Sunday 26 July 2020

INFRA-RED THERMOMETER DAN OTAK MANUSIA : MANA SATU YANG TERANCAM?

Semua objek dan makhluk yang mempunyai suhu pasti akan mengeluarkan "thermal radiation" termasuk tubuh manusia. Suhu dihasilkan akibat getaran atom. Di dalam tubuh manusia terdapat banyak atom dan molekul. Apabila suhu badan tinggi, maka ia akan dipindahkan pada kulit. Suhu panas ini akan melepaskan apa yang dikenali sebagai "thermal radiation". Komponen utama "thermal radiation" yang dikeluarkan oleh badan manusia adalah INFRARED.

Infrared termometer yang diguna untuk mengambil suhu badan menerima infrared yang dikeluarkan oleh badan manusia. Jadi pistol infra-red termometer itu bila disasarkan kepada dahi manusia, bukan bermaksud menembak infra-red kepada manusia, sebaliknya manusia yang memancarkan infra-red kepada hujung pistul itu. Di dalam infra-red thermometer ini terdapat sensor (thermosensor) yang akan menukarkan tenaga dari infra-red kepada signal elektrik. Kekuatan signal elektrik ini akan dibaca dan menghasilkan nilai suhu yang dipaparkan pada skrin.

Jadi sebenarnya apabila pistol infra-red thermometer digunakan untuk mengambil suhu di bahagian dahi manusia, manusia yang "menembak" infra-red kepada pistol bukan sebaliknya. Jadi logiknya, pistol infrared thermometer inilah sebenarnya lebih terdedah kepada kerosakan dan bukan otak manusia. Otak manusia tak ada kena mengena dalam situasi ini.

Nota:
1. Inftrared adalah salah satu gelombang elektromagnetik yang terletak di antara warna dan gelombang mikro. Ia tidak kelihatan dengan mata kasar tetapi boleh dikesan dengan menggunakan kamera infrared.

2 Istilah "thermal radiation" merujuk kepada gelombang elektromagnetik yang menghasilkan kepanasan dan ini termasuk gelombang radio, infrared, gelombang mikro dan juga warna yang dapat dilihat. Keunikan manusia adalah, ia hanya mengeluarkan infrared. Infrared juga dikeluarkan oleh banyak lagi benda dan makhluk di dalam alam ini termasuk matahari.

3. HTA (Health Technology Assessment) KKM telah mengeluarkan lapuran dan mengesahkan bahawa infrared thermometer adalah selamat (rujuk kenyataan).

Dato' Dr Mohd Rushdan Md Noor
26hb Julai 2020








https://globaltemp.com.au/infrared-thermometers-fact-sheet

https://www.google.com/amp/s/www.livescience.com/amp/50260-infrared-radiation.html

https://www.fda.gov/medical-devices/general-hospital-devices-and-supplies/non-contact-infrared-thermometers

1 comment:

  1. terima kasih.. maklumat yg sangat baik.. saya kongsikan dgn murid saya. Thanks Dato'

    ReplyDelete