Menderma dan bersedekah adalah amalan yang sangat terpuji di dalam Islam. Kelebihan bersedekah kepada orang Islam sangat banyak, malahan ada ilmuan yang menyatakan terdapat 12 kelebihan bersedekah berpandukan dalil Quran dan Hadith. Memang terdapat terlalu banyak rencana dan ceramah-ceramah agama yang membincangkan tentang kelebihan bersedekah. Rencana saya ini akan menumpukan perhatian kepada derma dan sedekah dari sudut yang berbeza. Saya tidak sekali-kali menafikan kelebihan sedekah kepada manusia samada orang yang memberi mahupun pihak yang menerima. Saya berharap anda tidak salah sangka terhadap saya apabila membaca rencana yang berbeza daripada apa yang selalu anda baca.
Menggunakan kanak-kanak untuk mengutip derma bukan perkara baru dan sudah diketahui sekian lama. Terdapat institusi dan individu yang menggunakan kanak-kanak untuk mengutip derma untuk tujuan yang tidak dapat dipastikan. Kes ini telah dikesan dan tindakan telah dilakukan tetapi fenomena ini masih berleluasa. Kebanyakan orang ramai tidak ambil kisah dan menghulurkan derma tanpa berfikir panjang berpegang kepada prinsip bahawa pahala tetap diperolehi melalui perbuatan menderma walaupun kepada pihak yang menipu. Terdapat juga pengguna media sosial yang menyalahgunakan gambar-gambar anak yang cacat, sakit dan mangsa bencana alam untuk memohon derma dan wang derma ini dimasukkan ke dalam akaun peribadi mereka. Begitu juga derma yang berskala lebih besar di atas nama perjuangan dan kebajikan orang yang tertindas. Untuk menarik orang menderma, derma itu hendaklah ada kaitan dengan agama supaya orang Islam tidak berfikir panjang kerana mereka faham tentang ganjaran dan pahala menderma. Tambahan pula ganjaran yang dijanjikan bukan sekadar di dunia tetapi ganjaran di akhirat. Beberapa perkataan yang lazim digunakan untuk menarik penderma adalah sedekah, wakaf, infak, jihad dan lain-lain.
Tidak hairanlah mengapa kutipan derma atas nama agama ini sangat berjaya dan boleh menjana wang yang banyak. Hatta seorang peminta derma atau peminta sedekah di tepi jalan boleh mengumpul ratusan ringgit dalam satu hari. Ada individu yang kerjanya hanya meminta derma ataupun meminta sedekah dengan berpindah bersama tabung derma daripada satu lokasi orang ramai ke lokasi yang lain setiap hari. Mereka kelihatan sihat dan bertenaga tetapi masih terus melakukan kerja memohon derma ataupun meninta sedekah kerana pendapatan yang lumayan melalui kerja yang ringan. Ada yang membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk menyakinkan penderma. Mungkin tidak terlintas di fikiran penderma bahawa pendapatan peminta sedekah ini jauh lebih banyak daripada pendapatan mereka. Tempat orang awam yang menjadi sasaran peminta derma dan peminta sedekah ini adalah pasar malam, pasar borong, pintu-pintu masuk bank dan lain-lain. Menggunakan derma untuk tujuan menipu orang ramai termasuk di dalam kategori Scam Kebajikan ataupun "Charity Scam".
Dengan sikap pemurah rakyat Malaysia khususnya beragama Islam, maka sikap terpuji ini berjaya diekploitasikan oleh golongan yang mencari peluang. Ada juga golongan yang menggunakan khidmat selebriti samada artis ataupun penceramah agama untuk dijadikan umpan memohon derma. Kaedah ini lebih berkesan kerana selebriti ini sudah mempunyai ramai pengikut dan di dalam rakaman video ataupun tulisan selebiriti ini boleh diletakkan ayat memohon derma dengan nombor akaun bank. Saya percaya ramai yang akan menderma tanpa mengetahui ke manakah wang derma itu pergi? Saya percaya kebanyakan yang menderma tidak tahu apa yang berlaku ke atas wang mereka. Mereka merasa lega kerana menjadi salah seorang dermawan.

Saya tidak hairan jika ada golongan pengekploitasi ini berjaya memulakan perniagaan ataupun membina institusi hanya melalui duit derma ataupun bantuan orang lain. Mereka mendapat ganjaran di atas angin semata-mata daripada sifat pemurah orang lain. Perniagaan dan institusi yang telah dibina ini akan memberi pulangan kepada mereka dan menjadi aset hartanah mereka. Jika perniagaan dan institusi itu berjaya, siapakah yang akan untung? Saya percaya peminta derma inilah yang akan untung berlipat kali ganda. Jika perniagaan dan institusi yang ditubuhkan itu memberi manfaat kepada manusia, maka orang yang menderma dapatlah saham daripada sumbangan mereka, tetapi bagaimana pula jika aktiviti mereka ini tidak mengikut undang-undang dan bertentangan dengan ajaran Islam? Jika mereka gagal sebagaimana yang sering berlaku, mereka tidak begitu terkesan kerana modalnya daripada derma orang ramai. Malahan jika gagal, mereka boleh sahaja menjual perniagaan ataupun insititusi itu kepada pihak lain. Maka kaedah memulakan perniagaan dan membuka institusi melalui kutipan derma ini boleh dijadikan satu model perniagaan berisiko rendah tetapi potensi keuntungan yang besar.
