Saturday, 29 November 2025

INTERMITTENT FASTING BUKAN UNTUK SEMUA ORANG


 

PENDAHULUAN

Intermittent Fasting (IF) mendapat populariti besar dalam kalangan orang ramai dan banyak dipromosi oleh pempengaruh kesihatan media sosial. Ramai yang mempromosikannya sebagai satu “jalan pintas” untuk kurus, sihat, dan kekal bertenaga, hingga ada yang disyorkan untuk merawat penyakit kronik. Namun, seperti mana-mana pendekatan pemakanan atau gaya hidup, IF bukan satu solusi sesuai untuk semua. Dalam artikel ini, saya ingin membincangkan definisi IF, kelebihan, kekurangan, dan potensi risiko jangka panjang agar pembaca dapat membuat keputusan yang bijak. 

APAKAH IF

Intermittent Fasting merujuk kepada corak makan di mana seseorang bergilir antara tempoh “berpuasa” dan tempoh “makan biasa.” Terdapat beberapa protokol IF, termasuk:

1. Time-Restricted Eating (TRE) di mana seseorang mengehadkan makan dalam jendela masa tertentu setiap hari (contohnya 8 jam makan / 16 jam puasa, dikenali sebagai “16:8”). 

2. Alternate-Day Fasting (ADF)  di mana hari berpuasa bergantian dengan hari makan biasa. 

3. Model lain seperti 5:2 diet, makan biasa lima hari seminggu, kemudian kurangkan kalori dengan ketara (contoh ~25% kalori biasa) pada dua hari. 

Tujuan utama IF sering kali ialah kawalan berat badan, pengurusan metabolik (gula, lipid), dan manfaat kesihatan seperti peningkatan sensitiviti insulin, pengurangan keradangan dan lain2 hingga ada yang boleh dianggap dakwaan keterlaluan.

KELEBIHAN  IF

Terdapat beberapa potensi manfaat IF, terutama untuk individu yang obes, berlebihan berat badan, atau mempunyai risiko sindrom metabolik. Antara kelebihan yang dilaporkan (walaupun tidak konsisten):

1. Penurunan berat badan dan lemak badan – kesannya hampir sama dengan diet kalori terhad (CR). Dalam satu kajian meta-analisis terhadap RCT terbitan BMJ 2025 (peer reviewed), hanya ADF didapati berkesan menurunkan sedikit berat badan (1.29kg) berbanding dengan TRE. Pengkaji mencadangkan kajian lanjut dilakukan.

2. Penambahbaikan metabolik – sensitiviti insulin, gula darah,  kolesterol dan trigliserida boleh bertambah baik. Namun, manfaat ini juga boleh dicapai melalui diet kalori terhad biasa (CR), dan meta-analisis terkini mendapati menggabungkan TRE + CR tidak memberi kelebihan tambahan. Malahan, kajian meta-analisis 2025 juga mendapati hanya ADF sahaja yang berkesan menurunkan kolesterol dan trigliserida. TRE tidak mempunyai kesan yang sama. Kesan positif ke atas lain2 parameter adalah kecil contohnya dari kajian meta-analisis oleh Yuan X et al, penurunan gula darah hanya 0.15 mmol/L, HbA1c 0.08, HOMA-IR hanya 0.31(petunjuk kerintangan insulin), LDL 0.22 mmol/L dan Trigliserida hanya 0.04 mmol/L. 

3. Penurunan keradangan dan penanda kardiometabolik – wujud dalam beberapa kajian, tetapi kesan jangka panjang belum jelas. Manakala kajian umbrella systemic review terbitan The Lancet 2024, mendapati IF tidak memberi kesan ke atas penanda keradangan seperti CRP, IL-6 dan lain2. Mengawal keradangan sahaja tidak mencukupi tanpa menurunkan LDL. Penyumbatan saluran darah masih boleh berlaku dengan tahap kolesterol LDL yang tinggi walaupun keradangan minima (contoh individu yang mengalami "familial hypercholesterolaemia")

4. Beberapa kajian menunjukkan IF dapat mengurangkan tekanan darah dan kadar rehat jantung, walaupun kesan jangka panjang masih belum diketahui sepenuhnya. Bagaimanapun, hasil kajian yang diterbitkan oleh BMJ dan The Lancet di atas mendapati kesan penurunan tekanan darah sangat minima hanya IF dari jenis ADF. Umbrella review yang menilai banyak meta-analisis RCT membuat kesimpulan bahawa " “The effects of intermittent fasting on blood pressure are small, inconsistent, and of low clinical relevance.”

5. Kesan terhadap hati berlemak (NAFLD) tidak dapat disahkan. Walaupun ada kajian yang IF berpotensi merawat hati berlemak, bukti masih lagi terhad dan tidak konklusif.

6. Mudah diikuti dan fleksibel: Dalam sesetengah protokol IF, anda tidak perlu kira kalori atau mengira setiap makronutrien, cukup ikut jendela makan/puasa, mungkin lebih praktikal untuk orang tertentu.

Perlu ditekankan bahawa kelebihan2 yang dinyatakan di atas adalah diperolehi oleh peserta2 kajian yang mengikuti program IF yang terancang dan dipantau dengan ketat oleh profesional. Di samping itu, tidak semua jenis IF memberi manfaat yang sama, satu kaedah lebih baik dari yang lain. Manfaat yang sama mungkin tidak dicapai di luar konteks penyelidikan jika diamalkan semberono tanpa pemantauan profesional.

KEBERKESANAN DAN MANFAAT IF DATANG DALAM PAKEJ

IF tidak berkesan secara bersendirian; manfaat biasanya datang sebagai satu pakej bersama amalan lain seperti kawalan kalori, kualiti diet yang lebih baik, peningkatan aktiviti fizikal, kurang stres dan tidur yang cukup. Ramai yang berjaya dengan IF sebenarnya lebih banyak dipengaruhi oleh gaya hidup keseluruhan, bukan kerana fasa berpuasa semata-mata. Tanpa diet yang seimbang dan rutin hidup sihat, IF mungkin tidak memberi apa2 manfaat, sebaliknya boleh memudaratkan. 

DAKWAAN TANPA BUKTI SAINTIFIK

Terdapat banyak lagi dakwaan2 yang ditokok tambah oleh pihak tertentu untuk mempromosikan IF secara berlebihan ("overclaim"). Ada di antaranya tidak ada asas sains. Di antara dakwaan tersebut adalah IF boleh “detox”, “reset hormon”, "reset usus", merawat diabetes tanpa ubat, menyembuhkan kanser, PCOS atau hati berlemak (NAFLD) serta memanjangkan umur. Ada juga yang mendakwa IF boleh mengawal berat badan dalam jangka masa panjang. Dakwaan2 ini tidak disokong bukti saintifik yang kukuh.

KEKURANGAN IF

Tetapi, IF juga ada had dan kekangan. Realiti menunjukkan bahawa ia tidak semestinya lebih baik daripada diet konvensional dan mungkin sukar dipraktikkan atau tidak sesuai untuk semua orang. Antara kekurangan dan keprihatinan ialah:

1. Bukti masih tidak konsisten / jangka pendek: Walaupun ada manfaat pada jangka pendek, banyak kajian terutama pada manusia, adalah kecil, bersifat sementara, dan dalam majoriti keadaan menunjukkan IF tidak jauh lebih unggul daripada diet kalori terhad biasa untuk jangka masa panjang. 

2. Kesukaran menyesuaikan gaya hidup / sosial: TRE mungkin menyekat makan waktu pagi atau malam, sesuatu yang sukar jika budaya atau rutin harian (keluarga, kerja, sosial) anda tidak selaras. 

3. Bukan sesuai bagi semua populasi: IF biasanya tidak disarankan untuk kumpulan tertentu contohnya, individu dengan gangguan tabiat makan ("eating disorders"), wanita hamil atau menyusukan bayi, individu tua lebih 75 tahun, terlalu muda (kurang dari 18 tahun), atau mereka dengan masalah kesihatan tertentu seperti diabetes yang tidak terkawal (rawatan intensif diperlukan), penyakit buah pinggang, penyakit hati cirrhosis dan dementia.

