Wednesday, 5 August 2026

LAGI KAJIAN TERBARU (TERBITAN 2026) MENOLAK TUDUHAN VAKSIN PUNCA AUTISM



LAGI KAJIAN TERBARU (TERBITAN 2026) MENOLAK TUDUHAN VAKSIN PUNCA AUTISM

Kajian kohort retrospektif terbesar di Amerika Syarikat setakat ini yang melibatkan 2,560,035 kanak-kanak menggunakan pangkalan data rekod kesihatan elektronik (Cosmos EHR) mendapati bahawa pemberian dos pertama vaksin MMR sebelum umur 2 tahun tidak meningkatkan risiko autisme. Selepas mengambil kira 29 faktor yang boleh mengelirukan (confounders), analisis menunjukkan adjusted hazard ratio (aHR) 0.976 (99% CI 0.921–1.034; p=0.272), menunjukkan tiada perbezaan risiko autisme antara kanak-kanak yang menerima vaksin MMR dan yang tidak. Dapatan ini mengukuhkan lagi bukti daripada pelbagai kajian besar terdahulu bahawa vaksin MMR bukan penyebab autisme, sekali gus menyokong keselamatan program imunisasi kanak-kanak. 

RUJUKAN

Burstain, T. L., Jacques, D., & Burstain, J. M. (2026). Association Between First MMR Vaccination Before Age 2 Years and Childhood Autism in a U.S. EHR Cohort of 2.5 Million Children. Vaccine Reports. (Versi preprint: A Comprehensive Evaluation of Childhood Autism Risk from MMR Vaccination in 2.5M Children). SSRN. https://doi.org/10.2139/ssrn.6139617 

Dato' Dr.Rushdan Noor

6hb Ogos 2026

No comments:

Post a Comment