Friday 14 August 2020

PRODUK "DETOK" YANG MENGANDUNGI PELAWAS BOLEH MENYEBABKAN MELANOSIS COLI

Produk yang kononnya boleh DETOK, membuang toksin atau menguruskan badan boleh mengandungi bahan pelawas ataupun laksatif. Pakar usus telah mendapati bahawa pengambilan ubat pelawas secara berpanjangan boleh menyebabkan lapisan dalam kulit usus menjadi kehitaman. Keadaan ini dinamakan MELANOSIS COLI. Bahan pelawas mungkin dimasukkan ke dalam produk herba ataupun teh yang kononnya untuk DETOX tubuh badan. Bukan sahaja istilah Detok ini disalahgunakan, tetapi juga boleh menyebabkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Boleh rujuk di pautan bawah untuk membaca tulisan saya mengenai Detok di sini : DETOK : FAKTA ATAU AUTA 

Ubat pelawas contohnya dari kumpulan Anthranoid ( cth: Senna), Bisacodyl, Diphenylmethane dan lain2 apabila diambil akan bertukar kepada bahan aktif yang boleh merosakkan sel dinding usus. Dalam jangkamasa panjang, sel-sel usus ini akan mati dan menghasilkan bahan berpigmen bernama lipofuscin yang akan diambil oleh sel makrofaj. Lapisan dinding usus besar menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas setahun berhenti mengambil ubat pelawas. Ubat pelawas mungkin boleh ditemui di dalam produk2 herba dan teh yang didakwa boleh membersihkan usus, membuang toksin (DETOK) dan menurunkan berat badan. Berhati-hati apabila mengamalkan produk2 ini kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Sila dapatkan nasihat doktor jika ingin mengambil apa2 produk kesihatan selain dari yang disediakan oleh pihak hospital.

Cuba lihat video di bawah yakni perbandingan antara usus yang normal (kiri)  dengan usus yang mengalami Melanosis Coli (kanan). Pada pandangan anda, yang manakah kelihatan BERKERAK?


Dato' Dr Rushdan Noor

15hb Ogos 2020


https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK493146/

https://www.healthline.com/health/melanosis-coli

http://www.pathologyoutlines.com/topic/colonmelanosis.html

https://www.sciencedirect.com/topics/medicine-and-dentistry/melanosis-coli


No comments:

Post a Comment