4. Kemungkinan kesan sampingan seperti yang dinyatakan di bawah. 

5. Perlu disiplin dan kesungguhan untuk mengamalkannya. Jika tidak diamalkan dengan betul, contohnya tidak cukup hidrasi semasa fasa berpuasa dan kualiti diet yang rendah ataupun mengambil kalori serta lemak berlebihan semasa fasa makan, amalan ini akan membawa lebih mudarat dari manfaat. 

KESAN SAMPINGAN ATAU KEBURUKAN IF 

Peringkat awal, pengamal boleh mengalami gejala pening, sakit kepala, loya, muntah, kesukaran untuk fokus, letih dan gangguan tidur. Kesan sampingan lebih serius tetapi jarang adalah dehidrasi, kekurangan nutrien dan kehilangan otot.

Selain kekangan di atas, terdapat risiko dan kesan yang lebih serius, terutamanya jika IF dilakukan tanpa pertimbangan individu atau pemantauan kesihatan.

Satu kajian terkini memberi amaran bahawa program IF dengan jendela makan kurang daripada 8 jam sehari dilaporkan mempunyai 91% peningkatan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular berbanding jendela makan biasa (12–16 jam). 

Ulasan baharu mendapati bahawa walaupun IF mempunyai manfaat metabolik, “ia mungkin lebih berisiko daripada manfaat” dalam sesetengah populasi, menunjukkan bahawa IF bukan pengganti ajaib untuk gaya hidup sihat contohnya diet Mediteranean yang universal dan konsep kalori defisit untuk mengurangkan berat badan. 

Kerana jendela makan yang terhad, individu mungkin terdedah kepada kekurangan nutrien terutama jika kualiti makanan dalam jendela makan kurang baik atau kesukaran memenuhi keperluan mikronutrien penting. Ini penting jika diet tidak dirancang dengan betul dan seimbang.

KESAN JANGKAPANJANG IF 

Manakala bukti jangka pendek untuk sesetengah manfaat agak meyakinkan, bukti jangka panjang bagi IF masih belum kukuh dan keputusan terkini mengingatkan kita bahawa ada potensi implikasi negatif jangka panjang, khususnya terhadap kesihatan saluran darah dan jantung. 

Keberkesanannya dalam mencegah penyakit kronik (seperti penyakit jantung, strok) dalam jangka panjang belum dibuktikan dengan konsisten. 

Tambahan pula, IF mungkin tidak berkesan atau bahkan bahaya bagi mereka yang mempunyai latar belakang penyakit seperti yang dinyatakan di atas. 

Salah faham pesakit yang berhenti mengambil ubat dan berpindah sepenuhnya kepada IF boleh berlaku dan ini boleh memudaratkan.

KESIMPULAN 

Intermittent Fasting boleh membantu sesetengah individu, khususnya yang obes atau mempunyai risiko metabolik. Walau bagaimanapun hasil dari semakan kajian2 menunjukkan hasil yang berbeza-beza. Hasil kajian yang positif pula menunjukkan angka penurunan parameter metabolik yang kecil. IF bukan jawapan untuk semua orang. Kajian lanjut diperlukan untuk melihat manfaat sebenar IF.

Bukti terkini menunjukkan potensi risiko penyakit kardiovaskular jika jendela makan terlalu singkat atau amalan dilakukan tanpa pemantauan.

Oleh itu, IF harus dilihat sebagai satu di antara banyak pilihan gaya hidup/pemakanan bukan sebagai solusi ajaib. Keputusan untuk mengamalkannya perlu berdasarkan keadaan individu: status kesihatan, gaya hidup, diet seimbang, dan kesediaan untuk menyesuaikan rutin secara berterusan.

Mendapat nasihat kesihatan (doktor atau pakar pemakanan) adalah perlu sebelum memulakannya, terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik atau faktor risiko. Sebenarnya, dalam keadaan biasa kita sudah mengamalkan IF di mana waktu berpuasa adalah semasa tidur, jadi kesan positif masih bergantung kepada kualiti diet, banyaknya tenaga yang diambil dan tenaga yang dibakar ketika tempoh makan.

Dato' Dr.Rushdan Noor

1hb Disember 2025


RUJUKAN 

1. American Heart Association. (2024). 8-hour time-restricted eating linked to a 91% higher risk of cardiovascular death. American Heart Association Newsroom.

https://newsroom.heart.org/news/8-hour-time-restricted-eating-linked-to-a-91-higher-risk-of-cardiovascular-death

2. Alorfi NM, Ashour AM. The Impact of Intermittent Fasting on Non-Alcoholic Fatty Liver Disease in Older Adults: A Review of Clinicaltrials.gov Registry. Diabetes Metab Syndr Obes. 2023 Oct 6;16:3115-3121

3. BBC News. (2024). Intermittent fasting: Helpful or harmful?

https://www.bbc.com/news/articles/c0l6ye6xe12o

4. Harvard Health Publishing. (2020). Not so fast: Pros and cons of the newest diet trend.

https://www.health.harvard.edu/heart-health/not-so-fast-pros-and-cons-of-the-newest-diet-trend

5. Healthline. (2023). Intermittent fasting guide for beginners: Benefits, safety, and how it works.

https://www.healthline.com/nutrition/intermittent-fasting-guide

6. Johns Hopkins Medicine. (2022). Intermittent fasting: What is it, and how does it work?

https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/intermittent-fasting-what-is-it-and-how-does-it-work

7. Mass General Brigham. (2023). Pros and cons of intermittent fasting.

https://www.massgeneralbrigham.org/en/about/newsroom/articles/pros-and-cons-of-intermittent-fasting

8. Mason, A. E., et al. (2020). Intermittent fasting does not work for everyone, study finds. News-Medical.

https://www.news-medical.net/news/20200526/Intermittent-fasting-does-not-work-for-everyone-study-finds.aspx

9. National Institutes of Health. (2019). Fast or not to fast? NIH News in Health.

https://newsinhealth.nih.gov/2019/12/fast-or-not-fast

10. Regmi, P., & Heilbronn, L. (2024). Time-restricted eating: A review of current evidence and long-term safety considerations. Nutrients.

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/38910053/

11. Sun, JC., Tan, ZT., He, CJ. et al. Time-restricted eating with calorie restriction on weight loss and cardiometabolic risk: a systematic review and meta-analysis. Eur J Clin Nutr 77, 1014–1025 (2023). https://doi.org/10.1038/s41430-023-01311-w

12. Scientific American. (2024). Is intermittent fasting helpful or harmful?

https://www.scientificamerican.com/article/is-intermittent-fasting-helpful-or-harmful/

13. Shalabi, H., et al. (2023). Intermittent fasting: Benefits, adverse effects, and quality of life implications. Journal of Nutrition & Metabolism.

https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC9998115/

14. Song, D. K., et al. (2022). Beneficial effects of intermittent fasting: A narrative review. Metabolic Syndrome and Related Disorders.

https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC9946909/

15. Sun, Ming-Li et al. Intermittent fasting and health outcomes: an umbrella review of systematic reviews and meta-analyses of randomised controlled trials. eClinicalMedicine, 2024, Volume 70, 102519

16. Yuan X, Wang J, Yang S, Gao M, Cao L, Li X, Hong D, Tian S, Sun C. Effect of Intermittent Fasting Diet on Glucose and Lipid Metabolism and Insulin Resistance in Patients with Impaired Glucose and Lipid Metabolism: A Systematic Review and Meta-Analysis. International Journal of Endocrinology. 2022; Mar 24;2022:6999907.

17. Zhang, Y., et al. (2025). Association of time-restricted eating windows with cardiovascular mortality: Analysis of 19,831 adults. Clinical Nutrition.

https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S1871402125000955

Friday, 28 November 2025

BAHASA PAKAR DAN BAHASA PEMASARAN PRODUK KESIHATAN

 BAHASA PAKAR DAN BAHASA PEMASARAN PRODUK KESIHATAN

Pernah perasan tak, bila pakar perubatan di hospital merawat penyakit kronik, jarang mereka sebut istilah seperti keradangan, rintangan insulin, disfungsi mitrokondria, keseimbangan mikrobiom dan lain2. Sebaliknya, mereka guna bahasa mudah dan praktikal diabetes/kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, serta penanda klinikal seperti bacaan gula, kolesterol dan tekanan darah.

Bukan sebab pakar tak tahu ilmu perubatan dengan mendalam, tapi kerana mereka mahu berkomunikasi dengan berkesan dan mudah untuk difahami. 