Jadi apa sebenarnya yang ingin saya sampaikan di dalam rencana ini kerana seolah-olah seperti tidak mengalakkan tabiat menderma. Seperti yang telah saya sebutkan di atas, saya tidak nafikan tentang besarnya manfaat menderma dan bersedekah khususnya jika ianya sampai kepada golongan yang memerlukan. Saya juga tidak menyalahkan orang ramai yang menderma walaupun tidak tahu kedudukan sebenar pihak yang memohon derma. Tulisan ini hanya ingin membuka mata semua pihak bahawa di dalam masyarakat kita hari ini, terdapat terlalu banyak muslihat dan tipu daya, wujud di mana-mana golongan yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk mengekploitasikan golongan lain demi kepentingan diri sendiri. Apabila kita menderma ataupun bersedekah adalah penting untuk memastikan orang ataupun pihak yang menerima sumbangan kita itu adalah sasaran yang tepat. Tidak salah dan tidak dianggap kedekut jika kita menyelidik dengan mendalam pihak yang memohon derma sebelum bantuan dihulurkan. Dapatkan maklumat tentang berapa banyakkah daripada sumbangan itu akan sampai kepada penerima.Sepatutnya sebanyak mana yang didermakan banyak itulah juga yang akan diterima oleh kumpulan sasaran. Dengan itu kita bukan sahaja mendapat ganjaran dari sikap dermawan kita tetapi apa yang kita dermakan itu pula dapat dimanfaat kan oleh penerima pada kadar maksima.
Penderma patut mendapat maklumat yang mendalam mengenai institusi yang hendak didirikan ataupun perniagaan yang akan dijalankan. Adakah institusi tersebut berdaftar dan menjalankan aktiviti yang tidak bercanggah dengan undang-undang dan agama Islam. Pada hari ini terdapat banyak aliran pemikiran Islam yang menyimpang daripada aqidah ahli sunnah waljamaah seperti syiah, tarikat-tarikat sesat dan lain-lain. Di samping itu adakah petugas dan pengendali institusi tersebut termasuk tenaga pengajarnya bertauliah dan layak untuk menjalankan tugas mereka. Perniagaan yang dijalankan pula adakah mematuhi undang-undang dan tidak melibatkan perniagaan produk-produk yang dilarang ataupun scam. Pendek kata duit yang didermakan itu jika tidak disalurkan dengan betul boleh menyumbang kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang, agama dan juga kemaslahatan masyarakat. Pihak tengah yang menjadi penyalur derma sepatutnya telus dan berterus terang kepada penderma. Saya terbaca juga komen beberapa orang penulis yang menganggap Allah mendatangkan peminta-peminta sedekah ini sebagai asbab untuk kita mendapat pahala daripada sifat pemurah. Tetapi ini mungkin merujuk kepada peminta-peminta sedekah yang benar-benar memerlukan. Membantu orang yang menipu sama seperti kita menggalakkan seseorang untuk melakukan penipuan. Kita tidak terlepas dari tanggungjawab untuk menyiasat dan teliti semasa menderma. Silap menderma, kita boleh dianggap bersubahat terhadap perkara mungkar yang dilakukan dengan derma yang disumbangkan itu.

Sikap tidak kisah dan kurang teliti ketika menderma boleh menjadi serampang dua mata. Sikap ini boleh menyuburkan lagi sindiket penipuan dan jika dibiarkan merebak, kita akan membentuk masyarakat yang pemalas dan hanya mengharapkan bantuan orang lain. Pihak berkuasa perlu memainkan peranan memantau dan mengadakan peraturan ketat tentang derma supaya golongan penipu tidak mudah mengambil peluang dan kesempatan. Mahukah kita melihat negara kita dicemari oleh begitu banyak kes-kes "charity scam" sehingga golongan yang sepatutnya dibantu tersisih. Memang terdapat peminta derma dan sedekah yang benar-benar susah serta ikhlas tetapi ada kaedah lain yang dapat membantu mereka. Orang ramai boleh merujuk mereka kepada institusi zakat, Pejabat Kebajikan Masyarakat ataupun NGO yang membantu golongan susah. Pihak zakat dan badan-badan lain yang bertanggungjawab juga perlu proaktif mengenalpasti peminta-peminta derma/sedekah ini untuk membantu mereka dan mencari jalan keluar untuk mereka. Penipu ataupun mereka-mereka yang menjadi tali barut "charity scam" patut dikenalpasti, ditangkap dan didakwa. Jadi, daripada memberi derma ataupun sedekah kepada pihak yang tidak diketahui latarbelakangnya, lebih baik orang ramai menyumbang kepada tabung zakat dan NGO berdaftar yang menyalurkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Anda juga boleh menghulurkan bantuan secara terus kepada rumah-rumah kebajikan, rumah anak yatim dan terus kepada keluarga-keluarga yang susah.
Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
28hb Julai 2020
Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
28hb Julai 2020
No comments:
Post a Comment