Di Amerika Syarikat, semakin ramai pempengaruh media sosial yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakar Panjang Umur (Longevity Expert), sedangkan latar belakang akademik, latihan klinikal dan kelayakan profesional mereka sering kali tidak jelas. Mereka mendakwa memiliki kaedah khusus untuk memanjangkan usia, lalu menawarkan program coaching bernilai ribuan dolar, menjual buku, mengadakan ceramah dan menjual suplemen berharga ratusan dolar.
Antara nama yang sering dikaitkan dengan gelaran ini di Amerika ialah Peter Attia. Namun kebelakangan ini, namanya menjadi kontroversi apabila dilaporkan muncul beribu kali dalam fail Epstein, satu pendedahan yang mencetuskan persoalan serius tentang kredibiliti dan integriti tokoh-tokoh yang dijulang sebagai autoriti awam.
Hakikatnya, dalam perubatan moden tidak wujud pengkhususan “Pakar Panjang Umur”. Apa yang benar-benar terbukti ialah peningkatan jangka hayat manusia sejak abad lalu banyak didorong oleh faktor asas yang kukuh iaitu pencegahan penyakit, rawatan berasaskan bukti, imunisasi, sanitasi, pemakanan lebih baik, serta akses kepada sistem kesihatan moden, bukannya formula eksklusif atau rahsia elit.
Oleh itu, masyarakat wajar berwaspada dan tidak terpedaya sehingga menghabiskan wang untuk perkhidmatan “Pakar Umur Panjang” yang tidak berasas, sekiranya trend ini mula menular di negara kita.
Ironinya, hampir semua nasihat untuk hidup sihat dan panjang umur telah lama disampaikan secara percuma oleh pakar perubatan, pakar pemakanan dan pertubuhan kesihatan antarabangsa dan disokong oleh ratusan kajian saintifik.
Nasihat yang disenaraikan oleh Dr. Jessica Knurick, Pakar Sains Nutrisi di bawah, misalnya, adalah selari sepenuhnya dengan konsensus perubatan moden dan prinsip evidence-based medicine:
✔️ Amalkan diet yang kaya dengan serat, buah-buahan, sayur-sayuran, protein dan bijirin penuh, serta rendah gula tambahan, natrium, lemak tepu dan makanan ultra-proses rendah nutrien.
✔️ Kekal aktif secara fizikal (senaman aerobik dan latihan kekuatan).
✔️ Dapatkan tidur yang mencukupi dan konsisten.
✔️ Kekalkan hubungan sosial yang baik.
✔️ Jangan merokok dan elak penggunaan bahan terlarang serta alkohol.
✔️ Kawal tekanan darah dan paras glukosa darah.
✔️ Ambil vaksinasi yang disyorkan bagi mencegah jangkitan serius.
✔️ Rawat dan urus masalah kesihatan mental.
✔️ Jaga kesihatan mulut dan gigi dengan baik.
✔️ Sertai saringan kanser berasaskan bukti ("evidence based cancer screening").
✔️ Kekalkan penjagaan primer (rawatan kesihatan asas) secara berterusan.
✔️ Sokong penyelidikan bioperubatan dan pembiayaan kesihatan awam.
Usia yang panjang bukan semata-mata diukur dengan bilangan tahun, tetapi dengan keberkatan dan kualiti amal. Kita dituntut untuk berikhtiar menjaga kesihatan kerana tubuh ini adalah amanah, namun pada masa yang sama menyedari bahawa ajal dan umur tetap berada dalam ketentuan Allah SWT.
Maka, ambillah jalan pertengahan: berusaha dengan ilmu dan bukti, bukan dengan janji palsu, dan bertawakal setelah ikhtiar terbaik dilakukan.
Mudah-mudahan usia yang dianugerahkan kepada kita menjadi usia yang sihat, bermanfaat dan diberkati, bukan sekadar panjang pada angka, tetapi tinggi nilainya di sisi Tuhan.
Dato' Dr.Rushdan Noor
4hb Feb 2026

Apabila saya didiagnosis menghidap kanser tahap 4, saya berasa benar-benar putus asa. Doktor-doktor telah menyediakan saya untuk menghadapi kemungkinan terburuk, dan saya diliputi ketakutan dan ketidakpastian. Dalam masa yang sukar itu, saya telah menerima pelbagai testimoni daripada orang ramai, bagaimana mereka sembuh melalui perubatan Herba Dr Dawn, dan menghubunginya melalui WhatsApp beliau: ( +2349046229159 )
ReplyDeleteDia berjanji kepada saya bahawa saya akan sembuh semula dalam masa 1 bulan selepas saya menjelaskan semuanya kepadanya, saya memesan ubat herba tersebut dan mengikuti arahannya. Hari ini, saya amat bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Segala puji bagi Tuhan kerana memberi saya kekuatan, bimbingan, dan penyembuhan. Saya bebas sepenuhnya dan ia telah disahkan secara perubatan. Malah seorang rakan sekerja saya juga telah sembuh melalui herba Dr DAWN.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi penyakit yang serius, sila berunding dengan Dr Dawn. Dan jangan pernah berputus asa. Kerana dia pasti akan menyembuhkan anda
WhatsApp beliau: +2349046229159
Emel: dawnacuna314@gmail.com