Macam mekanik kereta, dia takkan sebut “ketidakstabilan termodinamik”, tapi terus kata “spark plug rosak” atau "bateri lemah" supaya pelanggan faham apa yang perlu dibaiki. 

BAHASA PEMASARAN PRODUK KESIHATAN

Sebaliknya, di satu pihak lagi, gemar menggunakan istilah saintifik yang kedengaran “ilmiah” seperti mitokondria lemah, rintangan insulin, detoks, leaky gut, gangguan metabolisma DNA, reset pankreas, keradangan sel kronik, gangguan mikrobiom, frekuensi kuantum dan pelbagai lagi istilah yang jarang atau tak pernah digunakan oleh pakar perubatan.

Sebagai contoh, ada yang mendakwa hampir semua penyakit berpunca daripada mitokondria lemah. Lalu mereka menawarkan ujian, suplemen atau terapi khas untuk “menguatkan mitokondria”. Hakikatnya, dalam perubatan moden, disfungsi mitokondria ialah keadaan genetik yang jarang berlaku dan bukan punca utama semua penyakit seperti yang didakwa. Begitu juga dengan istilah "leaky gut" dan lain2.

Istilah-istilah sebegini kebanyakannya bersifat longgar dan umum, malah ada yang dicipta sendiri dan tidak ujud dalam kamus perubatan moden.

Penggunaan istilah sebegini membuka ruang luas untuk mempromosikan pelbagai bentuk “penyelesaian”, berbeza dengan amalan perubatan moden.  

BIDANG PERUBATAN ALTERNATIF DAN STRATEGI BAHASA PEMASARAN

Di luar bidang perubatan moden, wujud pelbagai cabang perubatan alternatif samada di dalam ataupun luar negara. Ramai pengamal perubatan alternatif di sini mengambil rujukan dari tokoh2 mereka di luar negara. Ramai pengasas perubatan alternatif bukan doktor perubatan, tetapi ideologi mereka  sudah merebak masuk ke dalam komuniti perubatan moden. Jadi tak hairan kalau wujud doktor perubatan yang senada dengan mereka.

Bagi menonjolkan kelainan dan membina kredibiliti, mereka sering mencipta atau mengguna semula istilah saintifik yang kabur dan umum. Ada istilah yang bertindihan dengan perubatan moden tetapi ditafsir dan dikembangkan mengikut selera mereka. Ada yang membina teori atau konsep yang sukar dibuktikan benar, tetapi juga sukar dibuktikan salah kerana tidak ada bukti kajian klinikal, satu strategi yang membolehkan mereka terus memasarkan produk tanpa dapat dicabar.

PEDOMAN KEPADA KITA

Bila pakar perubatan bercakap guna bahasa mudah dan tidak menggunakan istilah2 sains yang canggih, itu bukan tanda mereka kurang tahu atau kurang mahir, tapi mereka menggunakan kaedah komunikasi yang jujur, beretika, dan mahu pesakit faham. Apabila pesakit faham dan rawatan yang disyorkan itu tepat berdasarkan prinsip EBM, manfaat ke atas pesakit lebih terjamin.

Yang patut kita waspadai ialah mereka yang banyak “menggoreng istilah saintifik” semata-mata untuk nampak hebat dan akhirnya mengesyorkan ujian, diet tertentu, menjual produk atau suplemen yang bukan sahaja belum terbukti berkesan, malah mungkin memudaratkan.

Pendekatan paling selamat adalah bertemu dengan doktor atau pakar yang beretika, pakar dalam bidang penyakit tersebut dan tidak ada kepentingan menjual produk2 pseudoperubatan. 

Sentiasa semak latar belakang pengamal atau penulis dalam media sosial sebelum percaya, terlalu ramai coach2 kesihatan tidak bertauliah di media sosial menulis dan memberi nasihat yang salah.


Dato' Dr.Rushdan Noor

7hb Nov 2025

SALAH FAHAM TENTANG " BANYAK JENIS KANSER SERENTAK"



SALAH FAHAM TENTANG " BANYAK JENIS KANSER SERENTAK" 

Orang awam dan media sering tersilap melaporkan pesakit sebagai “menghidap 3–4 jenis kanser sekali gus”, contohnya kanser hati, kanser paru-paru dan kanser buah pinggang serentak. Hakikatnya, dalam majoriti kes, ia bukan banyak jenis kanser, tetapi satu jenis kanser sama yang telah merebak ke organ lain.

Jika kanser itu dari jenis yang sama, kanser utama ataupun yang asal dikenali kanser primer ("Primary Cancer"), manakala organ2 yang telah terlibat akibat kanser itu merebak dikenali kanser sekunder (""secondary cancer"). Apabila satu jenis kanser telah merebak ke banyak organ ia dikenali sebagai kanser metastatik ("metastatic cancer").

Memang boleh berlaku seseorang mendapat dua atau lebih jenis kanser berbeza pada masa yang sama, tetapi ini sangat jarang dan dipanggil kanser serentak ("synchronous cancer"). 

BAGAIMANA PAKAR MEMBEZAKANNYA? 

Caranya bukan dengan melihat organ yang terlibat, tetapi melalui ciri histopatologi iaitu rupa bentuk sel kanser di bawah mikroskop dan ciri2 biologi yang lain termasuk status reseptor hormon dan kajian imunohistokimia (" immunohistochemistry"). Ada juga beberapa kriteria tambahan lain yang turut digunakan.

Jika sampel tisu dari organ berlainan menunjukkan ciri2 sel kanser yang sama jenis, ia bermaksud kanser primer yang sama telah merebak ke organ tersebut.

Jika dua tisu menunjukkan ciri sel yang berbeza, barulah ia dianggap dua kanser berasingan.

APAKAH PERBEZAAN  PELUANG UNTUK  SEMBUH

1. Kanser yang merebak (kanser metastatik)

Apabila kanser asal sudah merebak ke organ lain, ia automatik dianggap tahap 4 (kecuali beberapa jenis tertentu). Rujuk tulisan saya berkenaan dengan kanser tahap 4 di pautan ini : https://www.facebook.com/share/p/1BgdmvXBak/

Rawatan lebih sukar.

Prognosis atau peluang untuk sembuh  lebih rendah, bergantung kepada jenis dan tahap agresif kanser.

2. Dua kanser berbeza yang berlaku serentak (synchronous)

Setiap kanser dinilai secara terpisah,  tahap kanser setiap satunya mungkin berbeza.

Jika kedua-duanya masih tahap awal, peluang sembuh biasanya jauh lebih baik.

Contohnya: kanser usus besar tahap 1 dan kanser rahim tahap 1,  rawatan lebih terancang dan peluang sembuh lebih baik.

CONTOH KANSER METASTATIK DAN KANSER SYNCHRONOUS 

Contoh lain yang mudah: Kanser rahim dan ovari

Dua situasi yang sering mengelirukan:

A. Kanser rahim merebak ke ovari (lebih kerap berlaku)

Dalam keadaan ini kanser primer adalah rahim dan merebak ke ovari, jadi hanya ada satu jenis kanser. Ovari yang terlibat dikatakan kanser sekunder. 

Histopatologi menunjukkan ciri2 sel kanser dari kedua-dua organ adalah jenis yang sama. Apabila kanser rahim merebak ke kelenjar ovari, kanser ini dianggap Kanser Rahim tahap 3, BUKAN Kanser Rahim dan Kanser Ovari.

B. Dua kanser berlainan: Kanser Rahim + Kanser ovari (synchronous)

Sangat jarang berlaku. Kajian histopatologi menunjukkan ciri2 sel kanser yang berbeza. Maka, pesakit ini dianggap menghidap 2 jenis kanser iaitu Kanser Rahim dan Kanser Ovari.

Kedua-duanya akan ditentukan ciri2 dan tahap masing-masing.

Jika kedua-duanya tahap awal, contohnya Kanser Rahim tahap 1 dan Kanser Ovari tahap 1 peluang untuk sembuh biasanya lebih baik dari Kanser Rahim tahap 3 seperti di atas.

TUMOUR KRUKENBERG 

Tumour krukenberg adalah fenomena kanser yang hanya berlaku pada kaum wanita kerana ianya melibatkan kelenjar ovari.

