di Malaysia (berkod MAL…A) dipantau keselamatannya oleh NPRA/MADRAC. Berbeza dengan produk tradisional (MAL…T) atau suplemen (MAL…N), yang hanya diuji dari segi kualiti dan keselamatan asas, tetapi tidak perlu menunjukkan keberkesanan klinikal. Produk dari kategori T dan N ini bukan diluluskan untuk merawat penyakit kronik. Penjual boleh didakwa jika melanggar peraturan iklan tuntutan merawat penyakit.
PERUBATAN MODEN, DIET DAN GAYA HIDUP
Dakwaan bahawa perubatan moden hanya bergantung kepada ubat juga tidak benar. Garis panduan rasmi American Diabetes Association (ADA) dan WHO menekankan diet sihat, aktiviti fizikal, pengurusan stres, menjaga tidur dan pengawalan berat badan sebagai asas rawatan diabetes.
Ubat akan dimulakan apabila pesakit itu memenuhi beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh garispanduan amalan klinikal. Dalam peringkat mana sekalipun penyakit diabetes, diet dan gayahidup sihat menjadi asas rawatan yang tidak boleh ditinggalkan. Pesakit diabetes ringan, peringkat awal yang terpilih boleh dipertimbangkan untuk mengawal penyakit tanpa ubat. Bezanya, pendekatan moden menekankan diet yang terbukti secara klinikal, bukannya diet ekstrem atau semberono tanpa pemantauan.
Perubatan alternatif pula sering menyelitkan ujian mahal, suplemen tanpa bukti, dan protokol diet ketat yang tidak disokong kajian. Inilah yang membezakan rawatan berasaskan bukti dengan amalan spekulatif. Antara sains dan pseudosains.
MEMULIHKAN DIABETES (“REVERSE DIABETES”)
Dalam perubatan moden, istilah remisi lebih tepat berbanding “reverse” atau “pulih sepenuhnya”. Remisi bermaksud gula darah kembali pada nilai sebelum menghidap diabetes dengan paras HbA1c <6.5% sekurang-kurangnya 3 bulan tanpa ubat penurun glukosa. Penyakitnya masih wujud, dan boleh kembali jika gaya hidup tidak dikawal. Jadi gelaran "pesakit diabetes" itu kekal.
Kajian DiRECT trial (UK, 2017) menunjukkan 46% pesakit mencapai remisi pada 1 tahun, meningkat hingga 86% jika berjaya menurunkan ≥15 kg. Pembedahan bariatrik pula memberi kadar remisi 60–80%. Namun, status remisi boleh hilang, jika berat badan meningkat dan pesakit perlu mengambil ubat.
Maka jelas, diet, penurunan berat badan, dan gaya hidup sihat merupakan komponen utama remisi. Tiada bukti suplemen atau rawatan herba boleh membawa kepada remisi, selain daripada mengosongkan kocek pesakit.
BENARKAH UBAT MODEN BERACUN?
Satu lagi tohmahan ialah ubat moden merosakkan buah pinggang atau hati. Hakikatnya, komplikasi organ lebih sering disebabkan oleh penyakit itu sendiri (contohnya diabetes, darah tinggi), bukan oleh ubat. Ubat moden hanya diluluskan selepas terbukti selamat, dan kesan sampingan dipantau dengan rapi. Kesan sampingan memang ujud tetapi kebanyakannya ringan dan manfaatnya lebih besar. Apabila sesatu ubat telah melalui kajian klinikal lengkap, ujian keselamatan yang dilalui bukan sahaja ke atas pengguna tetapi juga potensi kesan ke atas kehamilan dan anak di dalam kandungan.
Sebaliknya, produk alternatif banyak dilaporkan menyebabkan kesan samping serius. "Herbal-induced liver injury (HILI)" atau kecederaan hati akibat herba kini menjadi antara punca penting kes kerosakan hati di seluruh dunia. Ada produk herba yang tercemar logam berat, mengandungi steroid tersembunyi, ubat2an atau bahan kimia berbahaya, dan kesannya kerap tidak dikesan kerana ketiadaan sistem pemantauan ketat. Kesan sampingan sebenar pula "under-reported" kerana tidak dilaporkan. Kesan sampingan jangkamasa panjang dan kecacatan ke atas bayi boleh berlaku tetapi sukar dikesan kerana produk ini tidak menjalani kajian klinikal seperti ubat-ubat dari kategori A. Jadi slogan ubat tradisional dari sumber semulajadi itu lebih selamat adalah mitos.
PILIHAN RASIONAL
Jika anda seorang yang waras, kritikal dan cintakan kebenaran, manakah yang lebih tepat untuk dipilih:
Rawatan moden, terbukti berkesan dan selamat melalui kajian klinikal besar, lulus kajian keselamatan, mampu mengawal gejala dan menyasarkan punca penyakit, kos berpatutan (kalau di hospital kerajaan, kos sangat minima), mudah diambil, serta digandingkan dengan diet dan gaya hidup sihat tanpa perlu menyeksa diri dengan diet ekstrem.
