Wednesday 19 May 2021

LELAKI LEBIH RAMAI MATI AKIBAT COVID-19


Trend lelaki lebih ramai dijangkiti dan mati akibat Covid-19 memang berlaku hampir semua negara di dunia termasuk Malaysia. Di Malaysia, statistik tahun 2020 menunjukkan 70-75% kes kematian adalah kaum lelaki. Banyak faktor mengapa lelaki lebih ramai yang mati akibat Covid di antaranya:

1. Lelaki lebih banyak melakukan aktiviti2 berisiko utk dijangkiti.

2. Kajian mendapati lelaki lebih kerap langgar SOP dan lebih ramai yang tidak amalkan langkah pencegahan (mask, penjarakkan, basuh tangan dll)

3. Bilangan lelaki yang pergi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal lebih rendah dari wanita

4. Lebih ramai lelaki perokok (di negara Barat, minum alkohol) dan menghidap penyakit kronik

5. ? Genetik, lelaki ada satu kromosom X (XY)sedangkan wanita ada 2X (XX). Ahli sains percaya kromosom X lebih banyak membawa gene yang berkaitan dengan sistem imun. Sejauh mana ini mempengaruhi kadar kematian belum dapat disahkan.

Kaum lelaki juga yang lebih rajin bercerita pasal teori konspirasi, sandiwara Covid-19, agenda syarikat farma, agenda dajjal, Covid agenda yahudi, ujian swab Covid menipu dan lain2. 

Jadi kalau kita dapat mendidik kaum lelaki supaya betul2 faham, patuh SOP 100% dan ambil vaksin, kita boleh kurangkan kematian Covid-19 sebanyak 75%. Lelaki yang terdidik dan berdisiplin ini juga akan mempengaruhi pasangan wanita mereka dan boleh mengubah sikap kaum wanita. Jadi kepada kaum lelaki, anda boleh beri impak jika pakat berubah.



Dato' Dr.Rushdan Noor

20hb Mei 2021

No comments:

Post a Comment