Showing posts sorted by relevance for query Teori konspirasi. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query Teori konspirasi. Sort by date Show all posts

Tuesday, 15 October 2019

TEORI KONSPIRASI : LEBIH AUTA DARI FAKTA



Konspirasi bermaksud perancangan rahsia ataupun persetujuan di antara seseorang ataupun kumpulan untuk tujuan memudaratkan orang lain ataupun kumpulan lain melalui kaedah yang selalunya bertentangan dengan undang-undang. Rahsia ini disimpan di dalam pengetahuan individu ataupun kumpulan yang terlibat itu sahaja. Manakala teori pula adalah satu maklumat ataupun kesimpulan yang belum disahkan benar, walaupun ianya lojik.

Maksud teori konspirasi adalah penerangan mengenai sebab berlakunya sesuatu perkara melalui penjelasan yang berbeza daripada yang apa yang dipegang/dilakukan oleh pihak yang terlibat. Penjelasan ini tertumpu kepada satu plot ataupun rancangan jahat yang tersembunyi tanpa bukti yang kukuh. Kebanyakan teori konspirasi ini mempunyai bukti yang lemah jika dibandingkan  bukti yang dibawa oleh pihak yang benar. Maka teori konspirasi ini bolehlah disamakan statusnya dengan gossip atau khabar angin. 

Kebanyakan teori konspirasi ini bermula daripada pendapat peribadi seseorang yang asalnya tersimpan di dalam mindanya, kemudian dicetuskan kepada orang ramai sehingga ianya tersebar luas. Pendek kata teori konspirasi bukan berasaskan kepada bukti yang kukuh tetapi lebih kepada kepercayaan ataupun persepsi. Kebanyakan teori konspirasi diwujudkan untuk menjatuhkan pihak lain terutama untuk tujuan politik ataupun untuk tujuan lain seperti pengaruh, kuasa, kewangan dan juga populariti.Orang yang menyebarkan teori konspirasi ini menggunakan lojik dan orang yang mendengar tidak dapat menafikan lojik tersebut melainkan yang mendengar itu adalah pakar di dalam bidang yang berkenaan.




Individu yang memulakan teori konspirasi ini mungkin mempunyai tujuan menjatuhkan pihak lain ataupun ianya wujud akibat daripada tanggapan/prasangka peribadi. Tanggapan peribadi yang berbentuk prasangka ini boleh disebabkan oleh masalah personality seseorang di mana orang tersebut mempunyai masalah paranoia ataupun buruk sangka akibat daripada perasaan benci yang keterlaluan. Ia juga boleh merupakan manifestasi masalah psikologi dinamakan “psychological projection” iaitu mekanisma mempertahan dan menutup kelemahan diri sendiri dengan memprojeksi sesuatu perasaan dan emosi tidak baik kepada orang lain ataupun pihak lain. Menyalahkan orang lain dan bukan mencari jalan untuk membantu diri sendiri, sedangkan yang mengalami konflik adalah dirinya sendiri. 

Teori konspirasi boleh bersifat setempat ataupun antarabangsa melibatkan banyak pihak. Ia juga boleh melibatkan hanya satu kejadian ataupun banyak kejadian yang bersangkutan sehingga ia boleh melibatkan masa yang panjang dalam sejarah. Individu yang mencipta teori konspirasi (conspiracy theorist) ini beranggapan mereka adalah seorang yang istimewa dan mendapat kelebihan mengetahui lebih banyak perkara berbanding daripada orang lain. 

Ada juga individu yang hanya menjadi pengikut kepada "conspiracy theorist" (individu yang mencipta teori konspirasi) dan membantu menyebarkan konspirasi tersebut. Teori konspirasi boleh berpotensi menghuru-harakan dunia jika teori itu menggalakkan keganasan. Teori konspirasi juga menyebabkan penyebaran maklumat palsu berbentuk keburukan tentang sesuatu yang sepatutnya memanfaatkan manusia. Contoh terbaik adalah kes pembunuhan beramai-ramai di New Zealand akibat kepercayaan terhadap “white genocide theory”, begitu juga trajedi di El Paso membunuh 22 orang pendatang Mexico, di mana orang yang terlibat (Patrict Crucius) telah diyakinkan dengan idea bahawa orang berkulit putih bakal dihapuskan di dunia oleh pendatang. Teori konspirasi juga mengujudkan kumpulan antivaksin dan antiperubatan moden. 

Teori konspirasi seringkali digunakan oleh ahli politik, contohnya Presiden Amerika Donald Trump menggunakan teori konspirasi untuk membina pengaruh politiknya, di antara salah satu teori konspirasinya adalah Barack Obama tidak dilahirkan di Amerika dan yang terbaru adalah dakwaan kematian Jeffrey Epstein yang mati membunuh diri dikaitkan dengan bekas presiden Bill Clinton. Dengan pengikut akaun twitter beliau berjumlah lebih 60 juta orang, beliau boleh menyebarkan teori konspirasi dengan berkesan.

Di antara kejadian dan perkara yang menjadi tumpuan utama teori konspirasi adalah yang melibatkan kematian orang yang terkenal, aktiviti kerajaan, politik, teknologi baru, terorisma, perubatan dan juga kehidupan makhluk asing. Ada juga yang berkaitan dengan agama sehingga maklumat daripada teks agama digunakan untuk menjustifikasikan dan mereka-reka teori konspirasi. Di antara contoh2 teori konspirasi yang kekal hidup hingga sekarang adalah kes pembunuhan John F Kennedy, pendaratan roket Apollo 1969 di atas bulan dan kejadian serangan pengganas 9/11. Walaupun dunia sudah diberikan bukti yang kukuh tentang kejadian-kejadian di atas, namun masih berlegar bermacam teori konspirasi seperti kononnya pendaratan Apollo ke bulan adalah palsu dan komplot dalaman Amerika yang meruntuhkan bangunan world trade centre (9/11), bukan akibat hentaman kapalterbang yang dirancang oleh pengganas.  Teori konspirasi juga menyebabkan wujudnya golongan bumi leper dan antivaksin. Terdapat juga golongan pengamal perubatan alternatif yang menggunakan teori konspirasi untuk menjatuhkan reputasi Perubatan moden dengan mengaitkan ubat-ubatan moden dengan agenda Syarikat Farma besar di dunia.

Disebabkan oleh perkembangan teknologi maklumat dan media sosial yang pesat, sebarang teori konspirasi sangat mudah disebarkan dan cepat mempengaruhi orang ramai. Ia mampu mempengaruhi bukan sahaja orang biasa tetapi juga selebriti, ahli politik dan ada juga ahli2 akademi serta agamawan. Dengan penglibatan selebriti, ahli politik dan individu yang berpengaruh di dalam penyebaran teori konspirasi ini, ia telah menarik ramai pengikut dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Majoriti teori konspirasi adalah palsu dan tidak mempunyai bukti yang kukuh. Walau bagaimanapun berlaku juga keadaan di mana sesuatu dakwaan yang asalnya dianggap teori konspirasi kemudiannya dibuktikan benar. Tetapi keadaan ini sangat jarang berlaku.Salah satu daripada teori konspirasi yang kemudiannya didapati benar adalah skandal Watergate. Walau bagaimanapun ada yang beranggapan skandal Watergate tidak sepatutnya dikategorikan sebagai teori konspirasi sebaliknya merujuk kepada “investigative journalism” atau “historical analysis”. Beberapa lagi teori konspirasi yang didapati benar adalah berita FDI mengintip pergerakan penyanyi Beatle iaitu John Lennon dan syarikat rokok menyembunyikan bukti merokok dengan kanser paru-paru selama berpuluh-puluh tahun sebelum diketahui ramai 1990an. Apabila sesuatu teori konspirasi itu didapati benar kemudiannya, ia tidak lagi dianggap satu teori,sebaliknya satu konspirasi yang tulin.

