Sejarah sudah membuktikan, setakat ini gabungan parti politik bukan solusi untuk perpaduan ummah.
Apabila parti-parti yang mempunyai asas perjuangan hampir sama berebut kelompok pengundi yang sama, perebutan kuasa tidak dapat dielakkan.
Peringkat awalnya baik tapi kemudian mereka berbalah, berpecah dan akhirnya ada yang keluar dan menubuhkan parti baharu.
Parti politik mungkin bersatu di atas pentas, tetapi kalau budaya politik masih mengapi-apikan sentimen kebencian, perkauman dan permusuhan, masyarakat di bawah tetap berpecah.
Gabungan parti akhirnya hanya menjadi gabungan untuk kuasa orang politik di atas, tetapi perpecahan rakyat di bawah terus berlaku.
Jangan kita keliru antara perpaduan rakyat dengan perpaduan pemimpin politik.
Pemimpin boleh duduk semeja apabila kepentingan politik memerlukan, tetapi rakyat terus dipaksa memilih siapa yang perlu dibenci.
Inilah politik yang perlu kita tolak.
Perpaduan sebenar bukan apabila parti-parti bergabung untuk mendapatkan kuasa, tetapi apabila rakyat boleh berbeza pilihan tanpa bermusuh, mencurigai dan memutuskan persaudaraan.
Tiada makna parti politik bersatu tetapi rakyat hidup dalam ketegangan dan perpecahan.Jangan satukan parti untuk memecah-belahkan rakyat; satukan rakyat walaupun mereka berbeza parti.
Jika diberi pilihan untuk memilih wakil rakyat atau pemimpin, pilih berdasarkan keupayaan bekerja, akhlak yang baik dan yang boleh menyatukan rakyat.
Dato' Dr.Rushdan Noor
14hb Ogos 2026

Good write up during this trying time in Malaysian politics. Teringat kata Ali Abi Talib r.a, PEMIMPIN YG DI PILIH MERUPAKAN REFLEKSI RAKYAT’ . Rakyat marhaen jg perlu tahu dalam sistem demokrasi, pemilihan pemimpin seperti kata penulis berdasar keupayaan berkerja, berilmu dlm kepimpinan, berakhlak & berintegriti bukan berlatarbelakang bangsa maupun agama. Rakyat jg perlu tahu, parti bukan sesuatu entiti agama yg perlu di patuhi membabi buta. Malahan kenyataan2 dari parti berteras agama hanya lah merupakan kenyataan2 politik dan bukan fatwa yg mesti d patuhi…
ReplyDeleteSetuju dengan pendapat tuan.
Delete