Minyak bijian (seed oils) sering dituduh sebagai punca keradangan, penyakit jantung dan pelbagai penyakit kronik. Tumpuan utama dakwaan ini biasanya tertumpu kepada linoleic acid (LA), iaitu sejenis asid lemak omega-6 yang merupakan komponen utama dalam minyak soya, minyak bunga matahari, minyak jagung dan beberapa minyak bijian lain. Kritikan terhadap LA berpunca daripada teori bahawa ia boleh ditukarkan kepada molekul yang mencetuskan keradangan dalam badan.
Namun, apabila dakwaan ini diuji melalui kajian manusia berskala besar, hasilnya tidak menyokong naratif tersebut. Meta-analisis melibatkan lebih 800,000 peserta mendapati pengambilan LA yang lebih tinggi dikaitkan dengan risiko kematian dan penyakit jantung yang lebih rendah, manakala satu lagi meta-analisis 30 kajian rawak terkawal menunjukkan peningkatan pengambilan LA tidak meningkatkan penanda keradangan dalam darah. Ini tidak bermaksud semua makanan yang mengandungi minyak bijian adalah sihat, tetapi ia menunjukkan bahawa linoleic acid itu sendiri mungkin telah menjadi mangsa kepada salah faham yang berulang kali disebarkan tanpa mengambil kira keseluruhan bukti saintifik yang ada.
Dato' Dr.Rushdan Noor
11hb Jun 2026
RUJUKAN
1. Linoleic Acid dan Mortaliti
Jun Li et al. 2020 Mortality Meta-analysis
Li J, Guasch-Ferré M, Li Y, Hu FB. Dietary intake and biomarkers of linoleic acid and mortality: a systematic review and meta-analysis of prospective cohort studies. American Journal of Clinical Nutrition. 2020;112(1):150–167. doi:10.1093/ajcn/nqaa102.
2. Linoleic Acid dan Keradangan
Hang Su et al. 2017 Inflammation Meta-analysis
Su H, Liu R, Chang M, Huang J, Jin Q, Wang X. Dietary linoleic acid intake and blood inflammatory markers: a systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. Food & Function. 2017;8(9):3091–3103. doi:10.1039/C7FO00433H.

No comments:
Post a Comment