Teori konspirasi berkembang disebabkan terlalu banyak maklumat yang berlegar dalam kalangan ramai manusia dengan kebebasan manusia untuk memberi pendapat tanpa batasan tidak kira latarbelakang. Ahli Sosiologi berpendapat individu yang mencetuskan teori konspirasi ini mendapat kepuasan daripada tindakannya dengan kaedah meletakkan kesalahan kepada pihak lain dan menampakkan dirinya  seolah-olah seorang yang perihatin dan sedang melakukan tanggungjawab sosial. 

Seorang ahli Fizik telah membuat perkiraan tentang apakah jarakmasa untuk menyebarkan teori konspirasi kepada orang ramai sebelum ianya berkesan, contohnya teori konspirasi vaksin memerlukan pendedahan kepada 22,000 orang selama 3 tahun. Pendek kata kejayaan mempengaruhi orang ramai bukan terletak kepada kebenaran dan kekuatan bukti tetapi kepada berapa ramai orang dan berapa lama masa penyebaran maklumat yang palsu tersebut disebarkan .

Setakat ini senarai teori konspirasi yang diwujudkan oleh individu dan kumpulan tertentu sangat panjang dan anda boleh klik pada pautan berikut (senarai teori konspirasi) untuk membaca sebahagian daripadanya. Malahan di Malaysia sendiri terdapat banyak teori konspirasi yang disebarkan oleh individu dan golongan tertentu berkaitan dengan kejadian yang berlaku seperti kejadian MH370 dan MH17. Contohnya mengenai kehilangan MH370, terdapat banyak teori dan salah satu daripadanya adalah ianya disorok di tempat tertentu dan kemudian keluar sebagai MH17 yang kemudiannya ditembak jatuh untuk tujuan politik. Teori konspirasi boleh melibatkan perkara kecil hinggalah sebesar-besarnya dalam pelbagai bidang seperti Politik, Perniagaan, Ekonomi, Perubatan, Sains teknologi, Sukan, Makhluk asing dan lain-lain lagi. 

Kepada orang awam, anda perlu berhati-hati dan sedar tentang kewujudan teori konspirasi dan individu-individu yang menjadi pencetus teori konspirasi. Ada di antara mereka mengambil kesempatan di atas populariti diri sendiri untuk menyebarkan maklumat yang salah tentang sesuatu perkara demi untuk kepentingan diri sendiri. Kaedah yang berkesan untuk mencegah daripada terpengaruh daripada mempercayai teori-teori konspirasi ini adalah dengan menanam sikap teliti semasa menapis sesuatu maklumat dan mengetahui latar belakang pemberi maklumat. Anda hendaklah tidak mudah mempercayai sebarang maklumat yang diberikan oleh orang yang bukan pakar di dalam bidang berkenaan. Contohnya jika bidang tersebut adalah Perubatan, maka yang layak menulis dan bercakap tentang Perubatan adalah pakar Perubatan, begitu juga bidang lain seperti agama, politik, undang-undang, sains dan lain-lain. Tidak ada manusia yang pakar di dalam semua bidang, sedangkan Albert Einstein yang mempunyai IQ 160 mempunyai kepakaran hanya di dalam bidang fizik dan bukan di dalam lain-lain bidang. Jika terdapat tulisan ataupun video yang mendakwa sesuatu perkara, selidiki dahulu maklumat tersebut dengan menyemak siapakah yang menyebarkannya dan apakah latarbelakang mereka. Jika anda tidak pasti siapa yang menyebarkannya , adalah lebih baik jangan dikongsikan maklumat tersebut dengan orang lain. Jika tidak anda berkemungkinan menjadi salah seorang penyebar teori konspirasi dan satu hari nanti anda boleh menjadi pentaksub dan pencetus teori konspirasi baru.


Dato'Dr.Mohd Rushdan Md Noor
16hb Oktober 2019




https://www.readersdigest.com.au/true-stories-lifestyle/12-crazy-conspiracy-theories-actually-turned-out-be-true?



Thursday, 12 June 2025

TEORI KONSPIRASI : ANTARA FAKTA, FANTASI DAN ANCAMAN

 


Pernah dengar teori macam “manusia tak pernah sampai ke bulan”, HAARP boleh mengawal cuaca dan menguasai minda manusia dan virus Covid-19 ciptaan makmal ? Inilah di antara banyak lagi kepercayaan yang kita panggil teori konspirasi, kepercayaan bahawa ada pihak berkuasa (kerajaan, syarikat besar, atau individu kaya) yang merancang sesuatu secara rahsia untuk tujuan jahat, agenda tersembunyi atau mengawal manusia serta dunia.
ADAKAH TEORI KONSPIRASI INI BENAR ?
Kajian mendapati lebih dari 90% dari teori konspirasi adalah palsu dan mainan minda semata2. Jadi, hanya kurang dari 10% teori konspirasi didapati benar. Di antara teori konspirasi yang kemudiannya didapati benar adalah skandal Watergate di Amerika dan Projek MK- Ultra CIA.
Kesimpulannya teori konspirasi ini lebih banyak auta dari fakta. Majoriti adalah palsu, tanpa bukti kukuh dan berdasarkan andaian ataupun spekulasi.
BAGAIMANA TEORI KONSPIRASI INI MUNCUL
Teori konspirasi muncul apabila berlaku kejadian2 besar (contoh : peperangan, wabak penyakit, bencana besar dan lain2), peristiwa2 yang sukar difahami dan kekurangan maklumat yang jelas ataupun kebenaran yang tidak dapat diterima.
SIAPAKAH PENCETUS TEORI KONSPIRASI
Apabila wujud keadaan2 yang tersebut di atas, akan ada individu ataupun kumoulan yang akan mencipta teori konspirasi. Individu ini mungkin hanya melayan imaginasi beliau dan melayan perasaan ingin tahu. Manakala kumpulan orang yang mencipta teori konspirasi ini mungkin mempunyai agenda tersembunyi untuk tujuan2 tertentu seperti mengujudkan ketegangan, hilang kepercayaan, memecahbelahkan dan mengalih perhatian.
APAKAH CIRI2 PERIBADI SEORANG YANG MENCIPTA TEORI KONSPIRASI
Individu yang mencipta teori konspirasi dikenali sebagai 'conspiracy theorist' (CT). Terdapat kajian psikologi dan sosiologi yang meneliti keperibadian individu2 yang taksub dengan teori konspirasi. Di antara dapatan dari kajian ini individu2 yang menjadi CT ini mempunyai kecenderungan2 tertentu, di antaranya:
1. Kurang kepercayaan kepada pihak lain atau institusi
2. Mindanya mudah terbuka kepada kepercayaan pelik
3. Mudah cemas, syak wasangka atau paranoia
4. Pemikitan konspiratif atau cenderung untuk mentafsir sesuatu peristiwa dari sudut tyang berbeza dari orang lain dengan menganggap ujudnya agenda tersembunyi dalam apa sahaja yang berlaku.
5. Keinginan untuk merasa diri itu lebih istimewa ataupun unik dari orang lain
6. Rasa tidak berkuasa ("powerlessness"), merasa sistem politik, ekonomi, atau sosial tidak memihak kepada mereka, teori konspirasi menjadi cara untuk memahami dunia.
APAKAH CIRI2 PERIBADI ORANG YANG MUDAH MEMPERCAYAI TEORI KONSPIRASI
Satu meta-analisis bertajuk "Who believes in conspiracy theories? A meta-analysis on personality correlates." telah dijalankan dan disiarkan dalam jurnal Journal of Research in Personality pada tahun 2022.
Ringkasan hasil kajian:
Meta-analisis ini menunjukkan bahawa orang yang lebih cenderung mempercayai teori konspirasi biasanya menunjukkan ciri-ciri berikut:
1.Percaya kepada pseudoscience (ilmu sains palsu)
2.Mempunyai ciri paranoia (prasangka yang keterlaluan)
3. Mempunyai ciri schizotypy (satu klaster pemikiran yang menyerupai schizophrenia tetapi lebih ringan, contoh: pemikiran dan kepercayaan yang pelik, isolasi sosial, prasangka, kesukaran menjalinkan hubungan dll)
3.Narsisistik
4.Terlalu spiritual
5.Tahap kebolehan kognitif yang lebih rendah (kognitif adalah keupayaan memahami dunia sekeliling, membuat keputusan dan belajar)
Meta-analisis ini tidak bermaksud semua orang dengan ciri-ciri tersebut pasti mempercayai teori konspirasi, tetapi secara statistik, mereka lebih berkemungkinan untuk mempercayainya. Kajian ini melihat korelasi, bukan hubungan sebab-akibat.
Tidak semua orang yang spiritual, atau dengan tahap kognitif rendah mempercayai konspirasi. Ini adalah corak umum, bukan pernyataan mutlak. Perkara2 luar biasa boleh berlaku dengan kehendak dari Allah swt tetapi sumbernya mesti datang dari quran dan sunnah bukan dicetuskan oleh sebarangan orang.
Faktor sosio-politik dan budaya juga memainkan peranan besar, yang tidak semestinya dijelaskan oleh faktor psikologi semata-mata.
KENAPA TEORI KONSPIRASI TERUS DISEBARKAN
Hingga ke hari ini teori2 konspirasi terus disebarkan dan bukan sedikit yang telah terpengaruh termasuk golongan2 yang dianggap terpelajar dan beroengaruh. Ada beberapa sebab mengapa teori konspirasi terus tersebar:

