Friday 3 May 2024

TAHUN GALAKTIK

 


Bumi mengelilingi matahari yang mengambil masa 365 hari untuk lengkap satu pusingan dan dikenali sebagai 1 tahun bumi ("1 earth year"). Matahari pula yang mewakili sistem solar kita mengelilingi pusat galaksi Milky Way di mana terdapat black hole (lohong hitam) bernama Sagitarius A. Matahari serta sistem solarnya bergerak dengan purata kelajuan  820,000 km sejam dan ia mengambil masa selama 230 juta tahun untuk membuat satu pusingan lengkap mengelilingi pusat galaksi. Satu pusingan lengkap mengelilingi pusat galaksi ini dikenali sebagai 1 tahun galaktik ("1 galactic year"). Usia matahari adalah 4.6 billion tahun jadi setakat ini ia telah mengelilingi pusat galaksi sebanyak 20 kali. Jadi usia matahari kita adalah 20 tahun galaktik ("20 galactic year").



No comments:

Post a Comment