Wednesday 10 June 2020

MENGAPA MANUSIA MAKAN EMAS ?



Menggunakan emas untuk menghias makanan dan kemudiannya dimakan bukan tabiat baru manusia. Ia sudah diamalkan semenjak berkurun yang lalu. Emas adalah logam yang neutral, sangat stabil dan lengai (inert). Jika emas dimakan, ia tidak mempunyai rasa, tekstur dan tidak mempunyai apa2 nilai nutrisi. Ia juga tidak akan diserap ke dalam darah. Pendek kata banyak mana emas yang dimakan, banyak itulah juga yang keluar bersama najis. Jadi emas diletakkan dalam makanan, hanya untuk tujuan hiasan, nampak cantik dan mewah. Sebenarnya emas yang digunakan dalam makanan boleh berbentuk serbuk ataupun kepingan yang sangat nipis. Serbuk emas juga dimasukkan ke dalam minuman.

Kuantiti emas yang digunakan sebenarnya sangat sedikit kerana ketebalan keping emas yang digunakan untuk tujuan ini hanya beberapa mikrometer. Lima keping emas yang bersaiz 3 X 3 inci berharga $24 USD, boleh dibeli atas talian. Jadi harga makanan yang dihias dengan emas ini sebenarnya terlalu mahal berbanding dengan modal sebenar. Lagi tulin emas itu, lagi selamat ianya dimakan kerana emas yang kurang tulin mungkin sudah dicemari dengan logam atau bahan2 lain yang tidak selamat untuk dimakan. Emas yang tulin bermaksud sekurang2nya 23-24 karat. Perak juga digunakan untuk tujuan yang sama, malahan di setengah negara, perak lebih banyak digunakan berbanding dengan emas. Emas boleh memudaratkan jika ianya tidak tulin, diambil terlalu banyak ataupun anda mengalami alahan (alahan terhadap emas sangat jarang berlaku).

Pihak berkuasa Amerika dan European Union membenarkan emas dimasukkan ke dalam makanan dan ia dikategorikan sebagai perasa/pewarna ataupun "additive". Mungkin orang memakan emas untuk tujuan keterujaan, mencuba sesuatu yang baru dan simbol kemewahan. Jika orang yang obses dengan suplemen mengambil bermacam2 vitamin dan mineral mempunyai air kencing yang paling mahal, orang yang mengambil emas di dalam makanan pula mempunyai najis yang paling  mahal.

DDr Rushdan Noor 
11hb Jun 2020

https://www.mygoldguide.in/appetite-gold

https://www.google.com/amp/s/thetakeout.com/what-exactly-is-edible-gold-1829822051/amp

https://www.google.com/amp/s/www.thedailymeal.com/eat/what-s-deal-edible-gold-leaf%3famp

https://globalbullionsuppliers.com/blogs/blog/why-do-people-eat-gold








No comments:

Post a Comment