"BODY TRANSFER ILLUSION' : APABILA OTAK "TERSILAP" DI DALAM MENGENAL ANGGOTA BADAN SENDIRI
Gambar di atas adalah seorang wanita yang diberikan satu tangan palsu (di tengah) dan ujian tindakbalas dijalankan ke atas tangan palsu tersebut. Apa yang berlaku, walaupun tangan itu palsu, wanita tersebut bertindakbalas seolah2 itu adalah tangan beliau yang sebenar. Beliau merasa panas, sakit dan cuba mengelak apabila diransang. Ujian ini dinamakan "Rubber Hand Experiment" ataupun "Fake Hand Experiment". Fenomena di mana perasaan ataupun sensasi tangan yang sebenar dipindahkan kepada tangan palsu tersebut dinamakan Body Transfer Illusion.
Ujian Rubber hand pertama kali dijelaskan pada tahun 1998 dan telah dikaji selama 10 tahun kemudian. Aplikasi fenomena ini digunakan di dalam terapi orang yang kehilangan anggota badan yang mengalami "phantom limb pain" yakni kesakitan pada bahagian tangan ataupun kaki yang sudah kudong.
Otak kita mempunyai pengetahuan yang luas tentang anggota badan kita, ia ingat di manakan anggota badan kita berada beberapa saat yang lalu. Ia mempunyai representasi dalaman tubuh badan kita dan akan sentiasa membandingkannya dengan apa sahaja data sensori yang datang.
Ujian Rubber Hand adalah contoh bagaimana data sensori yang diterima masuk dapat dimanipulasikan sehingga mengubah representasi badan kita oleh otak. Pendek kata otak kita boleh ditipu untuk menganggap tangan palsu itu adalah tangan sebenar. Walau bagaimanapun, objek palsu yang hendak digunakan dalam ujian ini hendaklah menyerupai anggota badan yang terlibat. Jika tidak, ujian ini akan gagal. Di samping itu, ransangan ke atas anggota yang sebenar dan anggota palsu tersebut hendaklah serentak.
Hasil ujian ini juga dapat menjelaskan mengapa berlakunya gejala2 yang dialami oleh pesakit jiwa seperti Schizophrenia, stroke dan phantom limb syndrome. Penyakit2 ini boleh menyebabkan gangguan persepsi ke atas anggota badan sendiri. Kadangkala mereka menganggap kaki ataupun tangan mereka itu bukan sebahagian dari tubuh badan mereka, jadi mereka cuba membuangnya. Pesakit yang mengalami phantom limb syndrome pula mengadu sakit pada sebelah kaki sedangkan kaki itu telah kudong.
Boleh saksikan video Ujian Rubber Hand ini di pautan bawah:
Dato' Dr.Rushdan Noor
30hb Nov 2024
https://www.popsci.com/health/fake-hand-illusion/
https://www.sciencedaily.com/releases/2004/07/040702093052.htm
No comments:
Post a Comment