TULISAN DARIPADA BUAH FIKIRAN DATO' DR.RUSHDAN NOOR DALAM PELBAGAI ASPEK KEHIDUPAN KHUSUSNYA BIDANG PERUBATAN DAN ISU-ISU SEMASA
Friday, 1 December 2023
APABILA CIKGU, DOKTOR DAN USTAZ BERBUAL TENTANG PRODUK "OVERCLAIM"
Sunday, 26 November 2023
"DUNNING KRUGER EFFECT" : SI JAHIL YANG PERASAN DIA PANDAI
Friday, 24 November 2023
BAGAIMANA MENGENAL MADU YANG ASLI
Terdapat lebih daripada 300 jenis madu di dunia. Kualiti madu berbeza-beza mengikut jenis bunga, iklim,geografi dan juga bagaimana ianya diproses serta disimpan. Bahan paling banyak di dalam madu adalah gula, manakala air hanya merangkumi 18% sahaja. Inilah yang menyebabkan wujudnya ciri-ciri madu asli yang pekat.
BEBERAPA MAKLUMAT TENTANG MADU YANG ANDA PATUT TAHU
1. Seekor lebah menghasilkan 1 sudu kecil nektar sepanjang hayatnya. Seekor lebah terbang dengan kelajuan 12 batu sejam dan dalam satu trip mereka akan hinggap di 50-100 kuntum bunga untuk mengutip nektar.
2. Madu asli mempunyai banyak khasiat kesihatan sebab mengandungi air (18%), gula (40% fruktosa dan 30% glukosa) dan 12% lain2 bahan seperti vitamin, mineral, asid organik, fitonutrin, asid amino dan sebagainya.
3. Madu adalah berasid dengan PH 3.2-4.5. Ciri2 ini dapat merencat beberapa jenis bakteria.
4. Madu asli yang terbaik adalah madu yang tidak diproses, tidak dipanaskan dan diperolehi daripada kawasan yang tidak tercemar. Madu asli boleh menjadi kurang berkhasiat jika diproses dan disimpan dengan cara yang tidak betul.
5. Malangnya hampir 80% madu yang dijual di pasaran BUKAN madu asli
6. Madu tiruan adalah madu yang telah dicampurkan dengan lain-lain bahan seperti sirap, gula, kanji dan lain-lain.
7. Kaedah paling tepat untuk mengukur ketulinan madu adalah melalui ujian makmal menggunakan alat bernama HPLC MS MS** (ketepatan 98%).
** High Performance Liquid Chromatography Mass Spectrometry
10 KAEDAH (KURANG TEPAT) UNTUK MENGENAL MADU ASLI YANG BOLEH DILAKUKAN DI RUMAH
1. Madu asli mempunyai bau (mengikut jenis bunga yang menghasilkannya) dan tekstur yang unik (lembut)
2. Apabila menelan madu asli terasa kepanasan pada tekak.
3. Disebabkan oleh kandungan airnya sedikit tetapi gulanya tinggi, madu asli adalah pekat dan tidak menitis bila dituang, sebaliknya membentuk aliran yang tidak putus.
4. Titiskan madu atas kertas tisu dan madu asli lazimnya tidak meresap, sebaliknya madu yang dicairkan akan meresap ke dalam kertas tisu. Tetapi madu tiruan yang dipekatkan dengan gula tambahan juga kelihatan seperti madu asli.
5. Jika anda mecampurkan 2-3 titis cuka ke dalam madu dan berbuih, madu tersebut tidak seasli yang anda sangka.
6. Madu tiruan mengandungi lebih air dan boleh membeku (frozen) apabila disimpan pada suhu tahap beku, berbanding dengan madu asli, kandungan air juga membuatkan madu tiruan berbuih.
7. Madu asli boleh menjadi berkristal (crystallization) disebabkan oleh kandungan gula (fruktosa dan glukosa) yang tinggi apabila dipanaskan.