1. Penyebar merasa unik dan istimewa, percaya sesuatu yang “orang lain tak tahu”.
2. Kepuasan emosi, teori ini mudah difahami, lebih ‘seronok’ daripada fakta saintifik yang rumit.
3. Media sosial, platform seperti Facebook, TikTok & YouTube menyediakan ruang yang besar untuk teori ini tular tanpa semakan fakta dan sekatan undang2. Menggunakan teori konspirasi sebagai kontent boleh menarik ramai pembaca dan peminat.
4. Teori konspirasi boleh memenuhi kehendak sesuatu pihak meyebarkan ideologi dan pengaruh atau mencapai agenda mereka yang tersembunyi.
5. Keuntungan wang ringgit diperolehi melalui jualan buku tentang teori konspirasi. Tidak sedikit teori konspirasi dicetuskan oleh penulis buku.

KEBURUKAN TEORI KONSPIRASI
Sebahagian teori konspirasi boleh membawa implikasi yang buruk kepada masyarakat, manakala ada juga teori2 konspirasi yang tidak membawa apa2 mudarat. Berikut adalah beberapa potensi kemudaratan yang boleh diakibatkan oleh teori konspirasi:
1. Pecah-belahkan masyarakat akibat salah faham kaum/agama/negara
2. Membawa bahaya kesihatan dan nyawa, contoh: tolak vaksin, rawatan COVID-19
3. Merugikan ekonomi & pendidikan akibat hilang kepercayaan terhadap sains, ubat moden, atau fakta sejarah
4. Boleh digunakan untuk manipulasi politik, rakyat mudah dikawal dengan ketakutan dan maklumat palsu.Contohnya beberapa teori konspirasi yang digunakan oleh Donald Trump untuk menarik pengundi, antaranya "Obama bukan warganegara US dan sokongan senyap terhadap QAnon dll".
5. Menyuburkan penyebaran maklumat palsu dan salah faham.
10 CONTOH TEORI KONSPIRASI YANG POPULAR
Berikut ialah 10 teori konspirasi terkenal di seluruh dunia, beserta ringkasan dan (jika diketahui) pencetus atau penyebar awalnya:
1. Pendaratan di Bulan adalah Palsu (Moon Landing Hoax)
Teori: Pendaratan manusia di Bulan oleh NASA pada 1969 adalah palsu dan hanya satu rakaman studio.
Pencetus: Buku "We Never Went to the Moon" (1974) oleh Bill Kaysing, bekas pekerja syarikat berkaitan industri angkasa.
2. Serangan 9/11 adalah Konspirasi Dalaman (Inside Job)
Teori: Serangan 11 September 2001 dirancang atau dibiarkan oleh kerajaan AS untuk alasan politik dan ekonomi.
Pencetus: Kumpulan seperti Loose Change (2005 – dokumentari buatan Dylan Avery)
3. Chemtrails
Teori: Garisan wap pesawat di langit mengandungi bahan kimia rahsia untuk kawalan minda, populasi, atau cuaca.
Pencetus: Teori mula beredar pada akhir 1990-an, tiada individu spesifik, tetapi banyak disebarkan di forum dalam talian seperti AboveTopSecret.
4. COVID-19 adalah Konspirasi Global
Teori: Virus SARS-CoV-2 direka di makmal sebagai senjata biologi atau direka untuk mengawal populasi melalui vaksin.
Pencetus: Teori awal muncul di media sosial dan disokong oleh tokoh seperti David Icke dan penyokong teori "plandemic".
5. Teori Bumi Rata (Flat Earth Theory)
Teori: Bumi adalah rata, dan semua gambar angkasa adalah palsu.
Pencetus: Teori ini wujud sejak zaman dahulu, tetapi moden dipopularkan oleh Flat Earth Society (abad ke-19 dan diperbaharui sejak 2000-an).
6. Teori Illuminati
Teori: Satu kumpulan elit rahsia (Illuminati) mengawal dunia dari belakang tabir – politik, ekonomi, hiburan.
Pencetus: Bermula dari kumpulan sebenar "Bavarian Illuminati" (1776), tapi versi moden dipopularkan oleh Robert Anton Wilson dalam novel satira "The Illuminatus! Trilogy" (1975).
7. Teori New World Order (NWO)
Teori: Terdapat rancangan global untuk membentuk satu kerajaan dunia autoritarian yang menghapuskan kebebasan individu.
Pencetus: Berkembang dari teori anti-Mason dan anti-Komunis sejak Perang Dingin; dipopularkan oleh penulis seperti Alex Jones (Infowars).
8. Pembunuhan JFK adalah konspirasi
Teori: Presiden John F. Kennedy dibunuh bukan oleh Lee Harvey Oswald sahaja, tetapi sebagai sebahagian daripada konspirasi oleh CIA, FBI, mafia, atau kerajaan AS sendiri.
Pencetus: Buku "Rush to Judgment" (1966) oleh Mark Lane.
9. Teori HAARP (Kawalan Cuaca dan Minda)
Teori: HAARP (projek kajian ionosfera) digunakan untuk mengawal cuaca, menyebabkan gempa bumi, atau mengawal fikiran manusia.
Pencetus: Buku "Angels Don't Play This HAARP" oleh Nick Begich Jr. (1995).
10. Paul McCartney Sudah Mati
Teori: Paul McCartney dari The Beatles telah mati dalam kemalangan pada 1966 dan digantikan dengan penyamar.
Pencetus: Spekulasi bermula pada 1969 melalui stesen radio WKNR-FM (Amerika Syarikat), dan disebarkan melalui media dan peminat.
KESIMPULAN
Teori konspirasi memang mengujakan dan seronok dibaca tetapi kebanyakannya bukan berasaskan fakta dan boleh membawa kesan buruk dalam kehidupan. Terdapat korelasi antara personaliti seseorang dengan kecenderungan untuk mencipta dan mempercayai teori konspirasi. Sebagai orang awam, jangan mudah percaya dan sebarkan. Belajarlah berfikir secara kritikal dan semak sumber sebelum kita kongsi sesuatu. Di samping itu, bukan semua yang pelik itu konspirasi, kadangkala ia cuma salah faham dan kurang maklumat.
Boleh baca dengan lebih lanjut tentang teori konspirasi klik di sini.
Dato' Dr.Rushdan Noor
13hb Jun 2025
Lukasz Stasielowicz. Who believes in conspiracy theories? A meta-analysis on personality correlates, Journal of Research in Personality,Volume 98,2022,104229,
ISSN 0092-6566

Monday, 23 November 2020

TEORI KONSPIRASI COVID-19 : APA YANG ORANG AWAM PERLU TAHU


Dalam setiap kejadian besar yang berlaku di dunia pasti akan muncul bersamanya teori konspirasi. Sebenarnya perkataan "teori" ini kurang tepat kerana majoriti yang dikatakan "teori" konspirasi ini didapati tidak benar ataupun tidak pernah terbukti jadi perkataan yang lebih sesuai adalah hipotesis ataupun khabar angin/gossip. Tapi saya gunakan juga istilah teori konspirasi sebab sudah digunakan secara meluas.

