Friday 27 November 2020

MITOS AIR KELAPA BAKAR

 


Cerita air kelapa bakar dah lama, mungkin berasal dari Indonesia. Kalau baca dakwaan orang ramai, khasiat air kelapa bakar bukan setakat merawat masalah kesuburan tapi bermacam2 jenis penyakit termasuk penyakit buah pinggang, diabetes, penyakit hati dan lain2. Pendek kata cukup ciri2 satu produk "overclaim" dan pseudoperubatan. Asalnya mungkin peniaga nak jual satu produk yang "rare", tapi apabila semua orang pakat jual, dia dah tak jadi "rare". Maka tercetuslah idea untuk melariskan lagi produk ini dengan dakwaan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit. Pada waktu yang sama ada pula pengamal yang menggunakan agama untuk menaikkan nama diri sendiri dan memajukan perniagaannya. Jadi apabila ditempelkan label agama dengan "overclaim" air kelapa bakar ini, tentulah berita ini akan menjadi berita sensasi.

Fenomena ini sebenarnya hanya ulangan episod2 ataupun kitaran hidup ("life cycle") scam perubatan yang tenggelam timbul mengikut musim. Bila peniaga sudah banyak duit dan pengguna sedar kena tipu, produk itu hilang sekejap. Satu hari nanti produk ini akan timbul semula sebab pengguna mudah lupa. Yang dapat duit adalah Peniaga dan yang asyik kena tipu adalah Pengguna. Saya harap pengguna kita semakin bijak dan tidak mudah tertipu. Anda boleh minum air kelapa bakar untuk sumber air, mineral dan tenaga tapi bukan untuk merawat penyakit. Peniaga juga tidak ada halangan untuk berniaga dengan syarat jangan "overclaim", pendapatan pun lebih berkat. Kepada pihak yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi, sudah2 lah memperdaya masyarakat. Serahkan sesuatu perkara itu kepada pakarnya. Hidup di dunia ini sangat singkat, apa yang anda lakukan itu pasti akan menjadi pemberat di Yaumul Mizan di akhirat nanti.


No comments:

Post a Comment