Saturday 1 May 2021

VAKSIN ASTRAZENECA DAN DARAH BEKU : MANFAAT JAUH LEBIH BESAR DARI MUDARAT



Saya tak pasti samada orang ramai faham atau tidak tentang perbandingan risiko darah beku Vaksin Covid-19 AstraZeneca yang ditularkan tetapi kepada yang mahu berfikir secara rasional, mereka akan faham. Manakala yang sudah tertanam perasaan fobia dan benci kepada vaksin, berilah apa sahaja alasan, mereka tetap menolak.

Satu maklumat berguna yang kita perolehi adalah ketelusan pihak berkuasa ubat2an samada di luar negara ataupun dalam negara untuk menyiasat dan melapurkan sebarang komplikasi yang berkaitan dengan vaksin. Tidak ada apa2 yang akan diselindung jika wujud sesuatu komplikasi berkaitan dengan vaksin. Walaupun ketelusan ini disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menampakkan seolah2 vaksin ini lebih banyak mudaratnya dari manfaat.

Bila sebut darah beku akibat vaksin bukan bermaksud kematian kerana manifestasi darah beku ini majoritinya bersifat ringan/sederhana dan kematian hanya melibatkan peratusan yang sangat kecil. Tetapi disebabkan oleh ianya berkemungkinan mempunyai kaitan terus dengan vaksin, maka digembar gemburkan dan disensasikan oleh media dan orang ramai. 

Pihak berkuasa/regulatori ubatan yang bertanggungjawab di negara pengeluar seperti EMA dan MHRA telah mengeluarkan kenyataan bahawa risiko darah beku dengan Vaksin AstraZeneca ini adalah terlalu kecil dan manfaatnya jauh lebih besar. Darah beku disenaraikan sebagai "very rare possible side-effect". Perkataan "very rare" dan "possible" digunakan. Begitu juga dengan kesimpulan yang dibuat oleh pihak berkuasa ubatan negara kita NPRA, dinilai oleh 22 orang pakar. Tambahan pula kumpulan berisiko untuk mendapat komplikasi darah beku telah dikenalpasti sebab itu vaksin ini akan diberikan kepada golongan tertentu yang berisiko lebih rendah yakni berusia 60 tahun ke atas.




Untuk memberi perspektif terhadap risiko darah beku akibat Vaksin AstraZeneca ini saya paparkan perbandingan dengan beberapa gaya hidup yang dilalui oleh orang ramai seperti di bawah.

RISIKO DARAH BEKU

____________________

VAKSIN AstraZeneca : 4 kes dalam 1 juta suntikan

KEHAMILAN: 1,997 kes dalam 1 juta wanita

MENAIKI KAPALTERBANG : 1,000-2,800 kes dalam 1 juta orang, lagi lama tempoh penerbangan lagi tinggi risiko

PIL PERANCANG : 500-1,200 kes dalam 1 juta wanita

GEMUK/OBESITI:  2,500 kes dalam 1 juta orang

MEROKOK : 1,763 kes dalam 1 juta orang perokok

PENYAKIT COVID-19 : 165,000 dalam 1 juta pesakit

Cuba teliti betul2 angka2 di atas dan ambil masa untuk berfikir, menilai dan kemudian buatlah keputusan yang bijak untuk anda dengan mengambil kira situasi Covid-19 yang masih mengganas pada masa ini. Ingat bahawa keputusan anda juga adalah untuk kebaikan orang lain termasuk orang2 yang anda sayangi.


Dato' Dr.Rushdan Noor

28hb April 2021


Risk of thrombosis in general population 1 in 1000







RUJUKAN

https://www.ema.europa.eu/en/news/astrazenecas-covid-19-vaccine-ema-finds-possible-link-very-rare-cases-unusual-blood-clots-low-blood

Heit JA, Kobbervig CE, James AH, Petterson TM, Bailey KR, Melton LJ 3rd. Trends in the incidence of venous thromboembolism during pregnancy or postpartum: a 30-year population-based study. Ann Intern Med. 2005 Nov 15. 143(10):697-706.

Chandra D, Parisini E, Mozaffarian D. Travel and risk for venous thromboembolim. Ann Intern Med. 2009;151:180-190.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2020806/#:~:text=Venous%20thrombosis%2C%20comprising%20deep%20vein,PE%20with%20or%20without%20DVT.

https://www.medscape.com/viewarticle/710116#:~:text=The%20risk%20is%20elevated%20to,with%20the%20risk%20during%20pregnancy.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3775725/

Stein PD, Beemath A, Olson RE. Obesity as a risk factor in venous thromboembolism. AJM:118:9;978-980

No comments:

Post a Comment