Apabila kanser dari sistem gastrousus (perut, usus, pankreas, appendik) atau kanser payudara merebak ke kelenjar ovari, kanser di ovari ini dikenali sebagai Tumour Krukenberg ("Krukenberg tumour"). Dalam situasi ini kanser pada asalnya disangka dari jenis berbeza (contoh kanser perut dan kanser ovari), tetapi apabila dianalisa ciri2 kanser di kelenjar ovari, didapati ianya sama seperti  kanser di organ2 asalnya contoh kanser perut, kanser usus besar dan lain2. Jadi Tumour Krukenberg adalah salah satu bentuk kanser metastatik, bukan kanser synchronous yang berbeza.



APA PESAKIT PATUT TANYA ?

Apabila diberitahu kanser ditemui di banyak organ, jangan terus anggap anda mempunyai banyak kanser. Tanya doktor:

1. “Adakah ini jenis kanser yang sama yang telah merebak?”

2. “Adakah ini dua kanser yang berbeza (synchronous)?”

3. Apakah tahap kanser atau kanser2 tersebut

4. Apakah rawatan dan peluang sembuh atau prognosis

Majoritinya ialah jenis kanser sama yang sudah merebak.Tetapi dalam sebilangan kecil kes, ia boleh jadi dua kanser berbeza, dan ini membawa implikasi rawatan dan peluang sembuh yang sangat berbeza. Seperti biasa, saya mengesyorkan anda dapatkan penilaian serta  rawatan kanser dari pakar onkologi bertauliah dan bukan pengamal rawatan alternatif. Hanya Jauhari mengenal manikam, hanya pakar onkologi memahami dan arif dalam rawatan kanser.


Dato" Dr Rushdan Noor

28hb Nov 2025



SALAH FAHAM TERHADAP TAHAP 4 PENYAKIT KANSER



PENDAHULUAN

Salah satu maklumat penting yang perlu diketahui oleh pesakit kanser adalah tahap kanser mereka yakni sejauh mana kanser sudah merebak. Tajuk tentang tahap kanser ini panjang. Ringkasnya terdapat dua sistem utama untuk menyatakan tahap kanser, pertama menggunakan sistem nombor dari 1 hingga 4 di mana tahap 1 adalah peringkat awal dan tahap 4 peringkat paling lewat. Setiap nombor itu ada pula substagenya contoh tahap 2a, 2b dan seterusnya. Sistem kedua dikenali sebagai sistem TNM dan dalam penulisan ini saya akan menulis tentang sistem nombor yang lebih kerap digunakan oleh orang awam.

Ramai orang awam menganggap bahawa apabila seseorang disahkan menghidap kanser tahap 4, itu bermakna penyakit sudah “terminal,” pesakit hanya “menghitung hari,” dan rawatan tidak lagi berguna. Persepsi ini tidak tepat dan boleh memberi kesan buruk kepada psikologi pesakit serta keputusan rawatan.

Hakikatnya, kanser adalah penyakit yang kompleks. Setiap jenis kanser mempunyai tingkah laku biologi yang berbeza. Malah, dua pesakit yang mempunyai kanser yang sama pun boleh bertindak balas secara berbeza terhadap rawatan.

TAHAP KANSER BUKAN SATU-SATUNYA PENENTU NASIB PESAKIT

Walaupun tahap kanser memberi gambaran umum tentang sejauh mana kanser merebak, tetapi prognosis dan peluang untuk sembuh tidak ditentukan oleh tahap semata-mata. Banyak faktor lain turut memainkan peranan besar, antaranya adalah:

a. Jenis kanser

b. Gred kanser (grade)

c. Diferensiasi sel 

d. Biologi tumor (status reseptor seperti ER/PR/HER2, mutasi gen tertentu)

e. Usia pesakit dan tahap kesihatan keseluruhan

f. Wujudnya penyakit lain seperti diabetes, penyakit jantung, buah pinggang dan sebagainya

g. Tindakbalas dan sensitiviti terhadap rawatan (kemo, hormon, targeted therapy, terapi imun)

Contohnya:

Tahap 4 kanser serviks memang lebih teruk berbanding tahap 2 kanser serviks yang sama.

Tetapi tahap 4 kanser serviks tidak semestinya lebih teruk daripada tahap lebih rendah kanser pankreas, yang secara biologi jauh lebih agresif.

Malahan tahap 4 kanser serviks dari jenis "well differentiated" lebih baik dari tahap 4 kanser serviks yang "undifferentiated". Dalam kanser yang sama juga berbeza2 kerana ciri biologi yang berbeza.

Inilah sebabnya tidak wajar menggeneralisasikan “tahap 4 = tidak ada harapan.”

APA MAKSUD 5-YEAR SURVIVAL RATE (KADAR SURVIVAL 5 TAHUN)

Salah satu cara menilai prognosis ataupun peluang untuk sembuh adalah kadar survival (hidup) 5 tahun.

Jika survival rate = 60%, ia bermaksud:

Daripada 100 pesakit, 60 masih hidup selepas 5 tahun dengan rawatan yang diberikan.

Ini bukan jangka hayat maksimum; dalam 60% itu ada yang boleh hidup 10–15 tahun atau lebih lama, malah ada yang sembuh sepenuhnya,  bergantung kepada jenis kanser dan rawatan.

Sebaliknya, peratus survival yang rendah tidak bermaksud pesakit “pasti meninggal dalam masa dekat,” tetapi menunjukkan penyakit tersebut lebih agresif dan rawatan terhad. Pesakit itu mungkin termasuk dalam peratusan lebih kecil yang boleh hidup lebih 5 tahun.

Dengan kaedah rawatan yang lebih berkesan, banyak jenis kanser sudah dapat dikawal dan disembuhkan, sebab itu semakin banyak kanser sudah boleh dinilai dengan kadar survival 10 tahun ("10 year survival rate").

TIDAK SEMUA TAHAP 4 ADALAH SAMA. ADA YANG MASIH TINGGI PELUANG SEMBUH. 

Dengan kemajuan kaedah rawatan dan ubat2 anti-kanser baru seperti terapi sasaran, terapi hormon, terapi imun , kombinasi terapi yang lebih berkesan, banyak kanser tahap 4 kini boleh dirawat seperti penyakit kronik.

CONTOH TAHAP 4 KANSER YANG BERBEZA DAN KADAR SURVIVAL 5 TAHUN

Cuba kita perhatikan contoh2 kanser tahap 4 yang berbeza dari segi jenis dan peluang untuk survival atau sembuh. Saya bahagikan kepada 2 kumpulan:

A. Kanser Tahap 4 yang Kurang Agresif / Lebih Responsif

“Masih Ada Peluang Sembuh atau Hidup Lama”

Jenis Kanser dan 5-Year Survival Tahap 4 (anggaran)

Choriocarcinoma (GTN) 80–95% 

Kanser Testis  70–90% 

Kanser Tiroid Papillary- hingga 78%

Limfoma Low-Grade (Follicular) 80–90%

Kanser Payudara ER+/PR+/HER 2 + 46%

Kanser Prostat  30–65%

Melanoma (Dengan immunoterapi) 40–50%

Choriocarcinoma (di bawah kategori GTN) ialah contoh klasik, di mana walaupun tahap 4, sehingga 95% pesakit masih hidup selepas 5 tahun, dan majoritinya sembuh sepenuhnya.

Jadi, memang ada pesakit kanser tahap 4 boleh sembuh sepenuhnya jika menghidap kanser jenis ini.

B. Kanser Tahap 4 yang Agresif / Sukar Dirawat

“Survival Rendah Kerana Biologi Penyakit Sangat Ganas Tetapi Masih Ada Harapan”

Jenis Kanser dan 5-Year Survival Tahap 4 (anggaran)

Kanser Pankreas 1–5%

Small Cell Lung Cancer (SCLC) 2–5% (hingga 10% dalam subset tertentu)

Glioblastoma Multiforme (GBM) 5–10%

Kanser Hati (Hepatocellular carcinoma) 3–5%

Kanser Perut (Gastric adenocarcinoma) 4–6%

Kanser Tiroid Anaplastik 4%

Kanser Payudara Triple Negative 12-15 %

Kanser dalam kumpulan ini bukan sahaja kerana “tahap 4,” tetapi kerana sifatnya memang agresif, cepat merebak dan kurang sensitif terhadap rawatan. Ataupun sukar dikesan peringkat awal. Meskipun begitu, peluang untuk hidup lebih lama masih ada walaupun peratusannya kecil. Contoh, 12-15% dari pesakit kanser payudara tahap 4 dari jenis ganas ("triple negative") boleh hidup sekurang2nya 5 tahun. 