8. Semut tidak suka kepada madu asli sebab bau dan juga kepekatan madu asli yang membuat semut melekat padanya. Apabila madu menerima kelembapan dan kandungan air meningkat, kepekatannya menurun dan pada masa itu semut mula menghurung.
9. Ujian air (“water test”) dapat mengesan kandungan air yang tinggi di dalam madu tiruan. Penuhkan air di dalam gelas, tambah satu sudu madu ke dalam gelas, madu tiruan akan larut di dalam air dan kelihatan di sekeliling gelas. Madu asli akan mendap ke dasar gelas.
10. Ujian api ("flame test"). Tidak ramai yang mengetahui bahawa madu asli boleh menyalakan api. Ambil hujung mancis atau putik kapas ("cotton bud") dan celupkan di dalam madu, letakkan pada api, madu asli akan terbakar sedangkan madu tiruan tidak terbakar.
Banyak lagi petua dan ujian-ujian menguji ketulinan madu tetapi tidak ada satupun yang mempunyai ketepatan yang tinggi. Pakar madu mengesyorkan buat beberapa ujian berbeza untuk meningkatkan ketepatan ramalan.
Madu yang dicampurkan dengan sarang lebah BUKAN jaminan ketulinan, itu adalah strategi perniagaan.
DDr Rushdan Noor
26hb Nov 2023
https://bigislandbees.com/blogs/bee-blog/14137349-interesting-bee-honey-facts
https://food.ndtv.com/food-drinks/how-to-check-if-your-honey-is-pure-or-adulterated-1690779
https://www.wikihow.com/Verify-the-Purity-of-Honey
https://newzealandhoneyco.com/blogs/honey-articles/how-to-tell-if-honey-is-pure
Tuesday, 21 November 2023
EUGENE SHOEMAKER : SATU-SATUNYA MANUSIA YANG DIKEBUMIKAN DI BULAN
KESILAPAN BESAR KITA SEBAGAI PENGGUNA MEDIA SOSIAL
Tuesday, 14 November 2023
DITIDURKAN ? APA TU ?
1.https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6718855/
Sunday, 1 October 2023
TARDIGRADES : MAKHLUK PALING TAHAN LASAK
TARDIGRADES adalah sejenis haiwan yang sangat halus bersaiz 0.5 mm, ditemui di mana2 tempat yang berair. Ia adalah haiwan yang paling tahan lasak pernah wujud di dunia. Pertama kali ditemui oleh seorang pakar zoologi German bernama Johann August Ephraim pada tahun 1773 dan asalnya haiwan ini dikenali sebagai beruang air (water bear). Di bawah mikroskop, pergerakannya kelihatan seperti seekor beruang yang berjalan (lihat video).
Tardigrades boleh bertahan dengan suhu daripada -196 darjah hingga 150 darjah celcius. Ia juga dapat hidup dalam tekanan tinggi di tempat yang paling dalam di lautan sehingga tekanan 6000 atmospheres. Dia juga boleh hidup jika dihantar ke angkasa lepas. Tardigrade boleh bertahan dengan radiasi setinggi 5000 grays sedangkan manusia boleh mati hanya dengan 10 grays.
Ahli sains mendapati daya tahan yang dimiliki oleh Tardigrade adalah berpunca daripada gene yang terdapat di dalam selnya. Di samping kemampuan yang tinggi memperbaiki kerosakan DNA, terdapat sejenis protein bernama Dsup (damage suppressor) yang melindungi DNAnya seolah2 seperti perisai. Apabila DNA ini dilindungi, ianya tidak mudah rosak dan itulah punca ketahanan badan daripada semua bentuk ancaman terutama radiasi.
Ahli sains telah mengambil sel buah pinggang manusia dan memasukkan gene Dsup ini ke dalam DNA sel tersebut. Apabila sel yang telah menerima gene Dsup ini didedahkan kepada radiasi, mereka dapati sel ini lebih tahan lasak dan 40% kurang rosak berbanding dengan sel biasa.
