Dato' Dr. Mohd Rushdan Md Noor
Isu ganja (cannabis, marijuana) tidak pernah reda sebab terdapat bukti bahawa ganja diambil oleh manusia semenjak lebih daripada 5000 tahun dahulu. Tidak hairanlah mengapa hingga hari ini terlalu ramai orang yang taksub terhadap ganja. Mereka menjadi taksub samada melalui maklumat yang diperolehi daripada internet dan media sosial ataupun mereka sendiri adalah pengguna ganja.
Ganja diambil untuk salah satu ataupun kedua2 tujuan berikut:
1. REKREASIONAL (keseronokan) seperti menghisap rokok, minum alkohol dan lain2
2. PERUBATAN ataupun "medicinal cannabis" (MC)
Jika ganja diambil untuk tujuan keseronokan maka jelas bukan alasan untuk menghalalkannya kerana negara kita sudah tidak "menang tangan" menghadapi masalah ketagihan rokok, ketagihan dadah, ketum dan mabuk akibat alkohol. Menambah satu lagi bentuk "kebebasan untuk ketagih" adalah seperti sengaja menempa malapetaka kepada masyarakat kita, tidak kisah samada kadar ketagihan ganja kurang daripada rokok dan alkohol. Tambahan pula ganja boleh dihasilkan di dalam pelbagai bentuk yang dapat menarik semua golongan termasuk kanak2 dan remaja.
BUKTI MANFAAT GANJA
Jadi jika menghalalkan ganja dilakukan atas alasan perubatan, sejauh manakah bukti bahawa ganja berkesan merawat penyakit. Saya akan berkongsi dengan anda fakta ini berdasarkan kepada kajian saintifik (bukan testimoni). Bentuk ganja perubatan yang dibentangkan ini merangkumi ganja mentah, ganja yang dihisap, ganja diproses dan juga sebatian kimia yang diekstrak keluar dijadikan ubat ("sintetic cannabinoid").
Memang terdapat banyak kajian2 yang dilakukan ke atas ganja dan jika anda menaip perkataan cannabis, cannabinoid atau marijuana di dalam enjin pencarian PubMeb, terdapat lebih daripada 20,000 kertas kajian yang disiarkan. Persoalannya apakah kualiti kerta2 kajian tersebut. Saya hanya menulis kesimpulan hasil daripada penilaian pakar2 perubatan terhadap kajian2 yang dijalankan (Sila semak senarai rujukan).
1. KESAKITAN. Adakah ganja berkesan mengurangkan kesakitan?
KESIMPULAN : Bukti keberkesanan ganja yang dihisap ("inhaled marijuana") terhadap rawatan kesakitan adalah terlalu meragukan dan kualiti kajian adalah rendah. Produk sintetik cannabinoid pula menunjukkan yang ianya mengurangkan kesakitan yang sederhana akibat sakit saraf ("neuropathic pain") kepada 1 dalam 14 (7%) pengguna. Ini termasuk kesakitan saraf akibat penyakit multiple sclerosis. Tidak ada bukti kukuh untuk jenis2 kesakitan yang lain. Kesan sampingan yang dilapurkan adalah banyak.
2. LOYA dan MUNTAH selepas rawatan kemoterapi.
KESIMPULAN : Dronabinol/nabilone (sintetik cannabinoid) mengurangkan gejala loya dan muntah 1 daripada 3 orang berbanding dengan plasebo. Jadi ubat ini boleh dipertimbangkan. Walau bagaimanapun ubat2 anti-loya dan muntah yang sedia ada masih merupakan pilihan pertama pakar kanser.
3. SPASTISITI AKIBAT MULTIPLE SCLEROSIS (MS)
KESIMPULAN : Nabiximols (sintetik cannabinoid) berkemungkinan mengurangkan gejala spastisiti (kekejangan) akibat MS pada kadar sekurang2nya 30% dalam kalangan 1 di dalam 10 (10%) pesakit MS berbanding dengan plasebo.
4. SAWAN DRAVET (DRAVET EPILEPSY)
KESIMPULAN : Bukti keberkesanan sintetik cannabinoid di dalam rawatan sawan dravet walaupun tidak banyak tetapi ada potensi. Ubat Cannabidiol yang dihasilkan dari ganja telah diluluskan oleh Amerika Syarikat untuk rawatan sawan dravet pada tahun 2018. Kajian pada tahun 2017 menunjukkan Cannabidiol mengurangkan kekerapan sawan daripada 12 kepada 6 kali dalam sebulan. Lebih berkesan daripada pladebo (15 kepada 14 kali)(NEJM,2017, 376(21):2011-2020). Walau bagaimanapun, Cannabidiol masih bukan pilihan pertama untuk rawatan ini.