Golongan atau individu yang mencetuskan teori konspirasi ini dikenali sebagai "Conspiracy Theorist" (CT). Cerita2 yang disebarkan oleh CT ini kalau dibaca memang seronok dan macam lojik tetapi kebanyakannya berdasarkan prasangka dan imaginasi semata2. Yang menjadi masalahnya, bila kita kata dakwaan mereka itu tidak ada bukti, jawab mereka memanglah tak ada bukti sebab ada "cover up". Jadi kita tak boleh berhujah dengan "tak ada bukti". Daya imaginasi CT kadangkala pergi terlalu jauh dan yang mendengar/membaca rasa kagum dengan "dalamnya" ilmu dan "jauhnya" pandangan mereka (kononnya la).

Pandemik Covid-19 yang berlaku pada masa ini adalah salah satu kejadian besar, maka seperti biasa  sibuklah juga  Conspiracy Theorist membuat kerja mereka menyebarkan berbagai cerita sehingga ada diantaranya tidak terlintas di fikiran orang yang rasional. Kajian Universiti Corneal ke atas 38 juta rencana mengenai Covid-19 yang ditemui dalam media, 1.1 juta adalah rencana yang mengandungi maklumat palsu. Dari jumlah 1.1 juta rencana itu, 46% adalah teori konspirasi. Begitulah besarnya pengaruh teori konspirasi Covid-19 di dalam Infodemik.

Sekarang mari kita lihat beberapa teori konspirasi yang dikaitkan dengan Covid-19. Terdapat banyak TEORI KONSPIRASI yang disebarkan mengenai Covid-19, di antaranya adalah seperti berikut:

1. Covid-19 adalah senjata biologi yang dicetuskan oleh negara China

2. Virus Covid-19 (SARs-CoV-2) ini tidak wujud mengikut seorang conspiracy theorist bernama David Icke dan Alex Jones. Mereka mengatakan virus ini adalah plot elit2 dunia untuk menakluk dunia dan menarik balik kebebasan penduduk dunia. Ini kononnya mempunyai kaitan dengan agenda New World Order atau Deep State.

2. Covid-19 jauh lebih ringan dari demam selesema dan sudah ada ubat ajaib (miracle drugs) yang boleh menyembuhkannya.

3. Virus Covid-19 disebarkan melalui rangkaian 5G. Puak antivaksin menokok tambah bahawa logam yang terdapat dalam vaksin bertindak sebagai antena manusia ("human antenna") untuk menyebarkan virus melalui gelombang elektromagnetik.

4. Covid-19 ini sengaja diwujudkan untuk membantu agenda Bill Gates menggunakan vaksin untuk mencuri data dan mengawal penduduk dunia melalui microchips digital yang dimasukkan ke dalamnya. Begitu tinggi sekali daya imaginasi mereka khususnya golongan antivaksin.

5. Virus Covid-19 adalah ciptaan makmal China di Wuhan (kajian menunjukkan 30% rakyat Amerika percaya dengan teori konspirasi ini).

6. Tentera Amerika yang membawa masuk virus Covid-19 ke negara China. Ini dianggap reaksi balas konspirasi teori negara China ke atas tuduhan Amerika.

7.   Anti-GMO mencipta teori konspirasi mengatakan produk GMO berupa tanaman  mengandungi gene yang dimodifikasikan telah menyebabkan berlakunya pencemaran gene dan menggalakkan pembiakan virus Covid-19. 

8. Covid-19 adalah plot syarikat besar farmaseutikal. Dalam apa sahaja isu2 besar kesihatan, syarikat farmaseutikal pasti tidak terlepas dari sasaran conspiracy theorist dan antivaksin. Golongan2 antivaksin dan Dr.Quack seperti Dr.Mercola menggunakan tuduhan ini untuk mempromosi kaedah rawatan mereka sendiri yang berdasarkan pseudosains seperti pil ajaib, vitamin dan lain2.

9. Kadar kematian Covid dan statistik2 sebenar tentang pandemik Covid ini tidak didedahkan sepenuhnya dan bukan gambaran sebenar. Semuanya untuk sengaja membesar2kan pandemik ini.

10. Vaksin Covid-19 yang menggunakan m-RNA akan menyebabkan molekul ini masuk ke dalam nukleus dan merosakkan DNA manusia. 

11. Elit2 Amerika di dalam "Deep State" menggunakan Covid-19 untuk tujuan mengambil aleh Presiden Amerika dan Dr.Anthony Fauci adalah salah seorang yang terlibat.

Terdapat banyak lagi teori konspirasi tentang Covid-19 dan apa yang penting kita jangan terjebak dan terpengaruh dengan dakwaan2 ini walaupun yang menyampaikannya adalah individu yang berpengaruh termasuk oleh doktor perubatan. Terdapat ramai yang bergelar doktor terlibat di dalam menyebarkan teori konspirasi dan jangan terkejut kalau bertemu dengan doktor antivaksin dan doktor yang jadi "conspiracy theorist".

Teori konspirasi terhadap Covid-19 boleh memberi impak yang negatif kerana ia bukan setakat maklumat palsu atau separuh masak, tetapi akibat dari kepercayaan kepada teori ini, ia akan disusuli oleh perbuatan. Contoh yang baik adalah teori konspirasi yang mengatakan Covid-19 lebih ringan dari demam selesema menyebabkan President Donald Trump menggunakanya sebagai alasan untuk melambat2kan polisi mitigasi semasa menangani serangan hebat Covid-19. Antivaksin yang sebahagiannya bertitik tolak dari teori konspirasi boleh menyebabkan orang enggan mengambil vaksin dan akibatnya liputan vaksin menjadi rendah.

Maklumat yang salah ini boleh sampai kepada golongan2 lain yang berpengaruh seperti tokoh agama, artis, selebriti dan ahli2 politik. Ia boleh mempengaruhi keputusan sesebuah kerajaan untuk mengawal wabak. Orang ramai yang terpengaruh pula akan mengambil ringan dan mengamalkan petua2 yang salah untuk menangani Covid-19. Akhirnya boleh menggagalkan perjuangan kita melawan pandemik Covid-19.

Sebagai orang awam, kita kena sedar tentang kewujudan teori konspirasi ini supaya tidak terpengaruh dengannya. Walaupun terdapat teori konspirasi yang kemudiannya didapati benar tetapi bilangannya sangat kecil. Majority teori konspirasi adalah khabar angin dan mitos disebarkan oleh golongan2 yang ada kepentingan. Ada di antaranya akan kekal lama, manakala yang lain lenyap begitu saja. 

Maka ambillah pendirian yang sama dengan pertubuhan2 serta organisasi2 kesihatan yang diiktiraf seperti WHO, CDC, KKM, Institusi2 Akademik dan juga pertubuhan2 NGO yang mewakili pandangan badan2 yang diiktiraf ini. Selidiki betul2 setiap tulisan dan klip2 video yang disebarkan, cari siapa dan pihak mana yang menghasilkannya sebelum anda percaya dan menyebarkannya.