Haiwan ini juga boleh hidup tanpa air selama beberapa tahun. Ia tidak mati sebaliknya mampu menghentikan perjalanan organ badannya untuk sementara. Ia boleh menghasilkan bahan bioglass yang mampu membekukan dirinya sendiri. Apabila bekalan air diberikan, bioglass ini akan cair dan ia kembali hidup. Gene yang mengkod bioglass ini dinamakan IDPs. Apabila gene ini dicantumkan dengan DNA sel bakteria dan kulat, ahli sains dapati IDPs ini melindungi bakteria dan kulat sehingga memiliki ciri2 yang sama seperti Tardigrades.
Kaedah yang digunakan untuk manipulasi, memotong, membuat salinan dan memindahkan gene daripada satu organisma kepada organisma yang lain boleh dilakukan melalui teknologi KEJURUTERAAN GENETIK. Dengan teknologi ini, mungkinkah satu hari nanti ahli sains mampu menghasilkan SUPERHUMAN ataupun SUPERHERO seperti yang kita saksikan di dalam filem2 yang ada pada hari ini. Ini mungkin dapat dilakukan dengan memasukkan gene2 yang istimewa daripada Tardigrades ke dalam gene manusia di peringkat embrio untuk menghasilkan manusia yang tahan lasak. Manusia tahan lasak ini juga boleh dilatih untuk menjadi angkasawan yang meneroka planet2 lain yang tidak boleh menampung kehidupan manusia biasa. Dengan perkembangan teknologi kejuruteraan genetik yang sangat pesat, apa yang nampak mustahil pada hari ini akan menjadi realiti pada masa akan datang. Tetapi pencapaian ini tidak akan dapat disaksikan oleh sesiapa sahaja yg hidup pada hari ini kerana masanya masih terlalu panjang.
Dato' Dr Rushdan Noor
30hb Julai 2023
https://www.gaia.com/article/scientists-propose-splicing-tardigrade-dna-with-humans
https://www.youtube.com/watch?v=thCuPSn7Hq4
Video Tardigrade
Friday, 22 September 2023
TUDUHAN LIWAT DARI KACA MATA ISLAM
Dato' Dr. Mohd Rushdan Md Noor
PENDAHULUAN
Politik Malaysia sedang dicemari oleh kaedah berkempen yang tidak sihat di mana serangan peribadi dijadikan senjata untuk menjatuhkan reputasi lawan. Kecaman, sindiran, makian dan tuduhan melulu seolah-olah menjadi mainan mulut dalam kalangan ahli politik dan juga pengikut masing-masing. Perkembangan ini sangat membimbangkan kerana dikhuatiri akan berpanjangan dan menjadi contoh yang tidak baik kepada generasi muda. Menuduh lawan politik melakukan hubungan di luar tabii dan juga mengaitkan seseorang dengan fahaman songsang adalah senjata yang digunakan bagi mengujudkan persepsi negatif kepada orang ramai agar menolak individu ataupun parti politik lawan.
Di antara ahli politik yang menjadi sasaran paling banyak serangan peribadi seumpama ini adalah Perdana Menteri kita, Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Serangan peribadi yang dikenakan ke atas beliau bukan baru tetapi sudah berlanjutan semenjak bertahun-tahun yang lalu. Pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas beliau dan salah satunya adalah sebagai seorang Peliwat. Kemuncak kepada serangan peribadi ini adalah ketika DSAI membuat pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke 12 di Parlimen pada 19hb September 2023.
Semasa DSAI membuat pembentangan di parlimen pada 19hb September 2023, berlaku kekalutan apabila salah seorang pemimpin pembangkang (PP , bukan nama sebenar) marah. Beliau marah kerana menuduh DSAI membuat kenyataan yang berniat tidak baik.Speaker dewan rakyat pada ketika itu telah memohon penjelasan dari DSAI dan kemudiannya berpuashati. Namun PP berterusan mendesak DSAI menarik balik perkataannya. Keadaan terus tegang dan dewan menjadi hiruk pikuk dan ketika itu terdengar PP menyebut "saya yakin Tambun (merujuk kepada DSAI) Peliwat". Tuduhan ini dilakukan berkali-kali.
