Kerajaan telah mengumumkan cukai gula yang akan
dikenakan ke atas minuman yang mengandungi gula melebihi 5 gram bagi setiap 100
mls, begitu juga jus yang mengandungi lebih 12 gram gula bagi setiap 100 mls.
Ini akan berkuatkuasa pada 1hb Julai 2019. Harga minuman yang mengandungi gula
melebihi had yang ditetapkan dijangka akan naik.
MAKLUMAT TENTANG GULA DAN HAD PENGAMBILAN
Terdapat 2 jenis gula yang diambil oleh kita setiap
hari:
1. GULA SEMULAJADI yang diperolehi daripada makanan
seperti nasi, roti, mee,pasta,ubi,susu,sayuran dan buah-buahan. Nasi contohnya
adalah karbohidrat yang akan dihadamkan kepada unit asas gula iaitu glukosa.
Unit gula untuk susu adalah laktosa, manakala buah-buahan adalah fruktosa.
Sumber gula semulajadi ini juga mengandungi nutrient dan serat.
2. GULA TAMBAHAN yakni gula yang ditambah ke dalam
makanan dan minuman kita seperti gula pasir (sukrosa), susu pekat, sos dan
lain-lain. Gula tambahan adalah gula ringkas samada mono ataupun dwisakarida,
jadi ia lebih mudah masuk ke dalam aliran darah. Di samping itu ia tidak
mengandungi nutrient lain. Jadi gula tambahan tidak menyihatkan.
Sebenarnya gula tambahan TIDAK diperlukan oleh tubuh
badan kita kerana gula semulajadi sudah cukup sebagai sumber tenaga dan lain2
fungsi organ badan. Kita menggunakan gula tambahan untuk menyedapkan minuman
dan makanan.
HAD PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN
Berapakah had pengambilan GULA TAMBAHAN sehari:
1. WHO telah menghadkan pengambilan gula tambahan
sehari sebanyak 5% daripada jumlah kalori (dari sumber karbohidrat, protein dan
lemak). Jika jumlah kalori yang diambil adalah 2000 kalori, maka gula tambahan
tidak boleh lebih daripada 100 kalori (1 gm gula menghasilkan 4
kalori,100kalori adalah 100/4 = 25 gram, 6 sudu teh). Jadi had pengambilan
adalah 25 gm ataupun 6 sudu teh sehari.
2. Pertubuhan Jantung Amerika pula menghadkan
pengambilan gula tambahan sehari mengikut jantina iaitu:
a. Lelaki : 150 kalori sehari (150/4= 37.5 gm, 9 sudu teh)
b. Wanita: 100 kalori sehari (100/4=25 gm, 6 sudu teh)
Satu sudu teh = 4.2 gram gula
a. Lelaki : 150 kalori sehari (150/4= 37.5 gm, 9 sudu teh)
b. Wanita: 100 kalori sehari (100/4=25 gm, 6 sudu teh)
Satu sudu teh = 4.2 gram gula
CONTOH : RUJUK GAMBAR
Saya ambil contoh salah satu jenama air botol yang ada
di pasaran HausBoom, rujuk gambar label maklumat pemakanan yang tertera pada
botolnya:
1. Satu botol mengandungi 275 mls air ( satu hidangan
)
2. Jumlah gula di dalam satu botol minuman itu adalah 32.7 gram
3. Jumlah gula di dalam 100 mls air adalah 11.9 gram (32.7/275 x 100 = 11.9 gm)
2. Jumlah gula di dalam satu botol minuman itu adalah 32.7 gram
3. Jumlah gula di dalam 100 mls air adalah 11.9 gram (32.7/275 x 100 = 11.9 gm)
Maka kandungan gula di dalam setiap 100 mls air sudah
melebihi 5 gm dan tentu akan dikenakan cukai gula. Jika anda meminum satu botol
satu hari, anda sudah mengambil 32.7 gram gula yakni sudah melepasi had pengambilan
gula tambahan untuk satu hari. Ini belum lagi mengambil kira jumlah gula
tambahan yang terkandung di dalam minuman dan makanan lain yang anda ambil pada
hari tersebut. Daripada aspek kesihatan, apa yang lebih penting adalah jumlah
gula yang diambil sehari. Semoga dengan adanya cukai gula ini, ia akan memberi
lebih sebab mengapa anda perlu menghadkan pengambilan gula. Pada waktu yang
sama, pengilang pula akan cuba menghasilkan produk mengandungi gula tambahan
yang lebih rendah.
No comments:
Post a Comment