Jika anda berminat untuk mengetahui secara lebih mendalamtentang TEORI KONSPIRASI yang ditulis dalam bahasa melayu yang mudah difahami, rujuk tulisan saya di bawah ini:

TEORI KONSPIRASI : LEBIH AUTA DARI FAKTA


Dato' Dr. Rushdan Noor

23hb Nov 2020






RUJUKAN

https://theconversation.com/coronavirus-conspiracy-theories-are-dangerous-heres-how-to-stop-them-spreading-136564

https://allianceforscience.cornell.edu/blog/2020/04/covid-top-10-current-conspiracy-theories/

https://www.google.com/amp/s/www.nytimes.com/2020/10/07/technology/Trump-conspiracy-theories.amp.html

https://www.newscientist.com/term/conspiracy-theories/

https://www.minda2tinta.com/2019/10/teori-konspirasi-lebih-auta-dari-fakta.html?m=1

https://www.scientificamerican.com/article/eight-persistent-covid-19-myths-and-why-people-believe-them/

https://www.google.com/amp/s/www.statista.com/chart/amp/23105/share-of-coronavirus-misinformaton-identified-as-conspiracy-theories/

Friday, 22 October 2021

BAHAYA SIKAP TAKSUB KEPADA TEORI KONSPIRASI

 



Saya dapati salah satu masalah besar yg dihadapi oleh sebahagian ahli masyarakat kita adalah terlalu percayakan kepada teori konspirasi. Apabila mengikuti perbincangan dan tulisan oleh golongan yang menentang penggunaan vaksin contohnya, kita boleh dengar banyak hujah2 konspirasi yang diutarakan. Begitu juga dengan teori2 konspirasi yang dikaitkan dengan penyakit Covid-19. Fenomena ini sebenarnya tidak terhad kepada Covid-19  tetapi kepada hampir apa sahaja kejadian-kejadian besar yang berlaku di dunia.


Individu2 yg terjebak dan taksub dengan teori konspirasi ini bukan sahaja sukar untuk dipulihkan tetapi juga seringkali mengalami tekanan perasaan akibat obses dan prasangka. Mereka menjadi paranoid dan takut kepada banyak insiden2 yg berlaku di sekeliling mereka hingga hidup mereka tidak tenteram. Mereka jadi risau dan adakalanya marah serta kadangkala berpotensi untuk bertindak di luar batas. Salah satu ciri2 mereka adalah "immune to evidence" maksudnya berilah apa sahaja bukti, pendirian mereka tidak akan berubah.


Tidak keterlaluan jika dikatakan ketaksuban kepada teori konspirasi ini boleh dianggap satu masalah kesihatan mental. Saya tidak pasti di bawah kategori apakah pentaksub teori konspirasi ini patut diletakkan dalam jenis2 pesakit mental. Pakar2 psikologi berpendapat salah satu punca seseorang menjadi pentaksub teori konspirasi adalah manifestasi masalah psikologi dinamakan “psychological projection” iaitu tindakbalas mempertahan diri untuk menutup kelemahan diri sendiri dengan memprojeksi sesuatu perasaan serta emosi tidak baik kepada orang lain ataupun pihak lain.


Anda jangan pula salah faham, saya bukan melabel semua org yg percaya teori konspirasi ini mempunyai masalah mental. Sebaliknya saya hanya merujuk kepada individu2 yang terlalu percaya kepada teori konspirasi sehingga mengubah sikap dan memberi kesan kepada kualiti hidup mereka. Ada pun selainnya, hanya terpengaruh seperti mana orang2 lain yang terpedaya dengan cerita palsu. 


Tidak dapat dinafikan bahawa kita perlu mempunyai sikap waspada dan peka  terhadap ancaman2 atau konspirasi musuh supaya kita sentiasa bersedia dan dapat melindungi. Walaubagaimana pun kepekaan itu  hendaklah berlandaskan kepada maklumat yang betul dan bukti2 yang cukup. Malangnya teori konspirasi bukanlah rujukan yang betul dan kajian sudah mengesahkan hanya peratusan yang sangat kecil teori2 ini (saya tidak setuju dgn perkataan "teori" tetapi sepatutnya "khabar angin") didapati benar2 sebuah konspirasi.


Hari ini penyebaran teori konspirasi terlalu luas sehingga ramai yang terpengaruh disebabkan oleh sikap kurang teliti dan mudah percaya. Hatta, golongan2 yang berkedudukan juga tidak terlepas seperti  ahli politik, pemimpin pertubuhan, agamawan, doktor perubatan, peguam, guru, selebriti dan lain2. Mereka ini mungkin tidak tergolong dalam kategori pentaksub tetapi mereka boleh membawa pengaruh yang besar kepada masyarakat kerana mereka dikenali dan ramai penyokong.


Agaknya kita perlu memasukkan matapelajaran teori konspirasi ini di dalam silibus pendidikan anak2 kita di sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk menyedarkan bakal generasi akan datang ini tentang bahaya teori konspirasi. Ianya sama penting dengan pengetahuan tentang jenis2 scam dan pseudosains. Bimbang masa depan generasi akan datang menjadi masyarakat yang lemah daya fikir, suka berprasangka dan  mundur ke belakang.


Saya ada membuat pembacaan yg agak mendalam tentang teori konspirasi dan saya kongsikan hasil bacaan saya itu di laman blog saya. Di dalam tulisan itu, saya kongsi juga jenis2 teori konspirasi, bagaimana mengenalinya, puncanya dan lain2. Jika anda ada kelapangan, boleh membaca di pautan bawah :

TEORI KONSPIRASI : FAKTA ATAU AUTA  


Sebahagian teori konspirasi tentang Covid-19 ada dinyatakan di pautan bawah: 

TEORI KONSPIRASI COVID-19


MITOS DAN MAKLUMAT PALSU COVID-19 DAN VAKSIN



Dato' Dr.Rushdan Noor

23hb Okt 2021

Friday, 11 October 2019

MENGAPA MASIH RAMAI YANG PERCAYA BUMI ITU LEPER




Walaupun kepercayaan bumi berbentuk leper telah dibuktikan SALAH atau KARUT oleh Ahli-Ahli Sains Fizik dan Astronomi,namun komuniti bumi leper ini semakin berkembang termasuk di negara maju seperti Amerika. Jangan terkejut jika di antara individu2 yang mendokong ideologi bumi leper ini termasuk dalam kalangan selibriti dan tokoh2 masyarakat yang ada pengaruh. Saya ada membaca satu rencana yang menulis mengapa kepercayaan bumi leper ini terus hidup dan berkembang. Saya percaya mungkin 10-15% daripada sahabat2 facebook saya masih ragu bahawa bumi ini berbentuk sfera atau lebih tepatnya "oblate spheroid" ataupun mereka sudahpun merupakan ahli komuniti bumi leper.

Seperti yang saya tulis di dalam posting yang lalu bahawa apabila tersalah pilih guru, tersalah masuk kumpulan dan taksub kepada kepercayaan yang ditanam di dalam kumpulan itu, maka apa sahaja jenis maklumat yang disampaikan akan dipegang oleh ahli kumpulan tersebut. Media sosial terutama youtube dan facebook memainkan peranan yang sangat besar di dalam mengembangkan kepercayaan bumi leper ini. Mereka boleh wujudkan filem dokumentari mereka sendiri dan banyak siri bual bicara/tv show dan sesi "ilmiah" yang dikendalikan oleh "guru2" mereka disiarkan sehingga pengikut merasa kagum dan terpengaruh. Mereka juga mempunyai pertubuhan antarabangsa, buletin dan majalah bumi leper yang diterbitkan.

Walaupun kepercayaan bahawa bumi leper ini tidak memudaratkan, tetapi berkembangnya kepercayaan ini menjadi petunjuk semakin tergugatnya kewibawaan komuniti ahli2 sains moden yang membawa ilmu yang lebih tepat berdasarkan bukti saintifik yang objektif. Ia juga petujuk kepada kurangnya kepercayaan terhadap sistem pendidikan dan badan2 kerajaan. Hari ini yang menjadi penentu sesuatu kebenaran nampaknya bukan lagi bukti yang kukuh tetapi bagaimana sesuatu kepercayaan itu dapat disebarkan secara berkesan melalui media masa dan media sosial untuk mempengaruhi orang ramai. Ianya seperti satu bentuk peperangan siber di mana yang menang tidak semestinya benar dan yang kalah tidak semestinya palsu.