5. LAIN-LAIN PENYAKIT
a. Kanser : Hanya kajian pra-klinikal. Tiada bukti kukuh keberkesanan ke atas manusia.
b. Glaukoma, kerisauan dan lain2 sebab loya dan muntah : Tidak ada bukti kajian yang kukuh. Kajian2 berkualiti rendah dan tidak menunjukkan kesan yang positif.
KESAN MUDARAT GANJA
Daripada tulisan di atas, setakat ini ganja di dalam bentuk sintetik hanya berkesan mengurangkan gejala 3 keadaan yang disebutkan di atas. Tidak ada bukti kukuh keberkesanan ganja di dalam bentuk2 lain. Bagaimana pula kesan sampingan yang dilapurkan di dalam kajian2 yang disiarkan. Terdapat sekurang2nya 11 systemativlc review dengan kaedah metaanalisis menilai kesan mudarat ganja.
1. Di antara 79-92% daripada pesakit yang mengambil medicinal cannabinoid (MC) mengalami kesan sampingan berbanding dengan 56-78% yang mengambil plasebo.
2. Kesan sampingan yang serius telah dinilai dalam 3 kajian meta-analisis, di mana 2 kertas kajian melapurkan tidak ada perbezaan yang ketara dengan plasebo.
3. Sebanyak 7 meta-analisis yang melapurkan tentang pemberhentian MC akibat kesan sampingan. Kadar pemberhentian tersebut adalah 7-14% pesakit yang mengambil MC berbanding dengan 1-5% pesakit yang nengambil plasebo. Hanya satu metaanalisis sahaja yang melapurkan tiada perbezaan.
4. Jenis-jenis kesan sampingan yang dilapurkan mengikut urutan kekerapan adalah mengantuk, rasa gian (high), euforia, kabur penglihatan, halusinasi, pening, masalah pertuturan, otot berdenyut2 (muscle twitching), minda khayal, disforia, tekanan darah rendah, gangguan ingatan dan disorientasi. Tidak ada perbezaan yang ketara antara sintetik cannabinoid dan produk2 ganja yang lain termasuk ganja yang dihisap ("inhaled marijuana") serta minyak. Kajian juga menunjukkan kadar menghidap psikosis lebih tinggi dalam kalangan pengguna ganja. Kanser paru-paru dan COPD juga dikaitkan dengan penggunaan ganja.
KESIMPULAN
Penggunaan ganja sebagai kaedah merawat penyakit melibatkan isu yang besar. Ganja dan sintetik cannabinoid mempunyai ciri2 psikoaktif yakni memberi kesan ke atas fungsi otak. Walaupun banyak kajian yang telah dilakukan namun kebanyakannya adalah berkualiti rendah. Kesan medicinal cannabinoid hanya kelihatan positif ke atas mengurangkan loya/muntah selepas rawatan kemoterapi, mengurangkan kesakitan akibat saraf, mengurangkan kekejangan akibat penyakit multiple sclerosis dan dravet epilepsy. Meskipun begitu, pengamal perubatan tidak menggunakan produk ganja ini sebagai pilihan pertama. Tidak ada bukti kukuh keberkesanan ganja dalam apa sahaja bentuk untuk merawat penyakit2 lain. Kemungkinan rasa lega diperolehi melalui kesan khayal/tenang dan "high" mengambil ganja. Lapuran tentang kesan sampingan produk ganja adalah sangat banyak dilapurkan dalam kertas2 kajian. Terlalu banyak lagi aspek2 yang perlu dikaji tentang ganja sebelum ianya boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Ia belum lagi mencapai standard ubat2 moden yang sedang digunakan oleh pengamal perubatan moden pada hari ini. Pendek kata jika niat menghalalkan ganja untuk tujuan komersial, takut ada udang di sebalik batu yakni menggunakan alasan perubatan tetapi sebenarnya semata2 untuk menghalalkannya bagi tujuan rekreasional kerana di sinilah punca utama pendapatan ganja. Daripada perspektif perubatan moden, setakat ini tidak ada apa2 nilai komersial yang besar boleh diperolehi daripada ganja untuk tujuan perubatan.
Anda boleh membaca lebih lanjut tentang ganja di pautan bawah (klik pada pautan bawah):
Dato' Dr Rushdan Noor
24 hb Mach 2019
RUJUKAN
Senarai2 rujukan untuk semua fakta2 yang dinyatakan di atas boleh didapati di pautan bawah.
https://sciencebasedmedicine.org/medical-marijuana-where-is-the-evidence/
Pain control
https://www.acfp.ca/wp-content/uploads/tools-for-practice/1510681044_tfp199mmandpainfv.pdf
Harmful effects:
https://www.acfp.ca/wp-content/uploads/tools-for-practice/1511480622_tfp200harmsmmfv.pdf
Other uses:
https://www.acfp.ca/wp-content/uploads/tools-for-practice/1512754221_tfp201medcanotherfv.pdf
Bacaan tambahan:
https://dribnusina.blogspot.com/2016/10/marijuanaganja-mitos-dan-realiti.html
No comments:
Post a Comment