Disebabkan PP gagal mematuhi arahan speaker, beliau diarahkan untuk keluar dewan. Sebagai tanda solidariti terhadap PP, pembangkang2 yang lain termasuk wakil dari parti PAS keluar dewan.
Tuduhan secara terbuka yang dilakukan oleh PP terhadap DSAI itu telah menjadi tajuk perbincangan yang hebat di media sosial. Ramai yang meluahkan rasa marah dan terkilan dengan sikap PP kerana menuduh DSAI sebagai peliwat secara terbuka yang turut disaksikan oleh berjuta orang penonton. Malahan terdapat pertubuhan bukan kerajaan yang mencadangkan agar PP diambil tindakan. Tidak kurang yang menuduh PP melakukan dosa Qazaf terhadap DSAI. Di samping itu bagi pihak pembangkang pula, tidak kurang juga yang mempertahankan tindakan pemimpin mereka.
Tulisan ini adalah reaksi dan pandangan peribadi saya tentang tuduhan liwat yang dilakukan ke atas DSAI sekian lama (dan juga kepada individu2 yang lain) dan kemuncaknya adalah pada sesi pembentangan parlimen pada 19hb September 2023. Ini bertujuan agar masyarakat kita memahami tentang beratnya perbuatan menuduh seseorang melakukan zina dan liwat tanpa bukti. Dengan harapan semoga kefahaman ini akan menjadi benteng kepada umat Islam dari terjerumus di dalam melakukan satu dosa besar yang sebelum ini tidak diketahui oleh ramai orang.
RINGKASAN PERBICARAAN KES LIWAT DSAI
Kedua-dua pertuduhan liwat ke atas DSAI adalah bertitik tolak daripada pengakuan oleh "mangsa". Kedua-dua "mangsa" dikenali oleh DSAI. Tidak ada seorang pun saksi adil yang sukarela menjadi saksi kejadian liwat tersebut. Jadi perbicaraan yang dilakukan adalah tertumpu kepada kedua-dua "mangsa" di bawah seksyen 377C (liwat secara paksa). Walaupun kedua-dua "mangsa" mengaku diliwat secara paksa, mereka masih terus berkomunikasi dan berinteraksi dengan tertuduh selepas tarikh kejadian. Hukuman penjara bagi tuduhan liwat pertama juga telah diketepikan oleh Hakim mahkamah persekutuan pada tahun 2004. Saya tidak ingin untuk menulis dengan lebih terperinci episod-episod perbicaraan kes liwat DSAI ini kerana daripada maklumat yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa DSAI dibicarakan oleh mahkamah sivil dan tidak dihukum mengikut hukum hudud. Malahan, apabila meneliti proses perbicaraan kedua-dua kes tersebut, terdapat banyak tanda tanya dan persoalan yang tidak terjawab. Tidak hairanlah mengapa ramai yang ragu-ragu dengan proses keadilan yang dilalui oleh DSAI.
HUKUM HUDUD
Mengikut hukum hudud, seseorang itu hanya boleh disabitkan kesalahan melakukan zina dan liwat jika di dalam mahkamah, dapat dikemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil yang menyaksikan perbuatan tersebut ataupun jika tertuduh mengaku dengan sukarela. Maka jelas menunjukkan di dalam Islam, tuduhan zina dan liwat bukan satu perkara yang mudah. Inilah tingginya keadilan yang dibawa oleh Islam kerana Islam berpegang kepada prinsip "lebih baik membebaskan seseorang yang bersalah daripada menghukum seseorang yang tidak bersalah". (1)
Wednesday, 13 September 2023
TELUR REBUS VS TELUR GORENG
TELUR REBUS VS TELUR GORENG
