Bagi komuniti bumi leper yang saban hari mendapat maklumat dari rakan2 mereka serta media sosial tajaan guru2 mereka, mereka melihat komuniti bumi sfera dan ahli2 sains moden sama seperti mana pengikut2 ahli sains moden melihat mereka. Maksudnya mereka yakin penuh dengan kepercayaan bumi leper sebagaimana ahli kumpulan bumi sfera mempercayai bumi itu berbentuk sfera. Cuma perbezaan yang ketara adalah mereka tidak berjaya membuktikan pegangan mereka secara saintifik dan objektif berbanding dengan pihak yang satu lagi di mana sudah ada bukti yang sangat kukuh termasuk melihat sendiri bentuk bumi dari angkasa lepas. Komuniti bumi leper menggunakan hujah pseudosains dan teori konspirasi untuk mempertahankan kepercayaan mereka.Penerangan menggunakan teori konspirasi ini lebih meyakinkan pengikut2 mereka lebih2 lagi jika yang bercakap itu seorang yang berpengaruh dan yang mendengar itu pula tidak mempunyai asas ilmu yang kukuh.

Di antara teori konspirasi yang digunakan oleh pejuang bumi leper adalah penipuan pihak NASA di dalam menghasilkan imej bumi dengan menggunakan photoshop, menggunakan camera lensa lebar dan alat GPS dimanipulasikan sehingga juruterbang nampak seolah2 bumi itu sfera. Ada juga percaya pinggir bumi ini disempadani oleh bongkah ais setinggi 150 kaki dan dikawal oleh agen2 NASA agar ia tidak dirobohkan oleh manusia dan jatuh ke bawah. Bagi mereka graviti adalah ilusi dan tidak wujud, yang berlaku adalah bumi ini bergerak laju ke atas. Banyak lagi teori2 pseudosains dan konspirasi digunakan oleh mereka untuk meyakinkan ahli2 dan membenarkan apa yang mereka percaya.

Kepercayaan bumi leper ini adalah manifestasi pengaruh dan ketaksuban terhadap sesuatu kumpulan dibantu oleh media sosial dan internet yang menjadi platform bagi menyebarkan sesuatu kepercayaan dengan berkesan. Jika yang mempunyai asas pengetahuan sains pun boleh terperangkap apatah lagi orang biasa. Mereka yang taksub terhadap kepercayaan ini memang sukar untuk dipulihkan kerana kepercayaan ini seperti satu pegangan hidup. Jika dibawa mereka naik ke angkasa lepas dan melihat sendiri bentuk bumi pun belum tentu mampu untuk mengubah pendirian mereka. Kepercayaan ini hanya satu dari banyak lagi bentuk kepercayaan karut yang wujud di dunia ini, semuanya menggunakan modus operandi yang sama untuk menarik pengikut.

Orang ramai perlu menjauhkan diri daripada terperangkap di dalam gerakan bumi leper dan apa-apa sahaja jenis kepercayaan yang menyimpang dengan memilih guru yang betul dan meningkatkan pengetahuan dengan banyak membaca serta bertanya pakar-pakar yang layak. Untuk mengurangkan pengaruh golongan ini, senjata yang sama perlu digunakan oleh pendokong dan komuniti sains moden, iaitu melalui pengaruh yang lebih kuat di dalam media massa, internet dan media sosial bagi menyebarkan ilmu yang betul kepada orang ramai. Jangan diberikan promosi percuma kepada mereka kerana itulah senjata mereka untuk berkembang. Pengaruh media sosial tidak boleh dipandang ringan kerana ia mampu menukar kepalsuan menjadi sesuatu yang kelihatan benar. Pakar yang sebenar boleh dianggap penipu dan bodoh, manakala si jahil yang sesat boleh dianggap seorang pakar yang hebat. Tidak mustahil dunia akan diperintah dan dikuasai oleh orang2 yang sesat dan jahil.

Dato' Dr Rushdan Noor
12hb Oktober 2019

https://www.google.com/amp/s/pursuit.unimelb.edu.au/articles/why-do-some-people-believe-the-earth-is-flat.amp

https://www.google.com/amp/s/www.livescience.com/amp/24310-flat-earth-belief.html

Sunday, 31 August 2025

APABILA TOKOH PSEUDOSAINS MENERAJUI KESIHATAN AMERIKA SYARIKAT

 


APABILA TOKOH PSEUDOSAINS MENERAJUI KESIHATAN AMERIKA SYARIKAT 

Pelantikan RFK Jr. sebagai Setiausaha Kesihatan Amerika Syarikat (HHS) pada Februari 2025 telah mencetuskan kontroversi besar.

Beliau terkenal dengan pandangan anti-V, kecenderungan kepada teori konspirasi kesihatan, dan tiada kelayakan perubatan (beliau kelulusan bidang Sejarah, Undang-undang & Alam Sekitar). Kini, beliau berkuasa penuh menentukan dasar kesihatan negara paling berpengaruh di dunia.

Ini adalah amaran jelas, apabila pseudosains mengatasi sains moden, kesihatan rakyat boleh terancam.

TINDAKAN RFK JR YANG MENCEMAR DASAR KESIHATAN AMERIKA

1. Pemecatan besar-besaran di CDC & NIH. Ramai pegawai kanan dipecat, termasuk Pengarah CDC. Beliau gantikan dengan tokoh kontroversi yang meragui vaksin. Akibatnya 3 orang saintis ternama di CDC telah meletakkan jawatan.

2. Memecat 17 anggota ACIP (jawatan panel vaksinasi). Semua pakar diganti dengan individu yang cenderung anti-V. Garispanduan pemberian vaksin juga diubah dengan mengetatkan syarat kelayakan dan menghadkan akses vaksin kepada golongan tertentu. 

3. Laporan rasmi pertama (MAHA Report) penuh kecacatan. Banyak rujukan tidak wujud & dipercayai dihasilkan oleh AI.

4. Enggan mendengar taklimat saintifik. Pegawai kanan CDC, Dr. Demetre Daskalakis, meletak jawatan kerana RFK Jr. menolak fakta saintifik tentang COVID-19, influenza & campak.

5. Mempromosikan rawatan alternatif berbanding vaksin. Dalam menangani wabak campak, beliau sarankan vitamin A, minyak hati ikan & diet sebagai ganti vaksin.

6. Sejarah panjang pandangan pseudosains dan kepercayaan kepada teori konspirasi. Kenyataan & tindakan beliau  jelas menimbulkan keraguan terhadap vaksin. Menolak pendapat HIV menyebabkan AIDs dan bakteria menyebabkan penyakit. Menggalakkan terapi kontroversi seperti susu mentah, terapi hiperbarik, chelation, diet detox, ivermectin dll. Mempercayai teori konspirasi seperti teori chemtrails, teori Lyme disease, pengaruh "Big Pharma", dan lain2. 

7. Tindakan terbaru beliau adalah mengarahkan pihak sebuah jurnal menarik balik kajian besar yang menyangkal kaitan antara aluminium dalam vaksin dengan penyakit (termasuk autisma).Tindakan beliau ini dianggap satu bentuk campur tangan politik ke dalam kajian saintifik. Beliau juga mempunyai sejarah memburuk2kan jurnal berimpak tinggi seperti NEJM, JAMA dan lain2 dengan tuduhan yang tidak berasas sedangkan beliau sendiri bukan dari bidang perubatan dan tidak pernah menerbitkan apa2 kertas kajian.

8. Memotong pembiayaan banyak aktiviti kajian klinikal, antaranya Kajian Alzeimers , kajian mRNA,  kajian kaitan Autisma dan faktor persekitaran dan ada berita yang perlukan pengesahan melibatkan Pediatric Brain Tumour Consortium yang beroperasi menjalankan kajian klinikal ke atas kanak2 yang menghidap kanser otak dan lain2.

Ini baru langkah2 awal, kita akan menyaksikan banyak lagi tindakan yang mengejutkan bakal dilakukan jika beliau terus berkuasa. Komuniti sains perubatan di Amerika sedang berusaha melancarkan petisyen untuk mendesak presiden menggantikan beliau. Organisasi  kesihatan awam, pakar2 perubatan, bekas2 kakitangan CDC dan senator2 seperti Angela Alsobrook dan Bernie Sanders mendesak JFK Jr meletakkan jawatan sebelum kerosakan lebih serius keatas sistem kesihatan negara. 