ATAU
Rawatan alternatif, daripada pengamal yang kelayakannya tidak jelas, mencadangkan ujian mahal tanpa asas kukuh, menjual produk/suplemen tanpa bukti klinikal, hanya bergantung pada testimoni, dengan keberkesanan dan keselamatan yang meragukan. Malah, kosnya sering jauh lebih tinggi.
Jangan lupa, bagi pesakit yang ada insuran kesihatan, mereka boleh menuntuk kos rawatan di hospital jika dirawat dengan kaedah perubatan moden. Tidak semua kaedah rawatan alternatif termasuk dari perubatan fungsional yang boleh tuntut kos rawatan (perlu pengesahan dari agen insuran).
PERUBATAN ALTERNATIF SEBAGAI KOMPLEMENTARI
Walaupun perubatan moden kekal sebagai pilihan utama, kita tidak menafikan ada peranan amalan tradisional ataupun alternatif tertentu yang boleh digunakan secara komplementari, selagi terbukti selamat dan tidak mengganggu rawatan utama. Inilah yang dinamakan perubatan integratif. WHO sendiri mengesyorkan integrasi rawatan alternatif hanya jika ada bukti kukuh keselamatan dan keberkesanannya.
KESIMPULAN
Perubatan moden kekal sebagai pilihan utama kerana ia berasaskan bukti saintifik, melalui kajian klinikal yang ketat, dan dipantau berterusan oleh badan regulatori antarabangsa serta tempatan.
Ubat moden bukan sekadar mengawal gejala, tetapi menyasarkan punca seperti rintangan insulin, keradangan, kerosakan oksidatif, keseimbangan mikrobiom dan mencegah komplikasi jantung, saraf, mata dan buah pinggang. Pada masa sama, garis panduan klinikal meletakkan diet, senaman, pengurusan stres dan kawalan berat badan sebagai asas rawatan.
Konsep “reverse diabetes” yang sering dicanang sebenarnya ialah remisi, iaitu keadaan penyakit yang terkawal tanpa ubat, tetapi penyakit boleh kembali jika gaya hidup tidak dipelihara.
Dakwaan bahawa ubat moden beracun adalah palsu, sedangkan produk alternatif lebih berisiko kerana tiada bukti kukuh, tiada pemantauan rapi, malah boleh mengandungi bahan berbahaya. Justeru, perubatan moden terbukti selamat, berkesan dan menyeluruh, manakala perubatan alternatif hanya sesuai sebagai pelengkap jika ada bukti yang sahih. Jika anda sedang dirawat dengan kaedah perubatan moden, teruskan. Jangan lakukan kesilapan yang boleh memudaratkan anda seumur hidup.
Nota: Saya syorkan anda untuk membaca tulisan saya tentang tajuk yang berkaitan. Saya sertakan pautan di bawah:

Dato' Dr Rushdan Noor
17hb Ogos 2025
RUJUKAN
1. Rena G, Hardie DG, Pearson ER. The mechanisms of action of metformin. Diabetologia. 2017;60(9):1577–1585.
2. Yki-Järvinen H. Thiazolidinediones. N Engl J Med. 2004;351(11):1106–1118.
3. Marso SP et al. Liraglutide and cardiovascular outcomes in type 2 diabetes (LEADER). N Engl J Med. 2016;375:311–322.
4. Marso SP et al. Semaglutide and cardiovascular outcomes in type 2 diabetes (SUSTAIN-6). N Engl J Med. 2016;375:1834–1844.
5. Zinman B et al. Empagliflozin, cardiovascular outcomes, and mortality in type 2 diabetes (EMPA-REG OUTCOME). N Engl J Med. 2015;373:2117–2128.
6. Heerspink HJL et al. Dapagliflozin in patients with chronic kidney disease (DAPA-CKD). N Engl J Med. 2020;383:1436–1446.
7. Herrington WG et al. Empagliflozin in patients with chronic kidney disease (EMPA-KIDNEY). N Engl J Med. 2023;388:117–127.
8. American Diabetes Association. Standards of Medical Care in Diabetes—2025. Diabetes Care. 2025;48(Suppl 1):S1–S150.
9. Lean ME et al. Primary care-led weight management for remission of type 2 diabetes (DiRECT). Lancet. 2018;391:541–551.
10. Taylor R. Pathogenesis of type 2 diabetes: tracing the reverse route from cure to cause. Diabetologia. 2008;51:1781–1789.
11. Mingrone G et al. Bariatric surgery versus conventional medical therapy for type 2 diabetes. N Engl J Med. 2012;366:1577–1585.
12. World Health Organization. WHO Global Report on Traditional and Complementary Medicine. Geneva: WHO; 2019.
13. NPRA Malaysia. Guidance on product registration categories and MADRAC pharmacovigilance reports.
No comments:
Post a Comment