Saturday 29 May 2021

IVERMECTIN, VITAMIN C, ZINK DAN COVID-19

Apabila ada dakwaan oleh individu bahawa dia "berjaya" merawat Covid-19 dengan petua atau ubat2 tertentu dikongsikan dalam media sosial, dakwaan itu dinamakan TESTIMONI. Seperti yang pernah saya nyatakan berulang2kali, TESTIMONI adalah kaedah pembuktian yang paling lemah dan tidak boleh dijadikan sandaran untuk amalan lebih2 lagi melibatkan bilangan pesakit yang besar. Ramai yang berkongsi testimoni merawat sendiri Covid-19 dengan macam2 petua (air kelapa, bunga cengkih, habattus sayda, madu dll) dan ada juga ubat serta vitamin. Salah satu ubat yang tersebut adalah Ivermectin. FDA dan KKM telahpun menyatakan pendirian bahawa buat masa ini Ivermectin tidak diluluskan untuk pencegahan dan rawatan Covid-19, tetapi memang ada individu ataupun pengamal perubatan yang menggunakannya secara diam2 (1,2,3). Kajian tentang Ivermectin memang ada dan digunakan oleh segelintir pengamal yang berbeza pendapat. Terdapat juga negara yang menggunakannya.Tetapi FDA dan KKM mempunyai alasan yg munasabah untuk belum meluluskannya berdasarkan kelemahan interpretasi hasil kajian2 tersebut. Membuat polisi besar dengan bersandarkan hasil kajian yang meragukan adalah tindakan yang sangat berisiko. Di dalam disiplin perubatan moden, terdapat mekanisma menilai kewibawan sesuatu kajian klinikal dinamakan Critical Appraisal di mana pakar di dalam bidang kajian akan menganalisa kertas kajian, metodologi dan juga hasil kajian yang dipersembahkan/disiarkan. Ini termasuklah penilaian terhadap apa2 kertas lapuran yang berkaitan dengan dakwaan tersebut. Bagi menilai kewibawaan kajian yang berkaitan dengan Ivermectin, saya kongsikan satu rencana yang saya anggap Critical Appraisal ke atas bukti2 kajian yang berkaitan dengan pengunaan Ivermectin ke atas pesakit Covid-19. Boleh rujuk pautan dan screenshot2 penilaian tersebut yang dilakukan oleh pakar di dalam bidang kajian(4). Anda boleh juga rujuk kenyataan FDA dan KKM tentang Ivermectin di rujukan 1,2 dan 3 di bawah. Merujuk kepada suplemen pula, seperti biasa Vitamin C paling popular. Saya kongsikan satu kajian RCT yang berkualiti dijalankan dan telah mendapati penambahan suplemen dos tinggi Vitamin C dan Zink tidak memberi kelebihan ke atas pesakit Covid-19 berbanding dengan kaedah rawatan sedia ada (rujuk gambar bawah) (5). Jadi tiada bukti Vitamin C dan Zink bermanfaat untuk pesakit Covid-19 setakat ini. Dato' Dr.Rushdan Noor 30hb Mei 2021 RUJUKAN 1. Kenyataan KKM tentang Ivermectin https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157930788906237/ 2. FDA dan KKM belum meluluskan Ivermectin https://www.facebook.com/rushdan.noor/posts/10218759652850267 3. Pendirian FDA https://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/why-you-should-not-use-ivermectin-treat-or-prevent-covid-19 4. Misleading clinical evidence and systematic reviews on ivermectin for COVID-19 https://ebm.bmj.com/content/early/2021/05/26/bmjebm-2021-111678 5. Vitamin C dan Zink untuk merawat Covid-19 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/33576820/ 6. https://www.minda2tinta.com/2019/05/perubatan-berasaskan-bukti-evidence.html







RUJUKAN 1. Kenyataan KKM tentang Ivermectin
https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157930788906237/

2. FDA dan KKM belum meluluskan Ivermectin
https://www.facebook.com/rushdan.noor/posts/10218759652850267

3. Pendirian FDA
https://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/why-you-should-not-use-ivermectin-treat-or-prevent-covid-19

4. Misleading clinical evidence and systematic reviews on ivermectin for COVID-19
https://ebm.bmj.com/content/early/2021/05/26/bmjebm-2021-111678

5. Vitamin C dan Zink untuk merawat Covid-19
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/33576820/

6. https://www.minda2tinta.com/2019/05/perubatan-berasaskan-bukti-evidence.html

No comments:

Post a Comment