MENGAPA PENTING UNTUK TIDAK MENYEBARKAN NARATIF SEMUA TAHAP 4 KANSER TAK ADA HARAPAN

Naratif negatif boleh menyebabkan pesakit menolak rawatan yang masih bermanfaat serta cepat putus asa, keluarga hilang harapan lalu kurang menyokong rawatan, pesakit lewat mendapatkan rawatan lanjutan dan stigma serta diskriminasi terhadap pesakit kanser. Lebih parah lagi pesakit mencari kaedah rawatan lain yang bukan saja tidak berkesan, tetapi datang dengan kos yang tinggi.

Padahal dalam banyak keadaan, walaupun kanser tidak dapat dihapuskan sepenuhnya,  rawatan terkini mampu mengurangkan saiz tumor, mengawal gejala, menghalang perebakan, mengembalikan pesakit kepada rutin harian dan memberi peluang hidup bertahun-tahun (rawatan paliatif).

KESIMPULANNYA KANSER TAHAP 4 BUKAN HUKUMAN MATI

Tahap 4 bermaksud merebak, bukan "tiada harapan". Banyak kanser tahap 4 boleh dikawal dan dirawat dengan berkesan. Ada juga kanser tahap 4 yang survivalnya lebih tinggi berbanding kanser tahap awal jenis lain yang agresif. Dengan rawatan moden, ramai pesakit tahap 4 hidup lebih 5–10 tahun, dan ada yang sembuh.

Apa yang penting dapatkan penilaian dan rawatan dari pakar onkologi, kerana setiap kanser adalah unik. Jangan terpengaruh dengan pengamal perubatan alternatif kerana kajian mendapati pesakit yang dirawat dengan kaedah alternatif mempunyai kadar kanser berulang lebih tinggi dan jangkahayat lebih pendek.

Harapan tetap ada dan ia bukan sekadar slogan, tetapi fakta perubatan. Berikhtiar dengan kaedah yang betul dan berdoa semoga anda termasuk dalam peratusan pesakit yang hidup panjang dan sembuh.

Dato'Dr Rushdan Noor

21hb Nov 2025

Sunday, 23 November 2025

DEBUNKED ANTIVACCINE CLAIM VACCINE MAY CAUSE AUTISM

DEBUNKED ANTIVACCINE CLAIM VACCINE MAY CAUSE AUTISM

Antivaxxer: “National Institutes of Health (2008 CBS interview with me)

Dr. Healy stated the vaccine-autism link remained an open question, not "settled science," stating in part: "I think that the government, or certain public-health officials in the government, have been too quick to dismiss the concerns of parents... When I was at NIH, I was very puzzled by the fact that nobody was looking at susceptible populations... The question has not been answered."

Facts (Answer from Dr.Free N Hess, Paediatrician)

The vaccine-autism link is not an open scientific question; extensive, high-quality evidence demonstrates that vaccines do not cause autism, including in susceptible populations.  

Multiple large-scale epidemiologic studies and systematic reviews have rigorously examined the possible association between vaccines—including MMR, thimerosal-containing vaccines, and the cumulative vaccine schedule—and autism. These studies consistently show no increased risk of autism or autism spectrum disorder following vaccination.[1][2][3][4][5][6][7][8] For example, a meta-analysis including over 1.2 million children found no relationship between vaccination and autism, nor with specific vaccine components such as thimerosal or mercury.[1] The Institute of Medicine and the Agency for Healthcare Research and Quality have also concluded that vaccines do not cause autism, and further research is very unlikely to change this conclusion.[4][2]  

Concerns about "susceptible populations" have been specifically addressed: studies have examined children with neurodevelopmental disorders and found no increased risk of adverse outcomes, including autism, after vaccination.[9] While rare adverse events can occur in genetically predisposed individuals, these are not related to autism and do not alter the overall safety profile of vaccines.[10]  

The persistence of parental concerns is understandable given historical controversies and misinformation, but the scientific consensus is clear and robust. The original 1998 Lancet article suggesting a link between MMR and autism has been thoroughly discredited and retracted, and subsequent research has repeatedly refuted any causal association.[3][11][12][13]  

In summary, the question of a vaccine-autism link is settled science according to the best available evidence. Ongoing surveillance and research continue to monitor vaccine safety, but no credible evidence supports a causal relationship between vaccines and autism, even in potentially susceptible groups.[4][1][2][9][8]  

Dr.Free N Hess

Source : https://www.facebook.com/share/19T1YgbkVh/

References

1. Vaccines Are Not Associated With Autism: An Evidence-Based Meta-Analysis of Case-Control and Cohort Studies. Taylor LE, Swerdfeger AL, Eslick GD. Vaccine. 2014;32(29):3623-9. doi:10.1016/j.vaccine.2014.04.085.

2. Safety of Vaccines Used for Routine Immunization of U.S. Children: A Systematic Review. Maglione MA, Das L, Raaen L, et al. Pediatrics. 2014;134(2):325-37. doi:10.1542/peds.2014-1079.

3. Measles and Measles Vaccination: A Review. Bester JC. JAMA Pediatrics. 2016;170(12):1209-1215. doi:10.1001/jamapediatrics.2016.1787.

4. The State of Vaccine Safety Science: Systematic Reviews of the Evidence. Dudley MZ, Halsey NA, Omer SB, et al. The Lancet. Infectious Diseases. 2020;20(5):e80-e89. doi:10.1016/S1473-3099(20)30130-4.

5. The Myth of Vaccination and Autism Spectrum. Gabis LV, Attia OL, Goldman M, et al. European Journal of Paediatric Neurology : EJPN : Official Journal of the European Paediatric Neurology Society. 2022;36:151-158. doi:10.1016/j.ejpn.2021.12.011.

6. Vaccines and Autism: A Tale of Shifting Hypotheses. Gerber JS, Offit PA. Clinical Infectious Diseases : An Official Publication of the Infectious Diseases Society of America. 2009;48(4):456-61. doi:10.1086/596476.

7. Thimerosal-Containing Vaccines and Autistic Spectrum Disorder: A Critical Review of Published Original Data. Parker SK, Schwartz B, Todd J, Pickering LK. Pediatrics. 2004;114(3):793-804. doi:10.1542/peds.2004-0434.

8. Principal Controversies in Vaccine Safety in the United States. DeStefano F, Bodenstab HM, Offit PA. Clinical Infectious Diseases : An Official Publication of the Infectious Diseases Society of America. 2019;69(4):726-731. doi:10.1093/cid/ciz135.

9. Medical Outcomes of Children With Neurodevelopmental Disorders After SARS-CoV-2 Vaccination: A Six-Month Follow-Up Study. Wang LJ, Tsai CS, Chou WJ, et al. Vaccine. 2023;41(29):4267-4273. doi:10.1016/j.vaccine.2023.05.067.

10. Genetic Risk Factors for Neurological Disorders in Children With Adverse Events Following Immunization: A Descriptive Study of a Polish Case Series. Charzewska A, Terczyńska I, Lipiec A, et al. International Journal of Molecular Sciences. 2023;24(2):1117. doi:10.3390/ijms24021117.

11. The Vaccine-Hesitant Moment. Larson HJ, Gakidou E, Murray CJL. The New England Journal of Medicine. 2022;387(1):58-65. doi:10.1056/NEJMra2106441.

12. Vaccination as a Cause of Autism-Myths and Controversies. Davidson M. Dialogues in Clinical Neuroscience. 2017;19(4):403-407.

13. Vaccine Safety: Myths and Misinformation. Geoghegan S, O'Callaghan KP, Offit PA. Frontiers in Microbiology. 2020;11:372. doi:10.3389/fmicb.2020.00372.


Friday, 21 November 2025

CUKA APEL (APPLE CIDER VINEGAR): FAKTA DAN AUTA

 



CUKA APEL (APPLE CIDER VINEGAR): FAKTA DAN AUTA


Pendahuluan

Cuka apel atau Apple Cider Vinegar (ACV) telah menjadi salah satu produk “kesihatan semula jadi” yang sangat popular di media sosial. Ramai mempromosikannya sebagai “superfood” yang boleh membantu menurunkan berat badan, merendahkan gula darah, mencegah kanser, melancarkan pencernaan, dan pelbagai dakwaan lain.