APAKAH KESAN KE ATAS SISTEM KESIHATAN GLOBAL

Tindakan Robert F. Kennedy Jr. di Amerika Syarikat bukan sahaja menggugat sistem kesihatan negaranya sendiri, malah memberi kesan global kerana AS merupakan rujukan utama dalam dasar kesihatan dunia. Peruntukan ke atas aktiviti penyelidikan yang dikurangkan dan kurang galakan untuk mengamalkan prinsip perubatan berasaskan bukti boleh menjejas kualiti perkhidmatan kesihatan.

Apabila dasar rasmi dipengaruhi ideologi anti-sains/pseudosains, ia melemahkan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap sains moden, memberi ruang kepada gerakan anti-perubatan moden/vaksin global untuk semakin berani, serta menjejaskan kerjasama antarabangsa dalam menangani wabak. Lebih membimbangkan, kelemahan dasar kesihatan AS boleh melambatkan tindak balas global terhadap krisis penyakit berjangkit, menjejaskan bekalan ubat/vaksin, serta melemahkan solidariti kesihatan antarabangsa yang amat diperlukan dalam dunia yang saling bergantungan.

MENGAPA PENTING MELANTIK PEMIMPIN YANG BETUL

Apabila individu seperti RFK Jr. diberi kuasa, dasar kesihatan boleh diselewengkan untuk memenuhi agenda ideologi, bukan kesejahteraan rakyat. Akibatnya, wabak boleh kembali menular, nyawa rakyat terkorban, dan kepercayaan awam terhadap sains hancur.

Selagi kepimpinan sistem kesihatan Amerika ini tidak berubah, jangan hairan nanti akan timbul pelbagai tindakan dan kenyataan serta dakwaan yang janggal dan bertentangan dengan pendirian komuniti perubatan dan saintifik antarabangsa.

BAGAIMANA MENCEGAH PERKARA INI BERLAKU DI NEGARA KITA

Kita bersyukur setakat ini negara belum mengalami situasi seperti di Amerika dan berharap ianya dapat dikekalkan, walaupun banyak penambahbaikan perlu dilakukan.

1. Pelantikan pemimpin berdasarkan merit dan kelayakan. Perkhidmatan kesihatan mesti dipimpin oleh individu yang faham dan berwibawa tentang ilmu sains dan perubatan sebenar dan bukan pendokong pseudosains ataupun anti perubatan moden.

2. Pengawasan profesional. Persatuan perubatan, akademia dan NGO perlu memantau dasar kerajaan dan memberi suara lantang jika ada penyimpangan.

3. Pendidikan literasi sains. Rakyat perlu dilengkapi dengan ilmu untuk membezakan fakta/sains sebenar daripada pseudosains, melalui kurikulum sekolah/Institusi, media dan kempen KKM.

4. Tindakan undang-undang tegas. Individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat palsu tentang kesihatan, termasuk anti-V, mesti dikenakan tindakan kerana ancaman mereka bukan sekadar pendapat, tetapi boleh menjadi wabak infodemik yang memesong pandangan masyarakat terhadap sains moden. Natijahnya adalah musibah kepada masa depan sistem kesihatan negara.

KESIMPULAN

Apa yang berlaku di Amerika adalah pengajaran besar. Apabila seorang penolak/jahil sains memegang tampuk pentadbiran kesihatan, bukan sahaja dasar negara tergadai, malah keselamatan awam terancam. Malaysia mesti bertindak dari sekarang, pastikan tidak tersilap memilih pengemudi kesihatan negara , memperkukuh pendidikan sains dalam masyarakat, dan menguatkuasakan undang-undang terhadap penyebar maklumat palsu. Kesihatan awam adalah amanah besar, dan kita tidak boleh membiarkannya dihancurkan oleh pseudosains.

Dato' Dr.Rushdan Noor

1hb September 2025


RUJUKAN

1. Politico – Inside Kennedy’s effort to oust the CDC director (29 Ogos 2025) https://www.politico.com/news/2025/08/29/inside-kennedys-effort-to-oust-the-cdc-director-00537125

2. AP News – With CDC in chaos, scientists and physicians piece together replacements for agency's lost work (29 Ogos 2025). https://apnews.com/article/b4eeba69e03a8d4ed50fb0a12fbcec6e

3. The Daily Beast – MAGA Senator Who Backed RFK Jr. Sounds Alarm on Anti-Vax Panel (Ogos 2025). https://www.thedailybeast.com/maga-senator-who-backed-rfk-jr-sounds-alarm-on-anti-vax-panel

4. HHS.gov – Executive Order: Make America Healthy Again (Februari 2025). https://www.hhs.gov/press-room/eo-maha.html

5. Wikipedia – Robert F. Kennedy Jr. (dikemaskini 2025, seksyen MAHA report & Vaccine controversy). https://en.wikipedia.org/wiki/Robert_F._Kennedy_Jr.

6. Washington Post – Kennedy’s refusal to heed science prompts resignation of senior CDC official (28 Ogos 2025). https://www.washingtonpost.com/opinions/2025/08/28/kennedy-monarez-cdc-director-vaccines/

7. Skadden – Under RFK Jr., U.S. Health Policy and FDA Operations May See Major Shifts (Februari 2025) https://www.skadden.com/insights/publications/2025/02/under-rfk-jr-us-health-policy-and-fda-operations-may-see-major-shifts

8. Politico – Who is RFK Jr.? (Profil pandangan & kontroversi RFK Jr.). https://www.politico.com/robert-f-kennedy-jr

9. Associated Press (AP News). Lawmakers question Kennedy on staffing cuts, funding freezes and policy changes at health department https://apnews.com/article/8c99853031507ecb5408b4132329cdea

10. U.S. Senator Tammy Baldwin (Laman rasmi Senat AS). Baldwin Hits RFK Jr. on Devastating Cuts to Clinical Trials, Cancer, and Alzheimer’s Research. https://www.baldwin.senate.gov/news/press-releases/watch-baldwin-hits-rfk-jr-on-devastating-cuts-to-clinical-trials-cancer-and-alzheimers-research-at-senate-hearing

11. FactCheck.org. RFK Jr. Denies Cuts to Scientific Research While Slashing Staff, Funding. https://www.factcheck.org/2025/05/rfk-jr-denies-cuts-to-scientific-research-while-slashing-staff-funding

12. Clinical Advisor. RFK Jr. Cancels $500M in mRNA Vaccine Research Projects. https://www.clinicaladvisor.com/news/rfk-jr-cancels-500m-in-mrna-vaccine-research-projects

13. OncoDaily. RFK Jr. Slashes Funding for mRNA Vaccine Research. https://oncodaily.com/societies/mrna-vaccine-research-funding-robert-f-ken

14. Science Media Centre (UK). Expert reaction to RFK Jr. cancelling $500m of funding for mRNA vaccines. https://www.sciencemediacentre.org/expert-reaction-to-rfk-jr-cancelling-500m-of-funding-for-mrna-vaccines

15. ProPublica. RFK Jr. Cuts Autism and Environmental Research Funding. https://www.propublica.org/article/rfk-jr-autism-environment-research-funding

16. https://kffhealthnews.org/news/article/senior-cdc-officials-resign-susan-monarez-ouster-concerns-over-scientific-independence/

17. https://www.thebulwark.com/p/kennedy-rfk-jr-cdc-purge-anti-vaccination

18. https://www.facebook.com/share/p/1Hhg3Kuumw/

19. https://www.facebook.com/share/p/18R7ENFfHX/

20. https://news.immunologic.org/p/rfk-jr-destroyed-vaccine-trust-for

21. https://www.nytimes.com/2025/08/30/opinion/bernie-sanders-robert-f-kennedy-jr-resign-hhs.html

22. https://www.facebook.com/share/p/1A4c2M6Jhw/

23. https://www.facebook.com/share/p/1AGQR55CQJ/

24. https://www.nytimes.com/2025/08/28/well/pediatric-brain-cancer-trial-group.html

25. https://www.facebook.com/share/p/17HHVsWCn7/ (RFK Jr mengarahkan pihak jurnal menarik balik kertas kalian mengenai kaitan antara Aluminium dalam vaksin dan penyakit)

Wednesday, 19 February 2025

VAKSIN COVID-19 BOLEH MENYEBABKAN KANSER ADALAH SATU MITOS

 

