Pernah perasan tak, bila pakar perubatan di hospital merawat penyakit kronik, jarang mereka sebut istilah seperti keradangan, rintangan insulin, disfungsi mitrokondria, keseimbangan mikrobiom dan lain2. Sebaliknya, mereka guna bahasa mudah dan praktikal diabetes/kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, serta penanda klinikal seperti bacaan gula, kolesterol dan tekanan darah.
Bukan sebab pakar tak tahu ilmu perubatan dengan mendalam, tapi kerana mereka mahu berkomunikasi dengan berkesan dan mudah untuk difahami.
Macam mekanik kereta, dia takkan sebut “ketidakstabilan termodinamik”, tapi terus kata “spark plug rosak” atau "bateri lemah" supaya pelanggan faham apa yang perlu dibaiki.
BAHASA PEMASARAN PRODUK KESIHATAN
Sebaliknya, di satu pihak lagi, gemar menggunakan istilah saintifik yang kedengaran “ilmiah” seperti mitokondria lemah, rintangan insulin, detoks, leaky gut, gangguan metabolisma DNA, reset pankreas, keradangan sel kronik, gangguan mikrobiom, frekuensi kuantum dan pelbagai lagi istilah yang jarang atau tak pernah digunakan oleh pakar perubatan.
Sebagai contoh, ada yang mendakwa hampir semua penyakit berpunca daripada mitokondria lemah. Lalu mereka menawarkan ujian, suplemen atau terapi khas untuk “menguatkan mitokondria”. Hakikatnya, dalam perubatan moden, disfungsi mitokondria ialah keadaan genetik yang jarang berlaku dan bukan punca utama semua penyakit seperti yang didakwa. Begitu juga dengan istilah "leaky gut" dan lain2.
Istilah-istilah sebegini kebanyakannya bersifat longgar dan umum, malah ada yang dicipta sendiri dan tidak ujud dalam kamus perubatan moden.
Penggunaan istilah sebegini membuka ruang luas untuk mempromosikan pelbagai bentuk “penyelesaian”, berbeza dengan amalan perubatan moden.
BIDANG PERUBATAN ALTERNATIF DAN STRATEGI BAHASA PEMASARAN
Di luar bidang perubatan moden, wujud pelbagai cabang perubatan alternatif samada di dalam ataupun luar negara. Ramai pengamal perubatan alternatif di sini mengambil rujukan dari tokoh2 mereka di luar negara. Ramai pengasas perubatan alternatif bukan doktor perubatan, tetapi ideologi mereka sudah merebak masuk ke dalam komuniti perubatan moden. Jadi tak hairan kalau wujud doktor perubatan yang senada dengan mereka.
Bagi menonjolkan kelainan dan membina kredibiliti, mereka sering mencipta atau mengguna semula istilah saintifik yang kabur dan umum. Ada istilah yang bertindihan dengan perubatan moden tetapi ditafsir dan dikembangkan mengikut selera mereka. Ada yang membina teori atau konsep yang sukar dibuktikan benar, tetapi juga sukar dibuktikan salah, satu strategi yang membolehkan mereka terus memasarkan produk tanpa dapat dicabar dengan bukti klinikal.
PEDOMAN KEPADA KITA
Bila pakar perubatan bercakap guna bahasa mudah dan tidak menggunakan istilah2 sains yang canggih, itu bukan tanda mereka kurang tahu atau kurang mahir, tapi mereka menggunakan kaedah komunikasi yang jujur, beretika, dan mahu pesakit faham. Apabila pesakit faham dan rawatan yang disyorkan itu tepat berdasarkan prinsip EBM, manfaat ke atas pesakit lebih terjamin.
Yang patut kita waspadai ialah mereka yang banyak “menggoreng istilah saintifik” semata-mata untuk nampak hebat dan akhirnya mengesyorkan ujian, diet tertentu, menjual produk atau suplemen yang bukan sahaja belum terbukti berkesan, malah mungkin memudaratkan.
Pendekatan paling selamat adalah bertemu dengan doktor atau pakar yang beretika, pakar dalam bidang penyakit tersebut dan tidak ada kepentingan menjual produk2 pseudoperubatan.
Sentiasa semak latar belakang pengamal atau penulis dalam media sosial sebelum percaya, terlalu ramai coach2 kesihatan tidak bertauliah di media sosial menulis dan memberi nasihat yang salah.
Dato' Dr.Rushdan Noor
7hb Nov 2025
Pernah tak anda perasan, bila berjumpa pakar perubatan untuk penyakit kronik, jarang sekali anda dengar mereka sebut perkataan yang canggih2 seperti keradangan, rintangan insulin, mikrobiom, atau kelainan mitokondria?
Sebaliknya, doktor akan terus menggunakan istilah yang jelas dan praktikal seperti diabetes, darah tinggi, atau kolesterol tinggi, serta penanda klinikal seperti bacaan gula, kolesterol dan tekanan darah.
Bukan kerana pakar tidak tahu atau tidak faham konsep sains yang kompleks, tetapi kerana mereka memilih bahasa yang tepat dan mudah difahami pesakit.
Tujuan utama doktor ialah memastikan pesakit faham keadaan mereka dan tahu apa langkah rawatan yang perlu diambil, bukan untuk mempamerkan kehebatan melalui istilah saintifik supaya pesakit kagum.
Bayangkan seorang mekanik kereta yang memperbaiki kereta anda. Dia tahu kereta bergerak kerana prinsip pembakaran dalaman dan hukum termodinamik. Tapi bila pelanggan datang, dia takkan kata “enjin anda mengalami ketidakstabilan termodinamik dalam ruang pembakaran”. Sebaliknya dia akan kata, “spark plug rosak” atau “bateri lemah.”
Dengan bahasa yang mudah ini, pelanggan faham apa yang rosak dan kenapa ia perlu dibaiki.
BAHASA SAINS DAN BAHASA PEMASARAN
Berbeza dengan sesetengah golongan perawat yang gemar menggunakan istilah saintifik yang bunyinya saintifik seperti mitokondria lemah, detoks, mikrobiom terganggu, kebocoran usus, keradangan, kerintangan insulin, imun tak stabil dan lain2. Mungkin nak menimbulkan rasa kagum dan yakin kepada pelanggan.
Hakikatnya, istilah-istilah ini sering digunakan secara longgar dan lari dari konteks, yang penting dijelaskan dengan tahap keyakinan tinggi hingga pelanggan rasa kagum dan mempercayai.
Masalahnya, ramai pesakit tidak benar-benar faham maksud istilah tersebut. Bila tak faham, mereka juga tak tahu apa yang patut ditanya, angguk sudah la. Akhirnya, apa sahaja cadangan rawatan akan diterima bulat-bulat kerana sudah “terpesona” dengan bahasa saintifik yang kedengaran meyakinkan.
Apabila doktor bercakap dalam bahasa yang mudah, itu bukan tanda dia “kurang tahu”. Sebaliknya, itu tanda dia jujur, beretika, dan mahu pesakit faham, bukan mahu menjual produk.
Yang harus kita berhati-hati ialah individu yang terlalu banyak bercakap tentang istilah2 saintifik tetapi hanya cantik di luar tetapi banyak maklumat2 yang digoreng sekadar menyedapkan rasa. Kemudian menawarkan produk kesihatan atau suplemen yang tidak terbukti berkesan.

No comments:
Post a Comment