Namun, adakah semua ini benar? Dalam dunia kesihatan, popular tidak semestinya bermaksud terbukti benar secara klinikal. Artikel ini menghuraikan fakta dan auta mengenai ACV berdasarkan bukti saintifik daripada sumber perubatan bertauliah.


Apakah Apple Cider Vinegar?

Cuka berasal daripada frasa Perancis vin aigre, yang bermaksud “wain masam”. Rasa masam itu datang daripada asid asetik. Proses membuat cuka epal (apple cider vinegar) melibatkan konsep "controlled spoilage".

Yis akan menghadam gula dalam buah epal dan menukarnya menjadi alkohol. Seterusnya, sejenis bakteria bernama acetobacter menukarkan alkohol itu kepada asid asetik. Saya tidak mahu terlalu teknikal, tetapi proses ini dipanggil penapaian ("fermentation").

Mother” pula merujuk kepada gabungan yis dan bakteria yang terbentuk semasa proses penapaian. Jika anda melihat ke dalam botol cuka epal, anda boleh nampak jaluran atau serpihan “mother” terapung di dalamnya.

Ramai orang mengaitkan kesan kesihatan cuka epal kepada “mother”. Ada sedikit kebenaran kerana “mother” dikira sebagai probiotik. Namun, kepentingannya dari sudut kesihatan belum dibuktikan secara kukuh melalui kajian.

Selain probiotik, profil vitaminnya hampir sama dengan jus epal. Oleh itu, minuman masam ini mengandungi vitamin B dan polifenol (antioksidan berasaskan tumbuhan).

Cuka biasa adalah asid asetik yang dihasilkan terus dari fermentasi etanol. Ia tidak ada "mother" , vitamin dan polifenol seperti ACV. Kandungan asid asetik dalam cuka makan adalah antara 5-7% dan bewarna jernih, berbanding dengan kekuningan ACV.

Ringkasannya Apple Cider Vinegar dihasilkan melalui proses fermentasi dua fasa:

1. Jus epal menjadi alkohol melalui tindakan yis.

2. Alkohol bertukar menjadi asid asetik melalui tindakan bakteria.

Hasil akhirnya ialah larutan dengan kandungan asid asetik kira-kira 5%, iaitu komponen utama yang dikatakan menyumbang kepada kebanyakan manfaat ACV.

ACV dijual dalam dua bentuk:

  • Ditapis (jernih)
  • Dengan “mother” (mendap, keruh, mengandungi bakteria baik & yis)

Walaupun bentuk “mother” sering dianggap lebih “sihat”, bukti saintifik tidak menunjukkan perbezaan besar terhadap manfaat kesihatan.


Dakwaan Kesihatan (Yang Ada Sedikit Bukti)

Sesetengah manfaat ACV memang mempunyai asas bukti, tetapi kesannya kecil dan tidak dramatik seperti yang sering digambarkan. Kesannya tidak setara dengan ubat2an moden yang sudah mempunyai data keberkesanan dan keselamatan yang kukuh.

1. Mengawal paras gula darah (bukti kecil dan terhad)

Beberapa kajian kecil menunjukkan ACV mungkin membantu:

  • merendahkan postprandial glucose (gula selepas makan),
  • meningkatkan sensitiviti insulin sedikit.

Penting:
Kesan ini kecil dan bukan pengganti ubat diabetes.

2. Membantu sedikit dalam penurunan berat badan

ACV boleh memberi rasa kenyang, menyebabkan individu kurang makan 
Namun kesannya kecil, memerlukan pengambilan jangka panjang dan hanya berkesan bila digabungkan dengan diet seimbang dan aktiviti fizikal.

3. Antimikrob – lebih kepada kegunaan makanan

Asid asetik boleh menghalang pertumbuhan bakteria tertentu, tetapi bukti ini lebih kuat untuk pengawetan makanan dan bukan sebagai rawatan jangkitan atau antibakteria untuk tubuh manusia.


Mitos dan Overclaim (Auta Popular di Media Sosial)

1. “ACV boleh merawat atau mencegah kanser”

Tiada bukti klinikal manusia yang menyokong dakwaan ini. Kajian makmal praklinikal tidak sama dengan rawatan sebenar untuk manusia.
MD Anderson Cancer Center secara jelas menyatakan ACV tidak merawat kanser dan tidak boleh menggantikan rawatan onkologi.

2. “ACV boleh merawat darah tinggi”

Tidak ada bukti kukuh bahawa ACV boleh menurunkan tekanan darah secara klinikal.

3. “ACV boleh detox badan dan buang toksin”

Mitos sepenuhnya.
Hati dan buah pinggang kita sudah mempunyai sistem detoks yang sangat berkesan.Tiada kajian menunjukkan ACV “membersihkan” badan dari toksin. Istilah detoks yang digunakan oleh pengamal rawatan alternatif tidak menepati maksud yang dipersetujui oleh komuniti perubatan moden.

4. “ACV menyembuhkan diabetes”

ACV tidak menyembuhkan diabetes. Ia hanya memberi kesan kecil kepada gula darah dan tidak menggantikan ubat.

5. “Lebih banyak ACV lebih baik”

Tidak benar. Pengambilan berlebihan membawa keburukan, bukan manfaat.


Kesan Sampingan dan Keburukan ACV

Walaupun ACV selamat dalam kuantiti kecil, ia bukan tanpa risiko.

1. Hakisan enamel gigi

ACV sangat berasid dan boleh menghakis enamel jika diambil tanpa cukup pencairan.

2. Iritasi tekak dan esofagus

Pengambilan ACV pekat boleh menyebabkan pedih dan luka kecil pada tekak dan esofagus.

3. Gangguan perut

Sesetengah individu mengalami kembung, loya dan refluks lebih teruk.

4. Pengurangan paras kalium

Ada kes laporan paras kalium rendah akibat pengambilan ACV berlebihan.

5. Interaksi ubat

ACV boleh berinteraksi dengan ubat diabetes, diuretik dan ubat jantung tertentu.


Tidak Boleh Menggantikan Rawatan dan Ubat Hospital

Ini bahagian paling penting.

ACV bukan:

  • rawatan kanser,
  • rawatan diabetes,
  • rawatan darah tinggi,
  • rawatan penyakit hati, buah pinggang, obesiti atau apa-apa penyakit kronik.

Institut kesihatan seperti MD Anderson dan UChicago menegaskan ACV tidak boleh dan tidak sepatutnya menggantikan terapi sains moden. National Centers for Complementary and Integrative Health (NCCIH) juga sependapat.


Mengapa ACV Dipromosikan Secara Berlebihan?

ACV sering dipromosikan secara berlebihan kerana ia murah, mudah dijual dan dikaitkan dengan masalah kesihatan popular seperti berat badan dan gula darah. Influencer dan penjual mengambil kesempatan kerana produk seperti ini cepat viral dan menguntungkan, walaupun bukti saintifiknya terhad. Label “semula jadi” juga membuatkan pengguna mudah percaya, lalu menjadikan ACV kelihatan seperti “ubat ajaib” walaupun manfaat sebenar hanyalah kecil.


Saranan kepada Yang Ingin Mencuba

Jika anda masih ingin mengambil ACV sebagai sebahagian gaya hidup sihat:

1. Gunakan dalam kuantiti kecil, 1–2 sudu teh hingga 1 sudu besar dan dicampur dalam segelas besar air

2. Jangan minum terus tanpa cair  untuk elak kerosakan gigi & iritasi tekak.

3. Gunakan dalam masakan, contoh: salad dressing, marinade lebih selamat dan sedap. Ia boleh menggantikan cuka biasa tetapi mungkin makanan yang dihasilkan mempunyai rasa berbeza.

4. Jika anda ada diabetes/darah tinggi, bincang dengan doktor terlebih dahulu, saya lebih sarankan anda kekal dengan ubat diabetes atau darah tinggi yang diberikan oleh doktor dan tidak mengambil risiko. Semulajadi bukan bermaksud lebih berkesan dan selamat.