Semenjak pandemik Covid 19 dan program vaksinasi global terutamanya vaksin mRNA, terlalu banyak berita2 palsu dan mitos disebarkan di media sosial dan lain2 platform. Salah satu mitos yang disebarkan adalah vaksin Covid 19 ini menyebabkan peningkatan bilangan kes kanser. Berikut adalah beberapa fakta yang ingin saya kongsikan tentang dakwaan palsu tersebut: 1. Rata2 pakar kaji-penyakit dan pakar vaksin tidak bersetuju bahawa vaksin covid 19 boleh menyebabkan kanser. Dakwaan yang dibuat oleh tokoh2 pseudosains dan antivaksin bahawa mRNA ataupun serpihannya ataupun pencemaran di dalamnya boleh mengubah DNA dan mengganggu gene perencat kanser telah dinafikan oleh tokoh2 saintis dengan hujah yang kukuh. Molekul mRNA tidak boleh masuk ke dalam nukleus sel untuk bertindak ke atas DNA, serpihan mRNA pula akan dihadam serta merta dan tidak berlaku pengumpulan ingredien2 vaksin di dalam badan. 2. Istilah "Turbo Cancer" sebenarnya dicipta oleh golongan antivaksin dan teori konspirasi. Tidak ada mana2 pakar vaksin ataupun pakar2 kanser yang mengiktiraf istilah ini. Dakwaan kononnya vaksin Covid mengandungi SV40 dari monyet yang dikatakan penyebab kanser ke atas penerima vaksin Covid 19 adalah tidak munasabah kerana serpihan SV40 ini tidak sama dengan virus dan tidak mempunyai ciri2 karsinogen. Tambahan pula, pihak jurucakap EMA sendiri menafikan ujudnya DNA monyet di dalam vaksin Covid-19. 3. Kes2 kanser peringkat lewat yang agak banyak dikesan selepas pandemik Covid 19 bukan disebabkan oleh vaksin tetapi semasa pandemik, akibat pergerakan manusia terhad dan ramai pesakit kanser yang terbiar, apabila dikesan sudah berada di peringkat lewat. Pandemik juga menyebabkan akses kepada program pengesanan dan rawatan kanser terbatas. 4. Trend peningkatan kadar dan bilangan kes2 kanser global sudah lama diketahui semenjak awal tahun 1990an lagi dan bukan fenomena baru. Banyak punca yang dikaitkan dengan bilangan kanser yang meningkat dari tahun ke tahun, di antaranya jumlah populasi yang meningkat, semakin ramai golongan tua kerana jangkahayat yang semakin panjang, kadar obesiti meningkat, pemakanan, pendedahan kepada bahan penyebab kanser (karsinogen), gaya hidup dan lain2. Jika kita lihat kepada geraf trend bilangan dan insiden penyakit kanser, tidak nampak wujudnya peningkatan mendadak beberapa tahun selepas wabak covid, trendnya tetap kekal sama.

5. Jika kita membaca kenyataan pertubuhan2 dan organisasi2 kanser antarabangsa yang berwibawa seperti ACS, NCI, Cancer Research UK, MSCKK, MD Anderson Cancer Centre, dan lain-lain, tidak ada satupun yang bersetuju bahawa vaksin (termasuk Covid 19) adalah penyebab kanser ataupun boleh menyebabkan kanser berulang. Begitu juga pertubuhan2 kesihatan sedunia turut menyayakan pendapat yang sama. Malahan, kita sudah lama maklum bahawa terdapat vaksin yang terbukti berkesan mencegah kanser seperti vaksin HPV dan Vaksin Hepatitis B. 6. Sebanyak 11% penduduk dunia (898 juta orang) menerima sekurang2nya satu suntikan vaksin Covid-19 semasa pandemik. WHO menganggarkan setakat Nov 2021, sejumlah 7 billion dos vaksin Covid 19 diberikan kepada manusia seluruh dunia. Terlalu banyak kajian yang membuktikan keberkesanan dan keselamatan vaksin ini. Walaupun ada kesan sampingan yang agak serius, namun kadarnya sangat kecil jika dinisbahkan dengan jumlah keseluruhan penerima vaksin. Disebaliknya, program vaksinasi ini telah mencegah jangkitan, mengurangkan penderitaan akibat jangkitan dan menurunkan kadar kematian. Di negara Eropah sahaja, vaksin Covid-19 telah menyelamatkan nyawa sejumlah 1.4 juta orang. Dengan kata lain, manfaat daripada program vaksinasi Covid 19 ini jauh lebih besar dari kesan sampingannya. Bayangkan jika benar dakwaan golongan antivaksin bahawa vaksin Covid 19 ini lebih memudaratkan, apa agaknya situasi penduduk dunia sekarang ini, yang mana hampir 900 juta orang sudah menerima vaksin Covid 19. Mungkin kita akan melihat ramai orang mati bergelimpangan, dan hospital2 penuh sesak dengan penerima2 vaksin akibat kesan sampingan. Orang ramai perlu sedar bahawa berita2 palsu yang tersebar ini sebenarnya berpunca dari portal2 yang tidak berwibawa dan berkemungkinan dikendalikan oleh golongan antivaksin dan pihak yang taksub kepada teori konspirasi. Ada portal2 yang dikendalikan oleh individu2 yang kelihatan seperti pakar, tetapi adalah portal yang cenderung kepada gerakan antivaksin. Salah faham tentang vaksin ini memang sukar dikikis daripada masyarakat kerana persepsi buruk yang sudah ditanam atau didoktrinisasikan ke dalam minda mereka hingga bertukar menjadi satu bentuk kepercayaan. Lebih sukar dipulihkan apabila ditanamkan pula sangkaan buruk terhadap organisasi dan pertubuhan kesihatan berwibawa di dalam dan luar negara oleh pendokong teori konspirasi. Tidak dinafikan juga, memang terdapat dalam kalangan doktor2 sendiri yang sudah terjebak dan terpengaruh.

7. Terdapat satu kajian dari Korea Selatan yang digunakan oleh golongan antivaksin untuk membuat tuduhan melulu mengaitkan vaksin Covid-19 dan kanser. Tetapi hasil semakan kajian itu didapati terlalu banyak kelemahan dan tajuk itu sudah dikupas di SINI.


Supaya tidak terperangkap di dalam kumpulan ini, kita hendaklah teliti dan menyelidik asal usul setiap maklumat dan mengenalpasti kewibawaan sumber tersebut serta tokoh2 yang menyebarkannya. Maklumat juga lebih tepat jika ianya datang dari kenyataan resmi pertubuhan2 dan organisasi2 kesihatan berwibawa, berbanding dengan pendapat individu ataupun kumpulan kecil. DDr Rushdan Noor 20hb Feb 2025 https://www.contagionlive.com/view/mrna-covid-19-vaccines-and-turbo-cancer-the-latest-myth-that-won-t-disappear https://www.cancer.gov/about-cancer/coronavirus/covid-19-vaccines-people-with-cancer#:~:text=Can%20COVID%2D19,your%20genetic%20code). https://www.cancer.org/cancer/managing-cancer/coronavirus-covid-19-and-cancer/covid-19-vaccines-in-people-with-cancer.html#:~:text=Can%20COVID%2D19%20vaccines%20cause%20cancer%20or%20make%20cancer%20grow%3F https://www.factcheck.org/search/#gsc.tab=0&gsc.q=america's%20frontline%20doctors&gsc.sort= https://www.factcheck.org/2024/05/still-no-evidence-covid-19-vaccination-increases-cancer-risk-despite-posts/ America.National Center for Health Statistics (through 2021). In 2024, 2,001,140 new cancer cases https://apnews.com/ap-fact-check/no-monkey-virus-dna-was-not-found-in-covid-vaccines-00000188e957d32da188e9ff1aef0000 https://ann-clinmicrob.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12941-023-00594-y https://www.who.int/europe/news-room/16-01-2024-covid-19-vaccinations-have-saved-more-than-1.4-million-lives-in-the-who-european-region--a-new-study-finds