Saturday 1 August 2020

AHLI SAINS MEMBESARKAN OTAK MONYET MENGGUNAKAN GENE OTAK MANUSIA



Ahli Sains percaya saiz otak manusia terutama pada bahagian Neocortex dipengaruhi oleh gene yang dikenali sebagai ARHGAP11B. Gene ini hanya ditemui pada manusia dan bertanggungjawab di dalam proses evolusi otak yang berlaku berjuta tahun. Gene ini boleh meransang sel stem otak untuk menghasilkan lebih banyak sel stem yang diperlukan untuk membesarkan otak manusia. Fakta ini ditemui daripada kajian ke atas tikus yang menerima gene ini melalui kejuruteraan genetik. Neocortex adalah bahagian otak manusia yang mengawal kemampuan manusia seperti berfikir, mengetahui, ingatan, pertimbangan dan menyelesaikan masalah.

Untuk melihat kesan yang lebih jelas ke atas saiz otak, sekumpulan ahli sains daripada Jepun dan German telah membuktikan bahawa gene ini bila dimasukkan ke dalam embrio sejenis monyet yang dinamakan Marmoset menyebabkan saiz Neocortexnya dapat dibesarkan. Disebabkan oleh isu etika, embrio monyet ini tidak dibiarkan membesar hingga boleh hidup. Ia dikeluarkan selepas 100 hari dan otaknya dikeluarkan untuk kajian di makmal negara German. Menggunakan tisu ataupun gene manusia untuk kajian ke atas spesis lain adalah serius dan melibatkan etika dan moral.

Jika dibiarkan monyet ini hidup adakah ia akan menjadi seekor monyet yang mempunyai kemampuan otak yang lebih tinggi daripada monyet2 lain termasuk fungsi kognitif yang lebih baik. Perkara ini belum dapat dipastikan kerana kajian ini masih terlalu awal dan dihentikan separuh jalan. Adakah satu masa nanti akan wujud haiwan primate pintar seperti cerita The Planet of The Apes.

Dato' Dr Rushdan Noor
1hb Ogos 2020

RUJUKAN

Michael Heide, Christiane Haffner, Ayako Murayama, Yoko Kurotaki, Haruka Shinohara, Hideyuki Okano, Erika Sasaki and Wieland B. Huttner. Human-specific ARHGAP11B increases size and folding of primate neocortex in the fetal marmoset,. Science, 2020 DOI: 10.1126/science.abb2401

https://www.sciencedaily.com/releases/2020/06/200618150301.htm


No comments:

Post a Comment