5. Hentikan jika ada kesan sampingan, contohnya: pedih ulu hati, loya, gigi sensitif.

6. Jangan percaya testimoni penyembuhan . Testimoni bukan bukti saintifik.


Kesimpulan

Apple Cider Vinegar adalah bahan makanan yang boleh memberi sedikit manfaat dalam kawalan gula darah dan rasa kenyang, tetapi kesannya kecil dan tidak dramatik seperti yang digembar-gemburkan oleh pempengaruh kesihatan.

ACV tidak merawat kanser, tidak merawat darah tinggi, tidak menyembuhkan diabetes, dan tidak “detoks” badan.

Ia boleh digunakan dalam masakan menggantikan cuka biasa, tetapi bukan rawatan perubatan

Dato' Dr.Rushdan Noor

21hb Nov 2025


Rujukan 

  1. Healthline. 6 Proven Health Benefits of Apple Cider Vinegar.
    https://www.healthline.com/nutrition/6-proven-health-benefits-of-apple-cider-vinegar#acetic-acid

  2. UChicago Medicine. Debunking the Health Myths About Apple Cider Vinegar.
    https://www.uchicagomedicine.org/forefront/health-and-wellness-articles/debunking-the-health-benefits-of-apple-cider-vinegar

  3. MD Anderson Cancer Center. What Are the Health Benefits of Apple Cider Vinegar?
    https://www.mdanderson.org/cancerwise/what-are-the-health-benefits-of-apple-cider-vinegar.h00-159696756.html

  4. Exceed Health. Apple Cider Vinegar: Is It Worth the Hype and Taste?
    https://exceedhs.com/blog/blog/apple-cider-vinegar-is-it-worth-the-hype-and-taste


Tuesday, 18 November 2025

BILA "TOKOH ANTIVAKSIN" PUN AMBIL VAKSIN



Mereka bangga kononnya Amerika kini “dipimpin” ikon anti-Vaxx,Trump dan RFK Jr, lalu dijadikan hujah bahawa gerakan mereka semakin “diiktiraf”. Ironinya, kedua-dua figura yang dianggap mewakili mereka itu sendiri telah mengambil vaksin. Selama puluhan tahun antivaksin menjaja naratif bahawa vaksin menyebabkan autism, tetapi apabila RFK Jr berada di puncak pentadbiran kesihatan negara, dengan akses penuh kepada data nasional yang paling lengkap, dia tidak menemui apa-apa bukti pun untuk menyokong dakwaan tersebut. Apa maknanya? Maknanya ini adalah perjuangan palsu dan di hujungnya ada orang yang meraih keuntungan peribadi.

Malangnya, yang terus menjadi mangsa ialah masyarakat bawahan yang diperdaya, sedangkan tokoh rujukan mereka melonjak naik dalam karier dan poket semakin penuh. Kerja2 RFK-Jr sedang diambil aleh oleh pelapis2 dan rakan "seperjuangan". Cuba cari ada tak tokoh2 mereka yang tidak ada produk untuk dijual. Hingga ke hari ini kempen2 antivaksin Covid-19 dan lain2 vaksin diteruskan tanpa rasa bersalah.

Saya terjumpa posting lama ketika wabak Covid melanda negara kita, cuba perhatikan angka2 kematian akibat jangkitan dan hubungannya dengan status vaksinasi di screenshot pertama bawah (juga di ruang komen). Ini adalah kes bilangan kematian, belum lagi berbicara manfaat2 lain seperti mencegah jangkitan, mengurangkan komplikasi jangkitan dan lain2. Dari sudut agama, apa agaknya hukum orang yang berusaha menyebarkan maklumat salah hingga orang lain tak mahu ambil vaksin, dan kemudiannya mati akibat dari jangkitan. Ini baru satu jenis vaksin. Fikir-fikirkan....

Nota: Pada bulan Ogos 2021, lebih kurang 55% penduduk Malaysia sudah menerima vaksin. Jumlah kematian akibat Covid-19 di negara kita dalam anggaran 37,000 orang.

Dato' Dr.Rushdan Noor

19hb Nov 2025


https://www.yahoo.com/news/fact-check-yes-rfk-jr-214300381.html

https://www.nbcnews.com/politics/donald-trump/trump-gets-covid-vaccine-flu-shot-medical-exam-walter-reed-rcna236998











Sunday, 16 November 2025

AKHLAK SEBAGAI TERAS PEMIMPIN — BUKAN SEKADAR LABEL AGAMA

 AKHLAK SEBAGAI TERAS PEMIMPIN — BUKAN SEKADAR LABEL AGAMA

Melihat kepada apa yang berlaku dalam politik negara kita, semakin jelas bahawa akhlak mesti kembali menjadi syarat utama sebelum seseorang diberi amanah memimpin. Tanpa akhlak, apa jua jawatan hanya menjadi ruang perebutan kuasa.

Apabila sesebuah parti atau pertubuhan meletakkan label agama, ia datang dengan tanggungjawab moral yang lebih berat. Jika akhlak pendokongnya tidak mencerminkan nilai agama, maka agama itu sendiri yang tercemar di mata masyarakat.

Masalah bermula apabila pemimpin dipilih kerana populariti, bukan kerana integriti atau kebolehan memimpin. Seseorang boleh terkenal, petah bercakap dan pandai berdrama di media sosial, tetapi itu tidak bermakna dia layak mengurus manusia, dasar dan negara.

Apabila akhlak diketepikan, politik berubah menjadi medan serangan peribadi, fitnah dan manipulasi. Bukannya medan untuk membuktikan idea dan menyelesaikan masalah rakyat, tetapi medan untuk menonjolkan siapa paling kuat menjerit dan paling mahir menggunakan emosi.

Kita juga melihat normalisasi tingkah laku kasar, maki hamun, dan penghinaan yang seolah-olah dianggap strategi politik. Masalahnya, apabila pemimpin berkelakuan begitu, masyarakat ikut mencontohi. Budaya politik akhirnya meresap menjadi budaya masyarakat.

Apabila agama digunakan sebagai perisai politik, imej agama akan terheret dalam segala tindakan buruk ahli politik. Ironinya, agama akan disalahkan, bukan individu yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri.

Kita tidak boleh membina negara yang stabil jika pemimpin yang dipilih tidak berakhlak dan tidak kompeten. Akhlak menentukan integriti. Kompetensi menentukan keberhasilan. Dua-dua mesti berjalan bersama.

Pemimpin berakhlak bukan semestinya sempurna, tetapi mereka jujur, bertanggungjawab, tidak memfitnah, tidak menghina lawan, dan membuat keputusan berdasarkan fakta, bukan emosi atau tekanan parti.

Pemimpin kompeten pula memahami dasar awam, ekonomi, sosial, kesihatan dan tatakelola. Mereka bekerja, bukan sekadar berdrama atau mencipta sensasi untuk meraih sorakan pengikut.

Akhirnya, politik rosak bukan kerana agama, tetapi kerana manusia yang meninggalkan akhlak ketika memegang kuasa. Jalan keluar ialah mengembalikan dua perkara: akhlak dan keupayaan sebagai syarat minimum seorang pemimpin.

Jika kita tidak memperbetulkan asas ini, kita akan terus mengulangi kitaran yang sama — pemimpin popular naik, institusi rosak, rakyat menanggung akibat.


Dato' Dr.Rushdan Noor

17hb Nov 2025

RAKYAT MALAYSIA MULA AMBIL VAKSIN COVID-19 SELEPAS KAJIAN SIAP DIJALANKAN

 



Selalu kita dengar dakwaan bahawa rakyat Malaysia dijadikan “tikus makmal” dan vaksin COVID-19 diberi sebelum kajian dilakukan.

Hakikatnya, ini tidak benar. Semua vaksin COVID-19 yang digunakan di Malaysia sudah melalui kajian fasa 3, sudah dianalisa, dan sudah diluluskan agensi regulator antarabangsa sebelum program imunisasi Malaysia bermula.

Berikut penjelasannya.

1. Menjelang Disember 2020, 15 vaksin COVID-19 sudah berada di Fasa 3 (rujuk infografik)

Pada 14 Disember 2020, lebih daripada 15 calon vaksin telah memasuki ujian klinikal fasa 3, termasuk platform mRNA, viral vector, protein subunit, dan inactivated virus.

Ada vaksin yang sudah siap analisis interim. Ada yang sudah menyiapkan laporan penuh.

