Tuesday 2 June 2020

BERAPA HARGA SATU SPACESUIT ANGKASAWAN ?



NASA menghasilkan 18 spacesuit semenjak tahun 1974. Pada tahun 1974 kos menghasilkan satu spacesuit ini adalah $15-22 juta USD ataupun bersamaan dgn $150 juta USD pada hari ini. Daripada 18 unit yang dihasilkan hanya tinggal 4 unit sahaja lagi yang berfungsi. Empat unit musnah ketika trajedi Challenger  dan Columbia Space Shuttle. Dianggarkan $200 juta USD perlu dibelanjakan untuk menggantikan satu spacesuit pada hari ini. 

Program Artemis adalah projek NASA menghantar seorang angkasawan lelaki dan wanita ke bulan pada tahun 2024. Kos melaksanakan program ini adalah $35 billion USD. Untuk program ini, satu prototype spacesuit versi baru sudah dihasilkan, ianya dikenali sebagai xEMU (Exploration Extravehicular Mobility Unit) yang lebih canggih. Harga spacesuit ini mungkin $200-250 juta USD atau lebih. Ia direka khas untuk lebih mudah bergerak di atas permukaan bulan.

Spacesuit ini sangat mahal kerana ia bukan dianggap pakaian tetapi kapal angkasa berbentuk manusia ataupun "Human-shape Spacecraft". Ianya sangat kompleks serta memiliki teknologi yang sangat canggih untuk melindungi angkasawan dan juga memberi keupayaan kepada pemakainya untuk bergerak, melakukan kerja dan berkomunikasi. Nampaknya sesebuah negara yang ingin membangunkan projek penerokaan angkasalepas ini perlu bajet yang sangat besar dan kepakaran tinggi. Bila agaknya negara kita mampu untuk melakukannya?

Dato' Dr Rushdan Noor
2hb Jun 2020

https://www.google.com/amp/s/www.space.com/amp/nasa-unveils-xemu-moon-spacesuit-orion-suit-unveiled.html

https://www.google.com/amp/s/www.businessinsider.com/why-nasa-spacesuits-so-expensive-cost-russia-spacex-2020-3%3famp







No comments:

Post a Comment