2. FDA meluluskan Pfizer untuk kecemasan pada 11 Disember 2020

U.S. FDA memberi Emergency Use Authorization (EUA) kepada Pfizer-BioNTech pada 11 Disember 2020

EUA ini bukan perkara baru. Ia telah wujud sejak 2004 bawah Project BioShield Act, digunakan untuk Ebola, H1N1 dan lain-lain ancaman sebelum COVID-19.

Boleh baca maksud EUA di pautan ini: https://www.minda2tinta.com/2021/08/vaksin-covid-19-benarkah-kita-bahan.html?m=1

3. WHO meluluskan Pfizer di bawah Emergency Use Listing (EUL) pada 31 Disember 2020

WHO memberi kelulusan EUL kepada vaksin Pfizer (Comirnaty) pada 31 Disember 2020

Diikuti oleh Moderna, AstraZeneca, J&J, Sinopharm, Sinovac dan lain-lain dalam minggu dan bulan berikutnya.

WHO hanya memberi EUL selepas data lengkap fasa 3 diserahkan.

4. Kajian fasa 3 diterbitkan dalam jurnal NEJM sebelum Malaysia mula vaksinasi

Kajian Vaksin Pfizer-BioNTech – diterbitkan 10 Dis 2020 (NEJM)

Kajian Vaksin Moderna – diterbitkan 30 Dis 2020 (NEJM)

Kajian ini menilai keberkesanan, keselamatan, kesan sampingan dan lain2 dan terbukti vaksin ini sangat berkesan dan selamat (Abstract kajian ini disertakan). Semua maklumat ini dibuka kepada orang awam untuk diakses. 

5. Malaysia memulakan program  vaksinasi Covid-19 hanya pada 24 Februari 2021,  2 bulan selepas semua data global tersedia

Orang pertama menerima vaksin di Malaysia ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (PM8) pada 24 Februari 2021

Ketika Malaysia mula vaksinasi:

a. Data fasa 3 sudah siap

b. FDA telah memberi EUA

c. WHO telah memberi EUL

d. Kajian sudah diterbitkan dalam jurnal perubatan utama

e. Puluhan juta dos sudah digunakan di negara lain (UK, USA, EU). Sejumlah 100 juta dos sudah diberikan kepada penduduk dunia.

Jadi adalah mustahil Malaysia ambil vaksin “sebelum kajian dibuat”.

RINGKASAN TIMELINE KELULUSAN VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kajian klinikal fasa 3 siap :   Disember 2020

FDA beri EUA : 11 Disember 2020

WHO beri EUL : 31 Disember 2020

Kajian Pfizer & Moderna keluaran NEJM: 10 & 30 Disember 2020

Malaysia mula vaksinasi : 24 Februari 2021

KESIMPULAN: Malaysia menerima vaksin selepas dunia melihat bukti kukuh keberkesanan dan keselamatan vaksin Covid-19.

Dato' Dr.Rushdan Noor

17hb Nov 2025

RUJUKAN

Polack FP, et al. Safety and Efficacy of the BNT162b2 mRNA Covid-19 Vaccine. New England Journal of Medicine, 2020, 383:2603–2615.
https://doi.org/10.1056/NEJMoa2034577

Baden LR, et al. Efficacy and Safety of the mRNA-1273 SARS-CoV-2 Vaccine. New England Journal of Medicine, 2021, 384:403–416.
https://doi.org/10.1056/NEJMoa2035389

U.S. Food & Drug Administration (FDA). Emergency Use Authorization for Pfizer-BioNTech COVID-19 Vaccine. Issued 11 December 2020.
https://www.fda.gov/emergency-preparedness-and-response/coronavirus-disease-2019-covid-19/pfizer-biontech-covid-19-vaccine

U.S. Food & Drug Administration (FDA). Emergency Use Authorization for Moderna COVID-19 Vaccine. Issued 18 December 2020.
https://www.fda.gov/emergency-preparedness-and-response/coronavirus-disease-2019-covid-19/moderna-covid-19-vaccine

World Health Organization (WHO). WHO issues its first emergency use validation for a COVID-19 vaccine (Pfizer/BioNTech). Published 31 December 2020.
https://www.who.int/news/item/31-12-2020-who-issues-its-first-emergency-use-validation-for-a-covid-19-vaccine

World Health Organization (WHO). Draft Landscape of COVID-19 Candidate Vaccines. December 2020 update.
https://www.who.int/publications/m/item/draft-landscape-of-covid-19-candidate-vaccines

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), KKM. (2021). Conditional Registration for Pfizer-BioNTech COVID-19 Vaccine. Approved 8 January 2021.
https://www.npra.gov.my

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) / Bernama. (2021). Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada 24 Februari 2021 (PM8 sebagai penerima pertama).Sumber berita rasmi melalui Bernama dan KKM.








Friday, 14 November 2025

LEBIH SEPARUH DARI PRODUK SUPLEMEN YANG DIKAJI TIDAK MENEPATI KANDUNGAN INGREDIEN YANG TERCATAT PADA LABEL

 


Inilah kebimbangan yang selalu saya tekankan apabila mengambil suplemen, pertama, adakah kita tergolong dalam kategori orang yang perlu ambil suplemen dan yang kedua adakah ingredien di dalam suplemen itu sama seperti yang tertera di label. Isu mengenai perbezaan dos, saya telah tulis di pautan ini: https://www.facebook.com/share/p/17euPy3toz/

Satu kajian diterbitkan dalam JAMA Network Open pada tahun 2022 mendedahkan masalah besar dalam industri suplemen, khususnya produk yang dipasarkan untuk “menyokong” atau “meningkatkan” sistem imun. 

Kajian ini menganalisis 30 produk suplemen imun yang dijual di platform e-dagang terkenal, dan hasilnya amat membimbangkan. Satu sampel setiap produk dibeli dan dianalisis menggunakan kaedah "liquid chromatography-mass spectrometry (LC-MS)" untuk menyemak sama ada bahan yang tersenarai pada label benar-benar dikesan, dan sama ada terdapat bahan tambahan yang tidak tersenarai (“hidden”) pada label. 

Lebih separuh (56%) daripada produk yang diuji tidak menepati kandungan sebenar seperti yang tertera pada label. 

Ada produk yang menyenaraikan bahan tertentu tetapi bahan itu langsung tidak dikesan dalam analisis makmal, manakala sebahagian lagi mengandungi bahan yang tidak pernah dinyatakan pada label (campur-palsu), situasi yang boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna.

Kajian menggunakan teknik makmal berketepatan tinggi (LC-MS), dan mendapati :

1. Sejumlah 17 daripada 30 produk mempunyai isu pelabelan. 

2. Daripada jumlah itu, 13 produk “misbranded” kerana kandungan sebenar tidak sepadan dengan label.

3. Manakala 9 produk mengandungi bahan tersembunyi (campur palsu) yang tidak didedahkan kepada pengguna. 

Walaupun kajian ini kecil tetapi boleh dijadikan titik mula untuk kajian lebih besar dan menyeluruh kerana keputusan dari kajian ini memang membimbangkan. Jika kajian melibatkan lebih banyak sampel produk, mungkin lebih banyak ketidakpatuhan dan ingredien tambahan ditemui. Masalah kawal selia dan pemantauan adalah isu besar. Sudahlah pengguna sering terpedaya dengan tuntutan pemasaran yang melampau ("overclaim"), kandungan sebenar produk mungkin tidak seperti yang diiklankan. 

Bayangkan jika produk itu dihasilkan sendiri oleh penjual.

Dalam konteks kesihatan awam, ini menunjukkan perlunya pengguna lebih berhati-hati bila memilih produk suplemen dan rujuk profesional kesihatan. Paling selamat dan murah adalah mengutamakan sumber nutrisi daripada makanan sebenar.

Nota tambahan: Ubat2 di bawah kategori ubat terkawal atau racun berjadual perlu mengesahkan keujudan bahan aktif (ujian identiti), dos (assay), ujian ketulinan dan lain2 syarat sebelum diluluskan. Syarat untuk produk suplemen dan ubat tradisional jauh lebih longgar dan tidak perlu sertakan bukti keberkesanan.

Dato' Dr.Rushdan Noor

15hb Nov 2025

RUJUKAN

Crawford C, Hurst R, Berry SH, et al. Analysis of Select Dietary Supplement Products Marketed to Support or Boost the Immune System. JAMA Network Open. 2022;5(8):e2226040. doi:10.1001/jamanetworkopen.2022.26040.